Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, July 31, 2010

Y 316 : Wajah Suci 2

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Bersawang sudah blog ini dibiar lama tidak terusik. Masa berlalu meninggalkan kita, sama ada tergolong dalam golongan yang beruntung atau sebalik. Beruntung apabila dapat mengunakan masa itu dengan baik. Beruntung apabila dapat merasai hidayah dan ketenangan dari-Nya. Beruntung apabila mati selalu mengingatkan diri bahawa hidup ini bukan abadi kerana akhirnya kepada yang SATU kita kembali.

Subahanallah..
Alhamdulillah..
Allahuakbar..

Malam 30 Julai 2010, terpatri janji, bersatunya dua hati, Kak Fatin selamat diijabkabulkan dengan zauj pilihan Tuhan buatnya. Tumpang gembira :) walaupun tidak dapat hadir walimahnya tetapi berita itu sudah cukup menggembirakan. [waiting for wed's pic]

Barakallahu lakuma wa barakallahu lakuma bi khair..
Allahu bariklahuma..
InsyaAllah..

Semoga akan lahir kelak wajah-wajah suci yang akan mewarnai hidup kalian seterusnya memikul amanah sebaiknya sebagai hambaNya.

Kembali bersambung tajuk yang lepas,

Wajah suci, selalu dikaitkan dengan bayi yang baru lahir. Suci ibarat kain putih. Jika bayi diibaratkan kain putih, kita diibaratkan sebagai kain apa? Tetapi yang pasti, InsyaAllah akhirnya nanti kita akan dibaluti dengan kain putih bersih sebelum di masukkan ke rumah sementara, liang lahad yang kukuh dindingnya sebelum bertemu Pencipta yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Kain putih, jika kotor sedikit, jelas kelihatan. Bukan yang bersih itu yang dilihat tetapi yang kotor itu sering diperkatakan. Itulah ibarat orang-orang Islam. Sedar atau tidak, itu adalah hakikat. Antara kebaikan dan kejahatan. Kejahatan itu lebih jelas terpamer berbanding kebaikan yang selama ini kita buat. Selama ini segala amalan kebaikan kita lakukan demi redha-Nya tetapi iman manusia itu turun naik ibarat 'roller-coster' yang boleh membuat kita pening, keliru, di mana kita di atas atau di bawah (akibat menutup mata) apabila berhenti, mula tersedar.

Manusia itu perlu dididik supaya mengenali Tuhannya, bersyukur dengan segala pemberian Tuhannya, akur dan patuh dengan segala arahanNya. Didikan itu bukan selepas lahir tetapi sebelum lahir lagi perlu dididik supaya kelak wajah suci itu bermaruah dan hidup berpaksikan kebenaran.

Wajah suci,
Adakah selamanya begitu?

Wajah suci itu tidak berdosa,
Jangan dibiarkan begitu sahaja,
Kerana kelak dialah pewaris kita,
Penegak agama, penakluk dunia..

Waallahu'alam.

1/8/2010 Idea membuak-buak, banyak perkara ingin di kongsikan tetapi...semuanya dengan izinNya, InsyaAllah. Ayat penuh metafora :)

Saturday, July 17, 2010

Y 315 : Wajah Suci 1

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Siapa si wajah suci ini? :) Rindu pula rasanya pada si wajah suci ini. Dahulu pada awal cuti, Mei tahun ini, si wajah suci ini memang akan menangis bila nampak muka ni.

Bila hari-hari nampak muka ni di rumah, hendak pula dia. Hendak dukung memanjang, sakit pinggang di buatnya :) Bila mama pergi kedai, pergi pejabat pos, terpaksalah si wajah suci ini menatap muka kakak aka mak cik yang 'baik hati' ni.

Sejuk hati bila lihat muka si wajah suci ni :)

Muka si wajah suci :) Pantang nampak kamera.

:) Dia semakin dekat..Alamak!

Jangan gigit kain kakak aka aunty :D

Hari terakhir bersama dia sebelum pulang ke Sarawak, sempat dia bagi hadiah kenangan. Apa dia? Muntah yang 'sangat wangi' :) Terima kasih ya.

Rindu si wajah suci. Dia juga mengajarku banyak perkara waktu cuti yang lalu.

Kasihan, mood tak baik :)

Tetap comel walaupun... [kejam ayat aunty ni] :)

Gambar di atas hanya hiasan. Bukan itu agenda utama tulisanku hari ini. WAJAH SUCI. Bayi baru lahir itu ibarat kain putih, yang suci lagi bersih. Lahirnya dia ke bumi, memiliki tanggungjawab yang sama seperti kita, seorang hambaNya.

Tetapi kain yang putih itu akan kotor jika tidak dibersihkan.
Kain yang putih ini akan nampak lusuh jika tidak dijaga.
Kain yang putih ini akan koyak jika disalahgunakan.

Kain putih ini perlu dijaga, dibentuk agar wajahnya yang suci akan terpelihara. Siapa yang bertanggungjawab?

Tanggungjawab siapa?

InsyaAllah akan disambung dalam masa terdekat. Semoga diberi kekuatan untuk terus menulis keranaNya, bagi manfaat semua, InsyaAllah.

Waallahu'alam.

21/7/2010 Apa nama si wajah suci? Nama dia Hasya :)

Hati mukmin itu tenang dan damai :) suka..alhamdulillah wa Allahuakbar!

Friday, July 16, 2010

Y 314 : Cukuplah

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Pagi nan indah, syukurku hanya layak buat Tuhanku. Alhamdulillah. Alhamdulillah usrah tetap menyatukan hati-hati kami setiap jumaat, InsyaAllah.

Alhamdulillah semalam perbincangan mengenai QANAAH.
Pengertian umumnya daripada Kamus Dewan bermaksud berpada-pada.
Namun begitu dalam aspek kita sebagai umat Islam bermaksud redha dengan pemberian Allah beruparezeki dan tidak meminta lebih daripada yang telah diberikan.
Baginda Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, "Aku di dunia ibarat musafir yang berteduh di bawah sebatang pokok, berehat dan kemudian meninggalkannya" (Rwayat al-Tirmizi)
Jika manusia itu ada ciri-cirinya, maka sifat qanaah ini juga ada ciri-cirinya.
Selalu mengucapkan "Alhamdulillah 'ala kulli hal" atas setiap nikmat dan musibah.

Ucapkanlah 'Alhamdulillah' walaupun sesukar mana halangan yang kita tempuh, kerana itu terbaik buat kita. Apatah lagi nikmat Tuhan yang terbentang luas buat hamba-hambaNya.

Tetapi kadangkala aku lupa, nafasku milik Tuhanku.

Kadangkala aku lupa, gerak badanku adalah dengan izin Tuhanku.

Jarang merungut

Kurangkan rungutanmu wahai manusia akhir zaman. Kerana tiada kebaikan daripada rungutan itu kecuali hanya tidak redha dengan ketentuanNya. Ini akan mengundang kemurkaan Allah.

Penatnya..
Seringkali aku ucapkan perkataan ini.

Sedarkah kita bahawa kekuatan dan kelemahan itu milik Allah. Fitrah manusia itu ada rasa penat selepas melakukan sesuatu perkara. Maka jika penat, mohonlah kekuatan daripadaNya, semoga terus bersemangat untuk hidup kerana Yang SATU.

Redha dengan segala ketentuan

Jika mahukan redha Allah, maka sudah tentu perlu didahulukan redha dengan segala ketentuanNya. Tidak begitu?

Putus asa jangan sekali, apatah lagi dua kali. Jangan pernah! Kerana ketentuan Allah itu adalah yang terbaik buat kita. Ingatlah bahawa dunia ini adalah pentas ujian bukan pentas untuk hiburan dan bersuka ria.

Sentiasa bersangka baik dengan Allah

Husnuzon..InsyaAllah itulah yang terbaik.

Bukan dengan Allah sahaja, tetapi juga sesama manusia. Pencipta kita sama, Dia Yang Maha Esa lagi Kuasa. Mari berbaik sangka!

:)

Berpuas hati dengan sesuatu yang sedikit

Biar sedikit tetapi berkat daripadaNya itu lebih penting. Mungkin yang sedikit itu lebih baik daripada banyak yang akan mengundang penyakit hati buat hambaNya.

Apala mak cik tu, bayar mahal-mahal tapi dihidang sikit je (situasi di kedai makan)

Aku dah buat sehabis baik, tapi dapat ni je?? Ish.. (situasi di alam U)

Meminta hanya daripada Allah kemudian bertawakallah

Inilah yang sering kita lupa. Mari beringat :)

Hanya kepadaNya aku bermohon,
Meminta segala hajat,
Diiringi doa pada Penciptaku,
Seikhlas hati, semanis kata,
Lalu tawakalku hanya padaNya,
Maha Pengasih lagi Penyayang.
Amal Athirah Zarzilah, bila sudah menulis, lupa buku medic depan mata ni :) InsyaAllah semoga bermanfaat, walaupun pengisiannya sedikit. Biar sedikit daripada tidak ada langsung.

Waallahu'alam.

17/7/2010 Kepada Kakak kepada Muhammad Firdaus Abdul Hadi, SELAMAT PENGANTIN BARU! Semoga berbahagia selalu, dimurahkan rezeki. InsyaAllah.

Banyak belajar tentang hidup berTuhan jadikan diri lebih tenang walaupun ada sahaja ujian mendatang :)

Thursday, July 15, 2010

Y 313 : Mujahid

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Alhamdulillah kini sudah minggu ketiga berada di bumi Sibu, Sarawak. Terletaknya jauh daripada bandar, berani kata jauh sebab tiada kereta. InsyaAllah jauhnya lebih kurang 15-20 minit dengan kereta. Sesaknya ada seakan-akan KL, bandarnya juga ada mirip KL, orang-orangnya juga serupa orang KL, rindu KL. Cuma bahasanya tidak seperti orang KL, majoriti Iban di sini :)

Kini ku belajar banyak perkara, daripada ilmu perubatan sehinggalah ke ilmu hidup berTuhan. Walaupun kelemahan sering teruji, namun terus muhasabah diri, adakah Allah redha pada tindakanku? Aku perlu sedar dalam setiap tindakan.

InsyaAllah kita kongsi sebuah karya insan biasa, tiada yang istimewa. Peringatan buat mujahid di luar sana. Peringatan juga buat diri sendiri yang punyai impian menjadi seorang mujahidah Tuhannya. InsyaAllah.

Mujahid,
Harapan mak ayah,
Lebih utama harapan agama,
Tidak kira pangkat atau rupa,
Tugasmu tetap sama,

Mujahid,
Jauhi fitnatunnisa,
Usah lemah apatah lagi putus asa,
Jangan biarkan iman goyah,
Lupa kesenangan sekiranya perlu bersusah payah,
Kerana kesenangan itu hanya ada pada akhirnya,

Mujahid,
Semoga mujahidah terbaik buatmu,
Bersama berjuang, biar Islam gemilang,
Bersama harungi segala ujian mendatang,

Demi yang SATU kalian bersatu,
Demi akhirnya kita bertemu,
Pencipta yang Maha Agung.

Waallahu'alam.

15/7/2010 Bila orang lain sakit, kita juga akan merasa sakitnya. Kenapa kita pun rasa? Kerana kita ini bersaudara, saudara se-Islam, saudara sedarah Nabi Adam A.S :)

Sunday, July 11, 2010

Y 312 : Mujahidah

Assalamualaikum wa rahmatullah,

InsyaAllah, berkongsi karya yang mempunyai maksud tersendiri. Peringatan buat seorang mujahidah.

Wahai mujahidah,
Engkau punya matlamat yang SATU,
Matlamat yang tidak pernah akan berubah,
Kerana itulah permulaanmu,
Kerana itu jugalah akhirnya,

Wahai mujahidah,
Usah leka dengan indahnya tipu daya,
Yang kian banyak memperdayakan,
Jangan tenggelam,
Apungkan dirimu dengan keseimbangan,
Seimbang dunia akhirat,

Wahai mujahidah,
Engkau sumber fitnah kaum adam,
Peliharalah dirimu sentiasa,
Jangan sesekali menghalang perjuangan seorang mujahid,
Mereka adalah harapan agama,
Mujahid itu juga manusia,
Manusia yang naik turun imannya,

Wahai mujahidah,
Perjuanganmu bermatlamatkan yang SATU,
Janganlah lupa, ingatlah selalu,
Matlamat itu hanya SATU,
Dengan Tuhanmu akhirnya bertemu.

Waallahu'alam.

11/7/2010 Aku khilaf, kini ku sedar. Perjuangan semakin sukar, aku perlu bersedia daripada sekarang. Now!

Y 311 : Peristiwa Semalam

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Khas buat abang-abangku, SELAMAT KE ALAM BARU! :)



Kamarulzaman (Abang A) dan Kak Noni


Abang Ahmad Aizat (Abang Ejat) dan Kak Mira


Keluarga pihak pengantin lelaki :)

Alhamdulillah semua berjalan lancar, semoga dipermudahkanNya.
[Terselit pula dokumentari diri]
:)

Y 310 : Usah Benci

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Alhamdulillah kedua-dua abang telah selesai mendirikan masjid masing-masing, cuma tinggal hendak dimakmurkan sahaja. InsyaAllah lahirnya kelak generasi yang mengamalkan Islam secara keseluruhannya sebagai cara hidup.

Ramai bertanya semalam, "Anak perempuan yang seorang ni bila lagi?"

Hanya mampu tersenyum, tanyakan sahaja pada mama, mama izinkan juga dengan izinNya, maka terdirilah lagi sebuah masjid. InsyaAllah.

Alhamdulillah walimah semalam, dapat mengeratkan tali persaudaraan yang selama ini terjalin, juga menjalinkan ikatan sesama saudara se-Islam. Dapat dua orang kakak ipar serentak memang seronok, dah bertambah anak perempuan mama.

Hari ini, mari berkongsi lagi. Guna peluang selagi Allah beri peluang ini buat hambaNya untuk mengingatkan diri sendiri.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannnya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut."
Na'uzubillah untuk menghina sesama hamba. Layakkah kita untuk menghina? Siapa kita untuk membenci, menghina? Apatah lagi untuk mengutuk. Kerana boleh jadi orang yang hina itu adalah hamba yang baik disisi Tuhannya selepas hidayah Allah yang beserta dengan taubat nasuha.

Kita? Manusia itu lupa.

Jika kita menghina seseorang itu, sedarkah kita bahawa manusia yang yang kita hina itu ada Penciptanya. Tahukah bahawa Pencipta yang mencipta manusia itu adalah juga Pencipta kita. Apa yang sebenarnya yang kita hina? Manusia itu atau Penciptanya?



Ya Allah, jika dalam hati ini ada rasa benci yang menjurus kepada penghinaan kepada sesiapa, maka lenyapkanlah perasaa itu kerana perasaan itu langsung tidak dapat membantu agamaku. Itu bukan matlamatku hidup di atas muka bumi ini, InsyaAllah.
Diceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa sedang berjalan bersama seorang muridnya. Tiba-tiba seorang lelaki yang terkenal dengan perlakuan maksiatnya mengikuti mereka dari belakang.

Murid Nabi Isa itu menoleh ke arah orang itu dengan penuh kebencian. Lalu dia berdoa di dalam hati, "Ya Allah, janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ini."

Nabi Isa tiba-tiba menoleh kepada muridnya dan berkata, "Doamu telah dimakbulkan. Allah menerima taubat orang itu dan mengusir kamu. Pergilah engkau dari sisiku.
Kadangkala kita lupa walaupun kita tahu. Dan sesungguhnya berbaik sangka itu adalah penyelamatnya. Kita sepatutnya mendoakan, bukan menghina atau membenci. Doakan agar sama-sama dengan hidayah dan rahmatNya.

Rahmat dan redha Allah tidak pernah berkurang walaupun telah diberi kepada hamba-hambaNya. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Wallahu'alam.

11/6/2010 InsyaAllah amal akan upload gambar, walaupun tak banyak disebabkan kesibukan melayan tetamu :) Gembira dapat jumpa saudara-mara, gurau senda jadi kenangan.

Pak Lang sudah sihat, alhamdulillah. Gembira jumpa Pak Lang, jangan nangis ya :) Semoga sihat-sihat selalu, InsyaAllah.

Wednesday, July 7, 2010

Y 309 : No Title

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Balighu anni walau aayah..

InsyaAllah hari berganti hari, setiap amalan di hitung. Kadangkala amal kebaikannya menggunung tinggi, kadangkala menjunam hingga meningkatkan tahap kecerunannya. Tetapi adakah yang tinggi itu diselaputi keikhlasan?

Adakah yang tinggi itu ada nilainya disisi Tuhan?

Yang rendah itu pula bagaimana?

Baiki..baiki..baiki, pertingkatkan segala yang kurang. Walaupun memakan masa bertahun-tahun, tetapi pembaikan itu mesti diteruskan, InsyaAllah.

Mampukah?

Di sisiNya tiada apa yang mustahil.
Waallahu'alam.

7/7/2010 Mama sibuk dengan persiapan, siapa sahabat-sahabat yang boleh hadir 10 Julai (Sabtu) ini, jemput hadir ya :) InsyaAllah paginya akan diadakan tahlil arwah buat ayahandaku.

Sunday, July 4, 2010

Y 308 : Sayang

Assalamualaikum,

Telah sekian lama blog ini bersawang. Banyak sangat ingin dikongsikan sehingga tidak mampu lagi untuk menulis, tak tahu hendak mula dari mana. Semua yang berlaku dengan aturanNya, alhamdulillah menarik dan banyak mengajar diri, InsyaAllah.

InsyaAllah sambung study selepas menulis. Moga diberi kekuatan untuk terus bermujahadah menuntut ilmu Tuhan tanpa rasa jemu dan putus asa, InsyaAllah.

Rasa ingin menyanyi, biarpun di dalam hati :)

Hati bernyanyi melihat langit membiru di siang hari, alhamdulillah, bilik menghadap bumi Tuhan, boleh tadabbur alam bila-bila sahaja :) cuma nak atau sebaliknya.

Mari nyanyi..

Satu-satu..saya sayang ALLAH,
Dua-dua..sayang Rasulullah,
Tiga-tiga..sayang mama, babah,
SATU, dua, tiga..sayang semuanya..

Dahulu liriknya lain, buatkan diri rasa ingin diolah sahaja liriknya supaya hati bertambah riang dengan jiwa berTuhan, InsyaAllah.

Yang pastinya keriangan hati di dunia ini adalah sementara. Sulamilah dengan keriangan hidup berTuhan yang membawa ke akhirat, yang bukannya sekadar sayang tetapi patuh dan taat pada segala perintah dan laranganNya.

Ya, keriangan ini akan berakhir. Adakah kita bersedia??

6/7/2010 Metafora sungguh ayat kali ini. InsyaAllah hujung minggu terbang lagi naik belon :)
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates