Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, August 11, 2010

Y 320 : 1/3

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Jam di laptop menunjukkan pukul 6.03 petang. InsyaAllah masa yang terhad yang terluang ini akan digunakan sebaik mungkin. InsyaAllah 6.47 petang nanti akan berbuka puasa bagi kawasan Sibu dan sekitarnya.

Ramadhan itu bulan pentarbiyyahan bagi semua umat Islam, tiada yang terkecuali. Ya, indahnya Ramdahan dengan pentarbiyyahan dan indahnya bulan-bulan yang lain dengan pentarbiyyahan Ramadhan. Bulan Ramadhan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga tetapi lebih daripada itu. Ramadhan bukan sekadar bulan pengamalan tetapi bulan yang mengajar kita supaya istiqamah dalam pengamalan.

Ayuh berdoa agar ditetapkan, diperkukuhan iman. Diperkuatkan dengan amalan. InsyaAllah bersama muhasabah diri. Semoga hidup sentiasa indah dengan nikmat ISLAM, InsyaAllah.



Perkongsian bersama,
"Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : 'Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.'"
Waallahu'alam.

11/8/2010 SELAMAT BERBUKA PUASA SEMUA! Semoga rezeki yang berada di depan mata kita menyedarkan kita bahawa segalanya daripadaNya. Maka syukurilah :)

Mama berbuka dengan menantu dia :) Moga bahagia, sihat selalu. Amin.

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates