AL-FATIHAH buat Saudara Muhammad Faizul Nawi
Beliau merupakan seniorku, 3rd year medical student di Sibu yang telah kembali kepada Pencipta dengan jemputan-Nya yang tidak ternilai dek kita. Allahyarham menghidap leukemia semenjak tahun 2007 jika tidak silap. Setelah 2 tahun bertahan dalam bidang ini dengan penyakit yang dialami, akhirnya allahyarham dijemput Ilahi. Walaupun kami tidak pernah bersua, suasana sedih menyelubungi kami di Kuching ini.
Ketabahan itu mampu melebihi segala-galanya dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Dan bagiku, allahyarham peroleh itu. Bukan mudah untuk menjadi hamba pilihan-Nya bagi diuji sedemikian rupa. Dia bertuah!
Buat hamba yang masih bernyawa,
5/1/2010 Aku simpan segalanya kerana itu semua belumnya pasti. Aku terus berdoa, semoga ia menjadi kenyataan. Kenyataan bagi agamaku bukan dunia semata-semata. Aku tidak pandai meminta, lebih senang bagiku memberi. Aku akan sentiasa bermatlamatkan SATU!

Masa itu sering engkau pandang sebelah mata,
Sedangkan ia terus berlalu walaupun engkau terus berdiri,
Berdiri tanpa berbuat apa-apa,
Bila datangnya ujian,
Akan engkau kata, "peritnya hidup di dunia"
Tika itu, barulah nama-Nya menjadi sebutanmu,
Tetapi tika kesenangan datang,
Engkau letakkan nama-Nya jauh daripada dirimu,
Mungkin engkau lupa,
Engkau hamba yang tidak miliki kuasa,
Bila berita kematian engkau dengar,
Penyesalan hadir dalam hati,
Jiwa menangis, hidup ini bukanlah lama,
Engkau sedar,
Tetapi adakah sedaran sementara?
Usah lena dengan angan-angan,
Usah dibuai impian dalam mimpi nan indah,
Sedangkan esok itu belum tentu engkau miliki,
KEMATIAN ITU PASTI MENEMUI KITA!

"Sebijak-bijak ummat adalah mereka yang mengingati MATI. Mudah kan hendak menjadi bijak? Tetapi mengapa kita lupa sedangkan mengingati MATI itu lebih mudah daripada subjek-subjek lain. Manusia itu pelupa sifatnya."Waallahu'alam.
5/1/2010 Aku simpan segalanya kerana itu semua belumnya pasti. Aku terus berdoa, semoga ia menjadi kenyataan. Kenyataan bagi agamaku bukan dunia semata-semata. Aku tidak pandai meminta, lebih senang bagiku memberi. Aku akan sentiasa bermatlamatkan SATU!
0 Buah fikiran:
Post a Comment