Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, January 27, 2010

Buat Teman

Assalamualaikum,

Buat temanku di Kota Samarahan, Sarawak. Usah bersedih dengan takdir yang menimpa kerana itu semua ada suratan Yang Maha Esa.

Ya! Semua orang mampu kata, "Bersabarlah" "Bertenanglah" "Usah bersedih" Sedangkan bahu yang memikul itu semua pastinya bertarung dengan diri untuk bersabar. Bukan perkara yang mudah tetapi itulah yang Dia mahu kita pelajari.



Pelajari bahawa hidup kita adalah di dalam genggaman-Nya.
Pelajari bahawa hidup ini bukanlah selamanya.
Pelajari bahawa berserah kepada-Nya itu adalah keindahan yang tiada tandingan.
Pelajari bahawa pergantungan dan pengharapannya itu sebaik-baik pertaruhan.

Sahabatku,
Dirimu kuat,
Kerana itu dirimu dipilih,
Menjalani ujian ini..

Penulis mengenali temanku ini sejak di Matrikulasi. Pertemuan terindah di masjid Al-Maghfirah yang berkekalan sehingga hari ini dan diharapkan tidak akan pudar jalinan ini buat selamanya. Pengenalan yang ringkas, menghidupsuburkan hati-hati makhluk kurniaan-Nya yang dijadikan bersaudara. Dia kuat! Penulis kuat melihat dia kuat, aku pun begitu.



Tangisan itu kurniaan Tuhan buat hamba-Nya yang bergelar manusia,
Bukan untuk di simpan atau sebagai perhiasan,
Ia anugerah yang amat bernilai buat insan berakarkan iman.

Tangisan bertunjangkan kesabaran itu tinggi kedudukannya di sisi Tuhan,
Bersabarlah wahai sahabat walaupun seperit mana dugaan,
Tuhan kita mula berbicara, menguji tahap keimanan,
Itulah ujian yang sebenar-benarnya buat hamba-Nya yang berfikir,
Berfikir hakikat hidup sementara, mencari Pencipta.

27/1/2010 Buat Hidayah, semoga duka laramu diganti dengan semangat membara mencari redha Tuhan. Bersama kita syukuri nikmat, kejar akhirat :)

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates