Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, August 8, 2010

Y 319 : T

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Ku lihat awan tenang ditiup angin,
Ku lihat pohon-pohon tenang melambai-lambai,
Ku lihat tanah tempat ku berpijak, tenang berada di bawah,
Ku lihat kiri dan kanan, manusia tenang jalani hidup.

Hidup persinggahan sementara,
Yang pasti tempat kembali itu kian dirindui,
Tempat abadi, tenang menanti pasti.

Alhamdulillah, menulis lagi dengan tenang, InsyaAllah.

T --> Tenang
T --> Tanggungjawab
T --> Tawakal

Tenanglah wahai diri dalam melaksanakan amanah Ilahi, berusaha dengan bersungguh hati, lalu tawakkal kepada yang selayaknya, Tuhan sekalian alam.

Tenang itu adalah milik mutlak Pencipta. Ya, kadangkala sebagai manusia kita gusar dengan nasib yang sudah, sedang dan nakal menimpa kita. Wahai diri, ingatlah kembali asal usulmu, asal kejadian dirimu, tidaklah layak bagimu mempersoalkan apa yang terjadi kerana semuanya dengan izin takdirNya Yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu. Maka mohonlah ketenangan itu agar menjadi temanmu dalam meniti hari-hari mendatang.
(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. [Surah ar-Ra'd : 28]
Jiwa mukmin itu damai, tiada gusar kerana persandarannya pada Allah melebihi segalanya.

Tenang melaksanakan tanggungjawab, amanah Tuhan. Walaupun berat bagaimana sekalipun, pikullah dengan segala kudrat yang ada kerana kudrat kurniaan Allah itu buat hambanya bukanlah sesuatu untuk dipersia-siakan. Menangis? Itu bukan tanda kelemahan, bukan lambang kejatuhan. Menangis kerana Allah dapat memberi kekuatan pada kita untuk menggalas amanah Tuhan. Ajaib Sungguh! Subhanallah, usah berlemah-lemah wahai mujahid dan mujahidah, kemudahan itu pasti ada dari Tuhanmu.

Maka, selepas berusaha dalam pelaksanaan itu, akhirnya kepada Allah tempat penyerahan segala urusan. Dengan itu hati sentiasa tenang :) Subhanallah, indahnya hidup sebagai hambaNya dan ummat Muhammad kan? Penyelesaian sentiasa ada, cuma pendekatan kita ke arah penyelesaian itu akan membezakan akhirnya. Sama ada rahmat atau murka.
Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. [Surah al-Thalaaq : 65]
Setelah bertawakal itu, maka bersyukurlah dengan segala limpahan rahmat Tuhan. Baik buruk itu adalah kebaikan buat diri kita. Tenang lagi, subhanallah :) Ibarat awan yang tenang beredar di langit membiru. Mari bersama muhasabah diri yang lemah, agar kuat rohaninya berbekalkan keyakinan yang utuh pada Pencipta dan iman yang kental mujahid fi sabilillah.


Putih dan biru sentiasa terbaik :)

Dengan itu,
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." [Surah Ibrahim : 7]
Wallahu'alam.

8/8/2010 Hari ini hari ahad :) Syukuri hari-hari mendatang dengan rezeki kurniaan Tuhan.

Kiri kanan atas bawah ciptaanNya mengindahkan pemandangan. Pandang-pandang juga, jangan lupa fikir-fikir dan hayati sebaiknya :)

Taip-taip..terpanjang jadinya. Semoga bermanfaat :)

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates