Hari ini hari jumaat! Penghulu segala hari, mari kita perbanyakkan selawat kepada junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, serta lipatgandakanlah zikrullah. One lecture and PBL(Problem-based learning). PBL hari ini berkenaan dengan diabetic nephropathy. Alhamdulillah, perbincangan yang sekejap itu dapat digunakan untuk menambah input yang sedia ada.
Ilmu Allah itu amat luas, ambillah peluang untuk menuntut ilmu walaupun sedikit. Dan ilmu itu boleh diperoleh di mana-mana sahaja. Sambil berjalan juga kita boleh digunakan peluang yang ada untuk belajar sesuatu. Ya! belajar menghayati dan menghargai nikmat kurniaan-Nya. Sedangkan sambil berjalan boleh belajar, duduk apatah lagi ya?
Sambil dia berjalan,"Ya ALLAH, hari ini Engkau memberi nikmat-Mu yang membolehkan aku berjalan untuk melaksanakan tanggungjawabku."Ya! Setiap langkah itu adalah AMAL (cita-cita atau harapan) untuk kita menjadi hamba-Nya yang terbaik menuju syurga yang diimpikan, Insya-ALLAH. Organ kecil dalam rangka kepala kita iaitu otak dan akal itu pula adalah abstrak, ia membolehkan manusia itu berfikir. Hargai ia sebaik mungkin. Anugerah yang bernilai itu bukanlah untuk disia-siakan.
Dia berjalan lagi sambil mendongak sedikit ke langit,"Ya ALLAH, birunya langit ciptaan-Mu. Indahnya, Subhanallah!"
Dia terus berjalan dengan berhati-hati sambil menunduk sedikit ke bawah,"Ya ALLAH, tanah ini. Daripada tanah ini Engkau jadikan aku. Kelak aku akan kembali kepada tanah ini semula. Ya ALLAH, singkatnya masaku."
Lalu dia terserempak dengan sahabatnya,"Ya ALLAH, itu dia sahabat seperjuanganku yang Engkau kurniakan. Terima kasih, Ya ALLAH, alhamdulillah." Detik hatinya.
Dan hari ini dia telah belajar MENGHARGAI!
Waallahu'alam.
8/1/2010 Semoga selamat dalam perjalanan dengan AMALmu! (cita-cita/harapan) :)
0 Buah fikiran:
Post a Comment