Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, August 15, 2010

Y 321 : 3 Ba

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Alhamdulillah entry ke-2 di bulan penuh barakah ini. Pengalaman puasa di Sibu, alhamdulillah nafsu makan seakan-akan seolah-olah sudah menyerah kalah. Tetapi jangan bergembira sangat, kerana nafsu ini pandai mengambil bahagiannya apabila masa terluang, di kala manusia itu lupa dan alpa. Di saat manusia itu menjadikan dunia ini sebagai destinasi akhir, tiada lagi pergantungan dengan Pencipta Yang Maha Berkuasa.

3? Termasuk hari ini sudah 3 bazaar yang sempat singgah, Pak Cik banyak sabar layan kerenah kami setiap petang apabila hendak membeli juadah berbuka puasa di luar. Terima kasih Pak Cik :) Hanya Allah sahaja yang dapat balas jasa Pak Cik. Pergi balik hospital, Pak Cik juga yang hantar, semoga Allah beri kesabaran dan kesihatan yang baik pada Pak Cik :) InsyaAllah.

Bila tiba bulan Ramadhan, seringkali dikaitkan dengan pembaziran yang berlaku. Di bazaar Ramadhan terutamanya, rambang mata melihat juadah berbuka puasa, warna-warni. Beli yang itu, nampak yang lain, beli lagi. Nafsu makan menang! :) Tidak dinafikan, dahulu diri sendiri pun begitu.

"Mama, nak air kuning tu. Esok nak air hijau" Celoteh anak perempuan mama.

"Mama, nk kuih tu. Nak apam balik. Nak kebab." Main tunjuk-tunjuk itu-ini :)

Dulu-dulu lagi,

"Babah, Amal nak ikan sembilang masak merah tu."

"Boleh habis ke ni?" Si ayah ragu-ragu.

"Boleh punye.." Yakin sangat bunyinya.

Babah tidak suka orang bazirkan makanan, babah memang tak cakap. Tetapi daripada kelakuannya, sudah dapat dikesan. Bila ada sahaja makanan tidak habis, babahlah orang yang menghabiskannya. Babah pendiam, macam anak perempuan dia. Tetapi jiwa dalaman InsyaAllah kental. [Sedih] Tetapi daripada perwatakannya juga diri ini banyak belajar. Belajar sedikit demi sedikit. Kenangan banyak mengajar. Siapa kata jangan pandang belakang? Sedangkan yang belakang itu menjadikan kita hari ini. Sama ada mahu mengambil pengajaran daripadanya ataupun hanya untuk disia-siakan.



Tidak salah ke bazaar. Niatkan untuk membeli sambil beramal. Mereka yang berjual beli juga untuk mencari rezeki, tidak salah membantu kan? Asalkan tidak melebihi had perut kita :)

Ya Allah, berkatilah rezeki kami yang telah Engkau kurniakan ini.

Waallahu'alam.

19/8/2010 Ini entry 4 hari lepas yang tidak sempat di publish :) Hari semakin mendebarkan. Ya Allah, permudahkanlah urusanku, berikanlah kekuatan untuk terus berjuang di jalanMu.

Kuat....

Tidak akan menerima selain dengan izinNya. Mohon petunjukMu.

Ba...Babah
Ba...Bazaar
Ba...Bazir

:)

1 Buah fikiran:

everjihad said...

salam amal....amal seorang yg kental dan tabah, dari matrik su knal amal walaupun sekejap. ukhwwahfillah abadan...abada

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates