Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, August 28, 2012

Mabruk!

  Tahniah!
Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma fi khayr!
Mabruk Puan Anis & Encik Kimi!

Alhamdulillah daripada KL, akhirnya jejak juga di Melaka :)
Maka, berkumpullah kami beramai-ramai daripada serata alam.
Alhamdulillah!

Alhamdulillah kenangan raya tahun ini ada manisnya yang tersendiri :) Tersenyum sendiri, gembira bersua dengan sahabat jauh dan dekat. Ukhwwah fillah abadan abadaa. Waallahu'alam selepas ini ada peluang atau tidak lagi untuk bersua. Insya Allah, moga dipermudahkan.

Dah jarang lekat-lekat gambar dalam blog.
Insya Allah moga jadi satu kenangan sampai bila-bila.
Insya Allah andai dipanjangkan umur, kenangan di hari tua :)

Rindu keluarga (tetapi bukan homesick ya)
Lekat sekali gambar beraya!


Dan ini gambar yang paling best!
The latest AZRA IMANI KAMARULZAMAN :)
Rindu sangat pada ini budak, yek..yek!

(bila nak tumbuh rambut ni???)





Hubungan persaudaraan itu perlu dierat-eratkan, tidak kira jauh mahupun dekat. Yang pastinya kita saudara se-Islam yang satu. Ziarahlah ke rumah sanak-saudara, moga itu dapat menjaga kejernihan dalam jalinan persaudaraan, moga disana terselit kemanisan dalam kemesraan. Insya Allah.

Indah kasih sayang kerana Allah!

Perasaan kasih dan sayang itu anugerah Allah, maka jangan disalahguna sewenang-wenangnya. Jangan salahkan perasaan itu kerana hakikatnya diri kita sendiri yang sepatutnya dididik untuk mengawal ia dengan sebaiknya. Insya Allah. Sama-sama kita usaha!

Sekian.
Maaf zahir dan batin daripada Amal sekeluarga :)

TaqabalAllahu minna wa minkum...
Taqabal ya kareem...

Waallahu'alam.

28/8/2012 Terima kasih atuk, opah! :) Insya Allah moga harapan tok, pah dapat kami laksanakan. Insya Allah.

Pejam celik, nak masuk 6..Maka 1234, berusahalah untuk terus kehadapan, moga lebih dekat dengan Dia, Insya Allah. Game OUT! Ibadah IN! :)

Azra, jumpa tahun depan. Kita main kejar-kejar k! :D Insya Allah.

Thursday, August 16, 2012

Pandu

Pandu cermat --> Pantai Belawai :)
100km/jam?

Pandu. Pandu diri untuk siap dan sempurna. Sekadar satu cebisan perkongsian, daripada tazkirah Ustaz Wan. Muslim itu perlu siap dan sempurna.

Pandu laju atau perlahan, itu bukan indicator hasil akhirnya.Yang lebih penting adalah ada niat dan usaha untuk berusaha melangkah ke arah siap dan sempurna. Andai laju, tetapi jalannya serong, sesat, tidak guna guna berusaha keras menekan pedal minyak kan. Al-Quran dan As-Sunnah, selamanya menjadi panduan hidup. Insya Allah.

Siap dan sempurna?

Siap. Apa yang kita faham? Contohnya, seseorang yang telah bergraduasi dalam bidang masing-masing pasti akan terdetik dalam hati, "Sudah siap ke aku nak tempuhi hari mendatang ni?"

"Sudah siapkah aku nak jadi guru?"

"Sudah siapkah aku nak jadi doktor?"

"Sudah siapkah aku nak jadi jurutera?"

"Sudah siapkah aku nak jadi arkitek?"

"Sudah siapkah aku nak jadi peguam?"

Tidak kira bidang apa sekalipun, SIAP sahaja belum lagi cukup. Maka perlulah berusaha gerak ke arah SEMPURNA. Ya, manusia itu tidak sempurna dari segi segalanya kerana ia hanya milik Allah. Namun, tanpa gerak, bila mungkin akan ada tujunya ke arah SEMPURNA itu.

Apa guna jadi guru tanpa ilmu agama dalam diri, tidak SEMPURNA.
Apa guna jadi doktor tanpa hikmah dalam kerjaya, tidak SEMPURNA.

Maka, ILMU FARDHU 'AIN + ILMU FARDHU KIFAYAH = SEMPURNA!
Insya Allah.

Sudah pastinya untuk cukup-cukup SEMPURNA itu bukan mudah kan. Sedangkan diri penuh dengan karat jahiliyyah, yang pastinya untuk hilangkan karat itu bukan kerja mudah. Tetapi, moga usaha untuk bergerak ke arah itu menjadi nilaian Allah.

Sedar! Bahawa hidup ini hanya sementara, bukanlah lama. Maka, untuk mula gerak itu bukanlah boeh tangguh-tangguh, bukan boleh, "Awal lagi, nanti lah.." Awal lagi? Ibarat hidup ini kita tahu bila penghujungnya ya, hati-hati wahai diri.

Selalu terungkap,

"Nak kahwin ni, kau dah sedia ke?"

"Nak mula kerja ni dah sedia ke?"

Innamal 'amalu binniat. Setiap amal perbuatan itu bermula dengan niat. Maka, andai kata itu niat kita hanya untuk kerja atau kahwin atau segala hal duniawi semata-mata, maka itulah yang akan kita peroleh. Andai kata kita niatkan kerana Allah, nescaya yang lebih baik, yang tidak disangka-sangka daripada Allah bakal kita perolehi. Insya Allah.

