Assalamualaikum,
Kini ku sambung hikayat blog ini. Kesibukan diri sejak akhir-akhir ini menyebabkan diri ini tidak berkesempatan mencoretkan kata-kata di sini. 10 minggu? 10 minggu sebelum peperangan besar tahun ini tercetus. Sekejap bukan? Profesional examination of UNIMAS untuk pelajar 2nd year akan pastinya mencabar.
2 tahun bagi 3 hari? Ini yang akan kami pertaruhkan. Profesional exam ini akan merangkumi pelajaran selama 2 tahun ini yang meliputi semua sistem dan akan dinilai dalam masa 3 hari. Sedangkan sekarang masih dalam Renal & Reproductive System Block. 3 minggu untuk study weeks.
Masih berfikir. Mampukah aku? Aku mesti kuat! KITA MESTI KUAT!
Dahulu telah ku lalui pelbagai suka duka, pahit manis hidup. Sehingga tanpa ku sedari, hari ini aku di sini. Benarlah segala firmanNya, tidak dapat dinafikan lagi. Semua kekuatan itu hanya daripadaNya, hakikat diri ini adalah lemah, tidak bermaya. Rindu bertemu denganNya :)
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." [2:286]Ini adalah gambar-gambar 2 minggu lepas semasa lawatan ke Kampung Budaya Sarawak. Di sini ditempatkan 9 buah rumah etnik yang berbeza yang didiami oleh mereka yang terdiri daripada etnik itu sendiri.
Persembahan budaya selama 45 minit
Jangan lihat kami :) hayati pemandangan latarnya..Subhanallah, cantik!
Sempat lagi :)
Dalam kita bersuka ria, jangan kita lupa title kita walaupun suatu hari nanti kita akan bergelar seseorang yang tinggi pangkatnya atau dikenali ramai. Title itu tidak akan pernah berubah, malah itulah pengakuan kita di alam ruh. Lupakah kita?
Ya ALLAH, tetapkanlah hati kami di jalanMu. Pelihara hati hamba-hambaMu ini agar sentiasa dekat denganMu. Ya ALLAH, jika Engkau mentaqdirkan hambaMu ini kembali menemuiMu, sesungguhnya itulah yang terbaik bagi hambaMu ini.

Aku hamba,
Perlu kuat dalam meniti hidup,
Berubah demi kebaikan,
Dengan harapan yang mulia,
Aku impikan syurgaMu,
Semoga ia bukan hanya impian..
Demi menemuiMu,
Izinku persembahkan yang terbaik,
Yang terbaik itu hanya untukMu..
"Maka ingatlah kamu kepadaKu, necaya Aku ingat kepadamu dan berterima kasihlah kepadaKu dan janganlah kamu mengkufuri nikmatKu" [2:152]
Waallahu'alam.
[18/1/2010] Mohon doakan kami di sini. Perjuangan itu tiada jalan pintasnya. Sabar menanti saat itu. SEMOGA BERJAYA! Insya-Allah.
[18/1/2010] Mohon doakan kami di sini. Perjuangan itu tiada jalan pintasnya. Sabar menanti saat itu. SEMOGA BERJAYA! Insya-Allah.
0 Buah fikiran:
Post a Comment