Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, January 11, 2010

Zaman Itu

"Dulu ingat tak masa zaman sekolah, cikgu ajar menulis guna buku garis-garis tu" NAJ bercerita.

"Yela, dulu tulis cantik-cantik. Tulis-tulis, then bawah tu buat corak." Sambung SST. Ketawa kedengaran dalam dewan kuliah tetapi tidaklah bergegar dibuatnya.

"Berebut-rebut nak dapat bintang. Siapa banyak dia menang." Riang ria di pagi hari sebelum mula kuliah :) Terkenang zaman muda-muda.

"Adik kita suka baca doa. Sebut satu-satu.." kata NAJ.

"Yela kan, dulu masa kecik-kecik baca doa, bukan main panjang. Bismilla...hirrahma...nirrahim..." SST sambung lagi perbualan itu. Itulah hakikat di zaman muda. Indah dunia, semua ingin dicuba.

SST menambah, "Tapi sekarang kalau baca doa atau apa-apa surah mesti nak cepat. Kalau boleh nak buat dalam satu nafas. Tapi kalau berborak, bercerita perkara yang tak berfaedah itu, berapa kali nafas pun takpe..Apalah nak jadi." Nada gurauan, maksudnya amat mendalam jika dihayati.

Perbualan ini walaupun nampak seperti informal tetapi ada satu pengajaran yang boleh kita ambil. Sebelum kuliah, berbincang, berborak itu seperti rutin harian pula. :) Ibarat, inilah perbualan yang bermakna bagiku. Ada input dan tidak sia-sia. Terima kasih SST, kamu telah membuat ku berfikir. Ke mana pergi insan kecil yang pintar itu?

Hmm, nafas..aku bernafas, tetapi untuk apa? Perhati dan hayati, panduan hidup telah ALLAH sediakan tetapi manusia itu hanya melihat dalam kebutaan, mendengar dalam ketulian. Waallahu'alam.

[Ayatku memang biasanya begini, fikir untuk memahami..Kurniaan ALLAH itu banyak hikmahnya. Rugi bagi mereka yang tidak menggunakannya]




Ya! Semasa kecil, kita melakukan semuanya untuk menjadi yang terbaik. Mahu jadi yang terbaik. Tetapi sekarang?

Ya! Dulu kita tertib dalam perbuatan, doa yang teratur (walaupun sebutan tidak jelas). Tetapi sekarang?

Ya! Dulu pergaulan itu dijaga guru-guru, kita patuh dan ada kalanya kita langgar. Tetapi sekarang? Dimana ajaran guru itu?

Ya! Kebanyakan kita lebih menuju ke arah manusia terbilang dan bukan HAMBA CEMERLANG..

Ya! Sekarang semua perlu cepat..YE KE?? Tetapi ramai sahaja yang membuang masa..

Ya! Manusia itu mudah lupa dan perlu di ingatkan. MAKA NASIHATILAH, INGATKANLAH!

:)

11/1/2010 Tetapi berkata dalam kebisuan itu berbeza :)

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates