Maaf kerana aku terfikir, kenapa anak-anak terlalu pentingkan kerja (adakah kerana wang?), sehingga terkeluar ungkapan ini, 'kami sibuk kerja, bukan tak nak jaga, kami ada banyak komitmen'
Statement di atas adalah daripada entri yang lepas, membuatkan diri ini teringat semasa ditugaskan di wad kelas pertama. Sarat dengan pengalaman berharga, lebih fahami erti hidup, kekeluargaan dan tanggungjawab. Sejak hari pertama di sini, sudah terbayang pelbagai tanggapan yang dilontarkan apabila berbicara tentang first class.
Pesakit dan keluarga pesakit yang dengar perkataan first class mungkin akan membayangkan;
- makanan super sedap, seperti di hospital swasta
- layanan first class, satu jururawat satu pesakit
- bilik ada air-cond dan ada privacy
- doktor yang ditugaskan juga yang terlatih (ambil darah cucuk sekali dah dapat, set line cucum sekali dah masuk, tak berapa nak sakit)
Apabila sebut perihal layanan first class, saya ada satu pengalaman yang mungkin boleh dikongsikan bersama. Ada seorang pesakit, umur 80-an, agak uzur pesakit ini. Cukup di sini saya menggelarkan dia Tok D, seorang atok yang comel dengan kerenahnya.
Tok D, pesakit yang menetap agak lama di wad ini, wad kelas pertama. Daripada sehari ke sehari, jarang sekali kelibat anak atau saudara mara yang menziarahi beliau. Cuma kadangkala, sekali dua itu kelihatan segerombolan anak, cucu menziarahi beliau. Tok D tidak di temani sesiapa, Tok D banyak bertemankan jururawat terlatih, yang sabar melayan kerenah, ragam Tok D yang qada' hajatnya semua di atas katil. Mereka melayan Tok D dengan penuh sabar, walaupun kadangkala kelihatan sabar mereka kadangkala sedikit tercabar.
(sabar ya kakak staff nurse, ganjaran besar menanti kalian, jom betulkan niat kita)
Tok D tidak suka branula (line yang dimasukkan untuk tujuan hidrasi dan memasukkan ubat melalui interavenous), setiap hari hampir 3-4 kali perlu set line baru.
Wahai Tok D, tak sampai hati rasanya nak cucuk banyak kali. Selepas 3-4 hari begitu, kami mengambil keputusan untuk mencabut IV line itu memandangkan Tok D boleh makan sendiri, dan ubat beliau telah ditukar ke bentuk oral/tablet.
Jururawat selalu mengkhabarkan, malam-malam Tok D suka buat bising mengganggu pesakit lain, lebih-lebih lagi Tok Lan yang katilnya sangat berdekatan dengan katil Tok D. Tok D suka speaking London, kadang-kadang Tok Lan turut ajuk sama walau dalam keadaan tidak sihat begitu.
"Tok D, kenapa bising-bising ni?"
"Sejuk...sejuk..."
"Alahai sejuk, meh saya selimutkan."
Begitulah Tok D manja di awal pagi, makannya bersuap. Tok D perlu menjalani pemeriksaan endoscopy (untuk mengenalpasti punca masalah kesihatan beliau, beliau akan menjalani bronchoscopy). Setelah perjalanan procedure, indikasi dan komplikasinya diterangkan. Ahli keluarga bersetuju untuk procedure itu.
Lampin Tok D ditukar seperti sediakala. Pemakanannya dijaga. Bahagia tengok Tok D apabila hadirnya ahli keluarga beliau disisi, nampak Tok D tersenyum.
Ada suatu hari, Tok D bertanya, "mana anak, Tok nak anak Tok." Beliau seolah tercari-cari anaknya.
"Nanti mereka datanglah tu Tok, sabat na."
Pada suatu hari, selepas procedure itu, Tok D kelihatan agak lemah, tidak bermaya, Tok D diberi rehat yang cukup. Tok D tidak bising seperti biasa, suasana sepi. Ahli keluarga beramai-ramai hadir bagi mengetahui keputusan endoscopy itu. Namun, sayangnya, keputusan itu belum siap seperti yang dijangka, mungkin memakan masa sehari.
Tok D kelihatan lemah, ahli keluarga memanggil saya untuk menerangkan keadaan pesakit iaitu ayah mereka.
Selepas memberi keterangan, saya memohon maaf, "Maaf Encik, keputusan sample yang diambil semasa endoscopy tadi belum siap lagi, mungkin siap esok, apa-apa nanti kami akan maklumkan segera."
"Tadi kata boleh siap hari ni, sekarang kata tak boleh pula. Mana satu ni."
"Mungkin sample tadi lambat sampai di lab dan belum di proses lagi. Nanti apa-apa kami maklumkan."
"Kami bukan apa, tadi masa procedure baru doktor pakar tu terangkan nanti family member kena screening bagai, sebelum ni tak bagitau apa-apa pun. Ayah kami ni pun kadang saya tengok tak bertukar lampin, busuk, cadar tak ditukar, apa semua ni. Sampai saya dengar timbul pula isu, tiada waris yang menunggu, penjaga untuk jaga pesakit."
"Kami tahulah pesakit lain ada orang jaga setiap masa. Tapi apa guna ada nurse, ni kan first class. Nurse tak boleh buat ke."
"Kami anak-anak bukan tak mahu jaga, tapi kami sibuk kerja, saya pun bukan sihat sangat, adik saya ni kena jaga anak-anak, penat, adik beradik lain banyak komitmen lain. Kami sayang ayah kami, bukan tak sayang."
"Kami bukan nak tuduh nurse tak buat kerja, tapi at least tengok-tengokkanlah ayah kami ni."
Mata saya terkelip-kelip, tak pasti nak buat ekspresi muka macam mana. Seperti diserang bertubi-tubi, daripada anak-anak sampailah ke cucu, ada dalam 6-7 orang yang perlu saya hadap.
Seorang rakan sekerja masuk ke dalam bilik dan mendekati saya, "Ada panggilan dari wad lain."
"Maaf, sekejap lagi saya datang balik ya."
Sahabat tadi bertanya, "Kenapa tu, nampak lain macam je."
"Mana panggilan tadi tu, dari wad mana?"
"Mana ada panggilan, saja nak tenangkan keadaan, kesian tengok."
Ya Allah, sahabat sangat memahami, macam kena tembak bertubi-tubi, serangan dekat.
Saya kembali kepada mereka. Muka biar tenang, Allah kan ada.
"Maaf doktor, kami bukan nak salahkan siapa-siapa. Kami kasihankan ayah kami ni ha."
Saya memberitahu, "Ayah Encik rindukan/mahukan anak-anaknya."
Saya sedih sangat dikala itu, dengan keadaan Tok D begitu si anak-anak mengungkit segala yang jadi dalam masa sebulan lebih, segala kekurangan kami di mata mereka diungkit. Mungkin benar ada kekurangan bagi pihak kami. Maafkan kami.
Kelas pertama yang istimewanya, bilik yang selesa, makan yang sedikit lebih enak tetapi tidak boleh mengharapkan 100% kami lakukan semua. Seorang jururawat perlu menjaga dalam 4-6 orang atau mungkin lebih dalam satu masa.
Apa salahnya anak-anak menukarkan lampin ibu/ayah mereka. Apa salahnya menyuapkan nasi ke mulut ibu/ayah mereka. Sedangkan nanti apabila pesakit keluar hospital, semua ini akan dipraktikkan di rumah. Hospital inilah platform yang baik untuk belajar. Kami sedia membantu dan memberi tunjuk ajar.
Sebagai anak, banyak komitmen itu bukan alasan untuk membiarkan ayah/ibu di hospital tiada teman. Anak ramai belum tentu dapat menjaga ayah seorang. Betullah ungkapan yang sering diperkatakan ini.
Di mana minda kelas pertama itu?
Bertugas di wad ini, banyak mengajar saya supaya banyak bersabar, ingatkan saya ciptaan Allah ini unik, dengan pelbagai sikap dan ragamnya. Juga membuka mata saya perihal tanggungjawab dan kasih sayang. Alhamdulillah.
Di mana minda kelas pertama itu?
Bertugas di wad ini, banyak mengajar saya supaya banyak bersabar, ingatkan saya ciptaan Allah ini unik, dengan pelbagai sikap dan ragamnya. Juga membuka mata saya perihal tanggungjawab dan kasih sayang. Alhamdulillah.
Sejak daripada hari itu, keadaan Tok D merosot, pernafasannya tidak lagi seperti dulu. Sejak itu juga, warisnya ada temani beliau sepanjang masa. Selang 2 hari Tok D, menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.
Pada hari yang sama, Tok Lan juga menghembuskan nafasnya yang terakhir, selepas lebih kurang seminggu mengetahui beliau menghidap kanser, keadaannya sentiasa merosot sehingga ke akhir hayatnya. Tok Lan meninggal dunia disisi isterinya yang setia menjaga beliau.
DariMu kami datang, kepadaMu jualah kami kembali.
Al-Fatihah!
Tok D, Tok Lan, semoga ruh kalian ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
Rindu kalian!
Al-Fatihah!
Al-Fatihah!
Perjalanan hidup kita masih jauh tetapi bila-bila masa sahaja boleh disingkatkan dengan izinNya. Hargai masa, raikan mereka yang tersayang dengan sebaiknya. Insya Allah bahagia.
Senyum selalu :)
Kenangan di wad kelas pertama.
Selamat tinggal, moga bertemu lagi.
Insya Allah.
:)
0 Buah fikiran:
Post a Comment