“Ainul Mardhiah Ahmad, bangun..bangun! Jangan biarkan gajah datang dalam waktu subuh ni.” Fikraa mengejutkan sahabatnya yang terlena di meja belajar. Ya! Ainul seorang pelajar perubatan yang komited dengan tanggungjawabnya sebagai seorang penuntut ilmu.
“Astaghfirullah al-‘azim!” Bingkas Ainul bangun.
“Mana gajah? Tadi saya baru baca surat kamu. Mana Hayati?” Separa sedar rupanya Ainul. Fikraa hanya tersenyum melihat gelagat Ainul, ini bukan pertama kali temannya bersikap begitu. Dia faham.
“Gajah dalam laptop kamu tu. Nampak? Kaki gajah.” Fikraa selain suka menulis, mencoret kata-kata, dia suka bergurau tetapi dalam gurauannya tidak akan ada pembohongan. Baginya, gurauan dengan pembohongan itu hanyalah dosa. Dan antara sifat orang munafik adalah apabila mereka berkata, mereka kan berbohong. Sedangkan Rasulullah juga pernah bergurau dengan seorang mak cik tua. Gurauan dalam kejujuran...
[Ini hanya sedutan episod ini, untuk membaca yang seterusnya, sila download di bahagian shared @ FIKRAA di sebelah kanan laman ini]
Sebarang teguran dan nasihat amat diharapkan. Selamat membaca dan semoga bermanfaat buat kita bersama! :)
Friday, January 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Buah fikiran:
Post a Comment