Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, March 31, 2009

Mainan..Fokus pada MATLAMAT akhirnya

Assalamualaikum

31/3/2009, SELASA, 1:54pm

Petang ni kelas ditundakan..Dapat revise untuk practical esok. Tapi sempat lg menaip kat sini..Hehe. Alhamdulillah baru lepas menghayati kalamullah selepas solat zohor. Surah al-Anbiyaa' ayat 16-17 yang bermaksud:

Dan tidaklah Kami jadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya sebagai mainan (16) Jika sekiranya Kami hendak mengadakan permainan, nescaya Kami adakan dari sisi Kami, jika Kami membuatnya (17)

Kalamullah tidak pernah meninggalkan kata2 dusta. Dunia hanya sementara, perantara untuk ke SANA. Hidup bukan mainan..Jika sedang kita leka 'bermain' ALLAH tarik nyawa kita, kemudian dihitung segala amalan..Ada ganjaran untuk amalan kita??! (Bukan disini jawapannya..Soal diri kalian?) ALLAH kurniakan akal untuk berfikir..Maka berfikirlah~

Surah ad-Dzariyat, ayat 56:

Tidaklah Aku menjadikan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka menyembah kepadaKu (56)

Jangan deras arus dunia melekakan kita, indah dunia, semua kan tergoda..Hanya iman dapat mengatasi segalanya menewas nafsu dan syaitan dalam diri. Fokus pada matlamat akhirnya. Semoga kelak ALLAH merahmati kehidupanmu didunia, InsyaALLAH =) Nak sambung kerja..ALLAH memandang pada usaha kita, bukan hasilnya semata-mata. Waallahu'alam =)

**Buat diri sendiri paling utama. Bersama ingat-mengingatkan~

Monday, March 30, 2009

Akhirnya..T.U.L.I.S lagi

Assalamualaikum

Alhamdulillah..akhirnya selepas install browser baru (Mozilla Firefox) dapat menulis kembali, dah lama x menulis..disebabkan virus yg melanda Internet Explorer =) Dulu banyak idea, nk dikongsikan..sekarang mcm hilang semua. Hmm..actually, th cari bahan utk PBL (Problem-based learning) Minggu ni under topic Thyroid and Parathyroid Gland, jadi chairperson..penin2, belit lidah..hehe =D

Nak tulis sajak boleh? Hmm, nk buat sajak apa ya..SELAMAT MEMBACA! Yang baik itu datang hanya daripadaNYA, salah silap datang daripada ALLAH tetapi disandarkan kepada kelemahan diri sendiri untuk diperbaiki, INSYA-ALLAH.

Pemuda..Pemudi
Hari ini bukan masa mudamu lagi..
Kerana masa sudah terlalu tua..
Berlalu dan terus berlalu..

Pemuda..Pemudi
Mana letak agamamu?
ISLAM dimana?
Rubb..Rabb..Rubb
Adakah pada denyutan jantung? Ya Rabb..
Sedarkah..ISLAM itu ada padamu..
Wahai pemuda pemudi..
ISLAM dikau bawa setiap detik..
Untuk apa dikau bawa ia?
Adakah ISLAM dibawa hanya ke ceramah-ceramah agama?
Adakah ketika melangkah ke masjid?
Di hadapan menjadi Imam, bilal?
Berhari Raya?

Pemuda..Pemudi
Jawapan bukan di sini..
Persoalkan diri anda..
Bersama bangkit..kembali ke landasan asalmu..
Kerana kelak dirimu akan bertemu DIA..
'Hadiah' paling ditunggu-tunggu..

Tetapi apa akan dikau bawa???!
Kau tahu jawapannya~

Entry akan datang (insyaALLAH) : MAMA Ratu Hariku..BABAH pergimu sunyiku

HIDUP DENGAN IZINNYA, KEMBALI KEPADANYA TATKALA SERUAN TIBA..DUNIA HANYA PERHIASAN SEMATA, MENGABURI PENGLIHATAN INSAN BERNAMA MANUSIA
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates