Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, August 6, 2010

318 : Baca lagi

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Baca lagi? Usah jemu membaca. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan langit dan bumi dan menguasai segala yang ada di antara langit dan bumi. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menulis lagi walaupun dalam keadaan yang segalanya berlaku dengan pantas dengan aturanNya.

Kenapa perlu baca? Daripada membaca kita boleh kenal Tuhan kita. Daripada membaca kita boleh pelajari ilmuNya. Daripada membaca, kita dapat hargai nikmat akal anugerah Yang Maha Esa.

Dengan membaca juga kita boleh menjadi tenang, lebih-lebih lagi dengan membaca 'surat cinta' dengan ayat-ayat cinta yang dapat menyuburkan kembali bunga-bunga di taman hati kita :) InsyaAllah.

Teringat kata sahabat, katanya ingin berlari-lari di tepi pantai, alangkah indahnya jika kita dapat duduk ditepi pantai dengan membaca 'surat cinta' dariNya supaya hati lebih tersentuh, berfikir dan mensyukuri segala nikmat kurniaanya antara langit berawan putih dan bumi yang berlantaikan pasir pantai yang halus. Subhanallah.



Waallahu'alam.

6/8/2010 Alhamdulillah, semakin bersemangat ni :) Semoga tidak luntur lagi.

Beli buku lagi :) suka3..tajuknya Menyingkap Tabir Sepertiga Malam, semoga bermanfaat buat diri hambaNya yang perlu membaiki diri, mensyukuri nikmat Tuhannya. InsyaAllah, nanti kita kongsi-kongsi isinya.

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates