Saat genting kian tiba, lemah makin terasa. Teruskan, jangan rebah. Kasihan blog ini seolah-olah tidak berpenghuni, walaupun tidak diketahui ramai akan kewujudannya tetapi inilah bekalan hidupku nanti. Sedangkan ajal itu sentiasa menjengah, menunggu masa menjemput hamba yang telah tercatat di Luh Mahfuz panjang hayatnya.
Alhamdulillah, usrah mingguan tetap berjalan walaupun banyak halangan, tanggungjawab lainnya. Pentazkirah hari ini, Cik SSO :) dengan tajuknya "Doa yang Tidak Terhijab" Mari berkongsi inputnya bersama-sama.
DOA YANG TIDAK TERHIJAB
- Doa ibu bapa kepada anak-anaknya
Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud, "Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu doa ibu bapa, doa orang yang musafir, dan doa orang yang dizalimi." [Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah]Wahai, ibu bapa di luar sana, doakanlah anak-anak kalian agar mereka menjadi hambaNya yang sentiasa taat pada perintah dan larangan Penciptanya. Didiklah mereka dan sesungguhnya mereka adalah salah satu ujian buat kalian di dunia. Peringatan juga buat diri sendiri, juga semua yang bakal bergelar ibu dan bapa suatu hari nanti.
- Doa anak yang soleh, mentaati kedua ibu bapa
Rasulullah S.A.W bersabda tentang Uwais bin 'Amir, "Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa pasti Allah akan memakbulkan." [Riwayat Muslim dan Ahmad]Adakah aku anak yang baik?
Bersama muhasabah diri, untuk sentiasa mentaati ibu bapa selagi mereka masih Allah pinjamkan untuk kita peroleh kasih dan sayang manusia.
InsyaAllah bersambung..
Waallahu'alam.
29/8/2010 Ini entry 2 minggu lepas. Baru publish hari ni :) Terima kasih cik SSO sebab pinjamkan broadband ni..Jazakillahu khair..Mahu pulang, gembirakan hati dia :)
Belek-belek gambar dalam laptop..teringat kenangan terindah, ukhwah fillah :)
0 Buah fikiran:
Post a Comment