Teringat kenangan dahulu ketika dia di Matikulasi Perak. Telah dia peroleh pelbagai ilmu, dunia dan akhirat. Ya! Belajar banyak perkara. Belajar membuat pilihan pada awalnya apabila mendapat 2 tawaran serentak. Matrikulasi Perak, Gopeng (Sains Hayat) atau ASASI Nilam Puri, Kelantan(Pengajian Islam dan Sains).
"Dah buat keputusan? Nak masuk mana?" Babah dan Mama menyoal dia.
"Tak tahulah nak masuk mana. Babah, Babah rasa mana ok? Dua-dua ok" Soal dia pada Babah apabila Mama menyerahkan kuputusan dibuat sendiri olehnya.
"Pergi Gopeng jelah, dekat..Masuk U nanti nak pergi jauh-jauh pun takpe." Jawapan yang memberangsangkan dari Babah. Kata-kata Babah dia turuti. Dia mencari restu keduanya.
************************
Sebelum Subuh mereka bertiga bertolak ke Perak bagi Pendaftaran masuk ke Matrikulasi. Gelap gulita jalannya. Babah bawa perlahan kerana keadaan sangat gelap.
Harapan dan citi-cita itu dia bawa bersama nama dirinya sepanjang masa. Untuk-Mu, Mama dan Babah.
*************************
Belajar di Matrikulasi amat mencabar. Kepenatan yang dirasai kadangkala membuat seseorang itu lemah tetapi dia masih mampu tersenyum. Selepas kesakitan yang pernah dirasai dahulu. Kini, dia lebih kuat dan memahami sedikit sebanyak erti hidup.
"Hidup ini dicipta bagi berpenat lelah." Untuk apa? Untuk redha-Nya.
Dia suka setiap penjuru di Matrikulasi ini. Tidak dapat diperoleh ditempat lain. Masjid Al-Maghfirah tempat yang amat gemar dikunjunginya. Memuji, memohon, merintih..
***************************
20/12/2009
Dia pulang bercuti Hari Raya Aidiladha. Gembira dirasa dengan membawa buah tangan untuk orang tersayang. Dia tempah hadiah khas rupanya, diatasnya tertulis, "AMAL SAYANG BABAH & MAMA" Dia jarang sekali memberi hadiah sebegitu. Ya! Dia belajar untuk menghargai. Mama tersenyum dengan pemberian dia. Babah juga tersenyum tapi mencebik :) Babah suka mengusik anak perempuannya itu.
****************************
23/12/2007
Babah dan Mama balik kampung kerana ingin menghadiri kenduri kahwin saudara. Dia tidak ikut bersama. Tetapi sebelum pergi, dia sedar Babah menjenguk dia di dalam bilik.
Pada tengaharinya, telefon rumah berdering. Dia mengangkat telefon itu, sedang 2 orang abang sedang berada di ruang tamu.
"Amal, Babah dah takde lagi." Ammati memberitahu, dia kenal suara itu.
"Babah mana ni?" Dia masih tidak mengerti.
"Babah kamu. Babah dah takde, dah meninggal." Ammati menyambung lagi.
"Siapa yang meninggal ni?" Dia masih tertanya-tanya. Dia berfikir, tadi Babah dan Mama pergi kenduri di kampung. Dia menyerahkan telefon pada abangnya. Abang dia mengerti tetapi seakan-akan tidak percaya.
Babah pergi selamanya dalam keadaan sihat, tanpa sebarang kecelakaan. Babah tidak meninggalkan sebarang amanat buat mereka sekeluarga. Tetapi Babah pernah mengirimkan pesanan melalui khidmat pesanan ringkas.
"STUDY TILL SUCCEED"
Dia ingat sampai sekarang. Dia akan ingat itu sehingga giliran dia dijemput Pencipta.
Hancur segala matlamat diri dia. Kekuatannya kian pudar. Tetapi itu mengajar dia sesuatu. KEMATIAN ITU PASTI. Ya! KEMATIAN itu penawar segala racun dunia. Dia setuju akan itu. Aku pun setuju. Kami berdua setuju. Kerana kami adalah jasad yang satu.
KEMATIAN ITU,
Pasti kan tiba,
Pasti datang tanpa diundang,
Pasti menjelma disaat itu,
Pasti berlaku jua..
Pasti kan tiba,
Pasti datang tanpa diundang,
Pasti menjelma disaat itu,
Pasti berlaku jua..
KEMATIAN ITU,
Pemisah daripada dunia fana,
Pertemuan kelak dunia hakiki..
Temu janji dengan Ilahi..
Pemisah daripada dunia fana,
Pertemuan kelak dunia hakiki..
Temu janji dengan Ilahi..
26/1/2009 KEMATIAN itu penawar segala racun dunia. Penawar segala penyakit juga :)
5 Buah fikiran:
salam takziah...*speechless*
insya-allah, saya doakan kejayaan amal.
to sirr : kisah dua tahun lalu, tetapi semoga kita selalu beringat bahawa hidup kita tidaklah lama, gunakan masa sebaiknya :)
to mzan : dr.zul, semoga berbahagia selalu. Terima kasih atas doa dr. Insya-Allah, TRY TILL SUCCEED :)
assalamu'alaikum...
saya juga rindu masjid itu!!~
sangat2 rindu...
Dia selalu menemukan saya dgn dia (dalam cerita di atas) di masjid itu =]
uhibbuki fillah!!~
miss yOu...miss yOur smile *-*
tOlong jaga hidayah utk sOlehah~
:)
ya, sangat2 merindui saat itu..
setahun itu berlalu begitu cepat, ibarat masa itu sendiri yang berlari..uhibbuki fillah!!!
InsyaAllah, amal cuba walaupun kami sendiri berjauhan di bumi Sarawak ni :)
Rindu masjid itu!!
Post a Comment