Allahu-Akbar!
Pejam celik, pejam celik, kita masih bernyawa, nadi masih berdenyut, jantung masih berdengup. Hanya dengan izin-Nya. Pejam celik, masih dikurnia kudrat untuk berjalan, berlari dan berdiri. Ya, tidak lain, ini hanya dengan izin-Nya.
Pejam celik, sudah hampir dua tahun bergelar seorang doktor. Merawat pesakit yang datang dan pulang. Datangnya mereka dengan kesakitan yang berada dalam ketetapan-Nya, pulangnya mereka ke pangkuan keluarga atau ke pangkuan Pencipta. Ini semua diluar bidang kuasa kita.
Siapa sangka, mereka yang mampu tersenyum hari ini, keesokan harinya kaku.
Siapa sangka, mereka yang menangis hari ini, keesokannya mampu tersenyum lebar.
Pejam celik, masa berlalu meninggalkan kita. Sedar atau tidak, masa itu akan terus berlalu, berlalu meninggalkan. Rugi atau untung, kita yang rasa. Rugi, sedih jika ia tidak disedari oleh pengguna masa itu. Sebaliknya, beruntunglah mereka yang sedar dan bergerak untuk mencari yang menguntung di dunia dan akhirat.
Bahasa falsafah, penuh metafora!
'Dah lama, jari jemari tidak menari-nari di atas papan kekunci ini' (itu dia!)
Pejam celik, seringkali kita terlupa dengan tujuan hidup.
Pejam celik, kerap kali kita tertipu dengan indahnya dunia.
Teringat dahulu ketika bekerja di medical ward,
"Doktor dah solat?" seorang PPK bertanya melihat saya tekun di hadapan komputer.
Membuat discharge summary pesakit yang tidak siap-siap daripada tadi.
"Belum lagi, banyak lagi tak settle ni." senyum.
Alahmdulillah, ada juga mereka yang amat perihatin.
"Doktor, ni semua dunia doktor. Tak pernahnya selesai." sekali panahan tepat terkena sasaran.
Sasaran hati yang leka, lupa dan alpa.
Betullah, solat itu bukan untuk mengisi masa lapang tetapi sebaliknya kita yang perlu mencari masa untuk mengerjakan kewajipan sebagai seorang hamba. Hm, macam mana mahu menjadi raja yang berkuasa sedangkan sebagai hamba juga kita sudah lupa diri, hanya pentingkan duniawi. Selfish!
Pejam celik, itu lah kita. Bekerja siang dan malam. Untuk apa? Belajar pagi dan petang. Kesudahannya, apa yang kita dapat?
"Ah, penatnya...letihnya"
Mungkin jarang sekali terlintas di dalam otak fikiran kita.
"Alhamdulillah, moga pesakitku beransur pulih, dan dapat pulang esok dengan senyuman."
"Alhamdulillah, moga Allah berkati ilmu yang aku pelajari hari ini."
Pejam celik, gunakan masa yang ada sebagai WARGA AKHIRAT.
Tidak lupa, tidak alpa bahawa hidup ini amatlah singkat.
Hari ini, umur saya 27 tahun 6 bulan 9 hari, dan akan terus meningkat.
Hari esok belum tentu milik kita, walaupun sesaat.
Hanya dalam ketentuan-Nya jua.
Pejam celik.
Jom pejam celik, ya, saya kembali menulis dan akan terus menulis.
Sebelum mata terpejam, dan tidak celik lain.
Bekal daripada saya, juadah buat semua.
Insya Allah. Waallahu'alam.
Tuesday, November 1, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Buah fikiran:
Post a Comment