Dengan itu, geraklah dan berusahalah ke arah SEMPURNA itu dengan niat kerana Allah.
Insya Allah segala hal duniawi itu, perihal kerja, kahwin dan sebagainya itu akan turut SEMPURNA.

Motivasi diri!
:)

Insya Allah.

********************

Alhamdulillah. Selamat dengan Community Medicine and Public Health posting. Alhamdulillah banyak yang dipelajari, baik daripada segi ilmu perubatan itu sendiri dan juga ilmu yang lainnya. Insya Allah Psychiatric posting menunggu dihadapan selepas balik raya. Insya Allah, penuh semangat untuk melangkah! Maka, akan berhadapan dengan insan-insan yang punya masalah mental.

Moga-moga diri akan sentiasa bersyukur dengan kewarasan yang ada.
Insya Allah.

Jadi doktor siap dan sempurna!
Insya Allah :)

Kenangan di sibu, puasa di sana.
Selamanya tinggal kenangan indah belaka!

 Shipyard visit (atas kapal ni)
Jauh pandang ke hadapan.
Moga kita jadi doktor yang berpandangan jauh.
Pandangan daripada kacamata akhirat :)
Insya Allah.

K.A.M.I 24
Research kami berakhir sudah, banyak pengalaman kami perolehi.
Moga pengalaman dan ilmu itu bermanfaat untuk semua kelak :)

Insya Allah.
Doakan kami dalam memberi mampu berbakti :)

Waallahu'alam.

16/8/2012 Mahu jadi anak, isteri, ibu yang solehah :) Insya Allah.

Paling penting, mahu jadi HAMBA ALLAH yang solehah, patuh dan taat.
Baru muka berseri-seri jumpa Pencipta di sana nanti, Insya Allah.
Allahu yusahhil wa barakatillah :)


Sunday, August 5, 2012

Teknologi

Hari ini berkata soal IT! Menarik bidang ini, bukan semua orang mampu berkecimpung dalam bidang ini. Namun kita selalu juga salahkan IT, kita salahkan teknologi yang giat berkembang dihadapan mata.

Facebook!

Twitter!

Youtube!

Smartphone!

Ya, mungkin juga ini salah satu agenda Yahudi yang ingin melalaikan kita. Namun, manusia itu sendiri yang menzalimi diri mereka sendiri, bukan salah siapa-siapa. Orang Yahudi tidak pernah paksa umat Islam ikut kehendak mereka.

Namun, apabila Islam sudah menjadi salah satu cara hidup, itu semua tidak menjadi satu masalah atau penghalang untuk istiqamah menjadi hambaNya yang patuh dan taat. Itu juga bukan bermakna tali perjuangan itu bakal putus dengan berkembangnya teknologi ini. Sebaliknya, inilah medium yang boleh dimanipulasikan semula untuk menyambung dan mengkukuhkan lagi ikatannya.

Dalam facebook,
Dakwah boleh terus berjalan,
Tarbiyyah boleh terus hadir dalam hati,
Ukhwwah boleh terus mekar bagai taman.

Dalam twitter,
Hati mampu terus mencari kebenaran,
Akal mampu terus bezakan batil dan haq,
Jasad mampu dikawal, terus diberi didikan.

Dalam youtube,
Mata melihat harus bijak memilih,
Mata melihat harus pandai mengarahkan pandangan,
Mata melihat harus ingat itu anugerah pinjaman.

Dengan smartphone,
Perisian Al-Quran dan tajwid mudah sahaja didapati,
Rantaian mesej penuh pengisian terus bergerak,
Ukhwwah berjauhan terasa terus dekat di hati.

Maka, jangan disalahkan teknologi sebaliknya daripada kita DIPERGUNAKAN oleh pihak-pihak yang cuba melalaikan, melekakan kita, lebih baik kita PERGUNAKAN medium itu sebaiknya untuk kebaikan agama kita. Indah kan!


Ya, dakwah itu perlu kreatif!
Namun, perlu ingat bahawa Allah jua yang Maha Pemberi hidayah :)

Ada juga satu keadaan, seseorang itu direndah-rendahkan kerana BUTA IT,

"Kau ni apalah, buta IT betul!"

Maka jawablah dengan tenang, tanpa sebarang kegusaran,

"Biar BUTA IT, jangan BUTA HATI"

:)

"Dan barangsiapa yang buta (hati) di dunia ini, nescaya dia buta pula di akhirat dan lebih sesat jalannya." [17:72]

Peliharalah mata hati ini,
Agar mudah untuk mengerti,
Erti sebenar kehidupan yang sementara ini,

Yang pastinya kepadaNya kita kembali.
[Status FB Jumaat lepas, maka sampai-sampaikanlah]



Waallahu'alam.

5/8/2012 Ceramah Ustaz tadi memang best!

Antara yang sangat tertarik -- Kenapa kita disuruh merancang? Kerana Allah juga Pakar Perancang, semua telah diaturkan terlebih dahulu. Perancangan daripada kita dihidupkan sehingga akhir hidup kita. Maka rancanglah, Allah jua yang menentukan. Insya Allah.

-- Salah ke plan untuk mati dalam iman? Tidak salah, sebaliknya itulah dituntut! Maka, perancangan sangat-sangat penting, itu adalah usaha. Selebihnya, tawakkallah kepada Pencipta.

-- Akal dan ruh perlu diupgrade bersama, jangan diabaikan salah satu daripadanya :) 

:)
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates