Lama sudah tidak menaip di sini. Hari ini, selepas siap menghias deko raya, ambil sedikit masa untuk menaip sesuatu yang insyaALLAH bermanfaat buat semua. InsyaALLAH esok akan ke Lundu bagi Kursus Kepimpinan, al-maklumlah untuk memimpin perlu dipimpin dan terpimpin terlebih dahulu. Semiggu sudah meninggalkan keluarga di semenanjung selepas menyambut hari raya bersama. Alhamdulillah sempat beraya bersama keluarga (study? hm..hehe) Pelbagai peristiwa penting juga, melibatkan hidup dan mati :)
InsyaALLAH hari ini ingin berkongsi mengenai rahsia atau keajaiban azan yang seringkali dipandang ringan. Dilambat-lambat atau tidak azan kerana dikatakan tiada muazzin. Waallahu'alam.
Subhanallah, Maha Suci ALLAH. Laungan itu tidak akan pernah berhenti hingga ke akhir zaman, insyaALLAH ke akhir hayat bumi ini. Azan adalah lambang kekuatan ummah, juga merupakan lambang penyatuan yang menyerukan ke arah kejayaan dunia dan akhirat, insyaALLAH.
Tetapi kadangkala manusia itu alpa dan mengambil ringan hal ini. Sama ada perkara itu berat atau ringan, ia tidak boleh diringan-ringankan. Bila lagi ummah akan bersatu? Mari bersama kita muhasabah diri, perbaiki kelemahan yang ada. Kita bukanlah daripada golongan maksum yang terhindar daripada sebarang dosa tetapi itu tidak bermakna kita tidak mampu menahan diri daripada perkara yang dilarangNya. Musuh utama kita? Hawa' nafsu (dorongan manusia) itu sendiri. Betul atau tidak, tepuk dada tanya iman.

Lemah insan dek kerana hawa' nafsu,
Bangkitlah ummah, usah lemah dan lesu.
Azan berkumandang menyatukan ummah,
Ayuh ummah, kita eratkan kembali ukhwah.
Pepohon iman, berbuah rendang,
Hayya ummah, kembali cemerlang gemilang.
Bangkitlah ummah, usah lemah dan lesu.
Azan berkumandang menyatukan ummah,
Ayuh ummah, kita eratkan kembali ukhwah.
Pepohon iman, berbuah rendang,
Hayya ummah, kembali cemerlang gemilang.
Waallahu'alam.
Jam 1204 (2 Oktober 2009) Ayuh kejar redha ALLAH..SELAMAT MENGHAFAZ!
Jam 1204 (2 Oktober 2009) Ayuh kejar redha ALLAH..SELAMAT MENGHAFAZ!