Housemanship, satu fasa mencabar dalam hidup, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak lagi single, dan lebih-lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah ada anak. Sehingga satu tahap, anak seperti tidak kenal lagi ibunya sendiri apabila pulang dari kerja. Mana tidaknya, oncall 2-3 kali seminggu, pergi kerja sewaktu anak tidur, balik kerja, tinggal beberapa jam sahaja sebelum masuk tidur. Esok ulangi rutin yang sama.
Begitulah hidup seorang doktor yang mungkin diagung-agungkan oleh sesetengah orang. Tetapi sebenarnya, tanggungjawab itu melebihi masa yang ada. Betullah kata Imam Hassan Al-banna. Tanggungjawab bertarung nyawa yang hakikatnya, ajal itu sudah ada ketentuannya. Hidup kami adalah menghidupkan ikhtiar, bukan putus asa.
Menghidupkan ikhtiar. Merawat itu satu ikhtiar, mencari rawatan itu juga suatu ikhtiar. Jika kita dalami betul-betul, kenapa kita perlu berikhtiar? Kenapa kita perlu berusaha untuk hidup?
Sehingga akhirnya ada timbul persoalan, kenapa kita hidup? Apa tujuan kita hidup?
Adakah untuk menambah kekayaan dunia?
Adakah untuk bersama keluarga?
Atau adakah untuk menyediakan bekalan ke sana?
Adakah untuk bersama keluarga?
Atau adakah untuk menyediakan bekalan ke sana?
Penuh persoalan pula entri kali ini. Tak mahu bagi jawapan sebab jawapannya ada dalam diri kita sendiri. Betul, cuba tanya diri kita, Insya Allah jumpa jawapannya.
Seperti saya, dulu-dulu fikir susahnya kerja ni, kenapalah tak jadi cikgu, ke berniaga pizza yang sedap, ataupun buka butik muslimah, kan lebih O'sem! Namun, banyak perkara mengajar diri sepanjang meredah alam pekerjaan ini. Ok 'redah' bukan 'melalui', nampak sangat selama setahun ini, main redah saja. Sebab itu mudah lupa lagi alpa, sila jangan jadi macam saya.
Setiap seorang daripada kita ada jalan hidup masing-masing, makanya sila laluinya dengan tenang dan bergaya. Tidak perlu bergaya sakan, cukup hidupkan iman dan amal. Tulis senang, nak amalkannya perlu mujahadah yang mantap. Ayuh!
Kadangkala,
Susahnya kerja ni...
Susahnya study macam ni..
Susahnya nak pergi kerja, tak ada kereta...
Susahnya jadi cikgu/doktor/arkitek/engineer...
Susahnya kerja ni...
Susahnya study macam ni..
Susahnya nak pergi kerja, tak ada kereta...
Susahnya jadi cikgu/doktor/arkitek/engineer...
Oh susahnya...
Cuba ambil masa 5 minit, paling tidak pun semasa drive atau sewaktu berada dalam bas, lihat sekeliling dan fikir. Ada pernah sekali, sedang makan dalam pantri di dalam wad, cleaner masuk bersihkan pantri. Gigih! Rasa malu. Ada pernah drive pulang, hujan renyai-renyai, lihat seorang Pak Cik membonceng motorsikal dengan membawa banyak barangan, mungkin iti barang jualannya. Kagum!
Ya, kita lupakan Encik Susah, sebab selalu sangat jumpa dengan Puan Senang.
Ya, kita rasa kita susah, sehingga lupa ada orang lebih susah, yang perlukan bantuan kita. Biar sama-sama merasa.
Kita rasa susah mungkin sebab kita lupa Yang Maha Mempermudahkan.
Kita kata, hidup macam tak ada life!
Yang kita sedang lalui ini bukan life ke? Mungkin saya yang naif (bagi tunduk itu kepala). Ya, mungkin kita lupa mnghidupkan hidup (angkat-angkat kening).
Yang kita sedang lalui ini bukan life ke? Mungkin saya yang naif (bagi tunduk itu kepala). Ya, mungkin kita lupa mnghidupkan hidup (angkat-angkat kening).
Ya, jom hidupkan hidup!
Macam mana?
Raikan hobi, meriahkan minat.
Taati Allah, tidak lupa untuk berserah.
Bahagia dalam memberi, senang dalam menerima.
Raikan hobi, meriahkan minat.
Taati Allah, tidak lupa untuk berserah.
Bahagia dalam memberi, senang dalam menerima.
Saya banyak belajar daripada pesakit-pesakit di hospital, ragam mereka, kerenah mereka, sikap mereka menjadi cerminan diri untuk terus perbaiki diri. Mujahadah, mujahadah, terjunam lagi, bangkit lagi, tersungkur lagi, berdiri semula, tergelincir lagi, jangan putus asa untuk bangun semula.
Ada seorang pesakit yang berputus asa untuk hidup selepas ditinggalkan anak-anaknya. Anak-anak menghantarnya ke hospital, dan tidak datang-datang lagi, kami telefon, pelbagai alasan diberi.
What! You throw your father here?
How dare you!
What do you think this place is?
Old folks' home?
Nursing home?
How dare you!
What do you think this place is?
Old folks' home?
Nursing home?
Believe me, you will feel his feelings one day.
Your children will do the same things to you guys.
Please believe me!
*smile*
Your children will do the same things to you guys.
Please believe me!
*smile*
Ini akan jadi bila biasa senang, lupa susah. Apabila bagi mereka, ayah mereka itu menyusahkan, mudahkan bagi mereka melepaskan beban itu dengan menghantar ayah mereka ke hospital. Lalu diabaikan begitu sahaja.
Ok cukup sekadar di sini.
Jom hidupkan hidup kita!
Jom hidupkan hidup kita!
Susah itu penting, senang itu pun penting.
Susah dan senang tak boleh dipisahkan.
Percayalah, takkan boleh dipisahkan.
Tetapi ia boleh diharmonikan.
Tetapi ia boleh diharmonikan.
Senyum, jom semai IMAN :)
Waallahu'alam.
Jom berdiri dengan penuh gaya!
Jangan putus asa!
0 Buah fikiran:
Post a Comment