Penulisan di kala senja. Ada sedikit masa untuk menulis. Mula!
Kuat? Apa yang kita faham dengan 'kuat'?
Kuat jasmani?
Kuat rohani?
Kuat itu mempunyai maksud yang sangat luas. Sama ada kita sedar atau tidak. Kita adalah manusia yang kuat. Percaya atau tidak? Itulah kenyataan. ALLAH menciptakan manusia itu dengan kekuatan yang berbeza-beza. Berbeza-beza? Ya!
Manusia pilihan ALLAH untuk menegakkan syiar Islam. Bukan semua manusia di atas muka bumi ini ada kesempatan untuk berbuat demikian. Untuk menegakkannya itu, kita perlukan kekuatan seiring dengan ketaqwaan kepada ALLAH, Pemilik sekalian alam, antara langit dan bumi. Bukan mudah tetapi itu amanah.
Tetapi adakah kita menjaga kepercayaan yang telah ALLAH berikan pada kita?
Di mana amanah itu yang sepatutnya kita pikul bersama?
Aku juga pelupa. KITA lupa!
*tepuk dada tanya iman, "IMAN, DI MANA KAMU? KAU BAIK-BAIK SAHAJA KAN?"*
Kata-kata kuat,
"Kau ni lah, KUAT betul menangis. Sikit-sikit nangis. Ish.."
KUAT menangis sebagai HAMBA, insyaALLAH akan meningkatkan iman kita,
KUAT menangis kerana manusia, sia-sia sahaja kerana manusia itu juga HAMBA dia.
"Bagus-bagus, kau memang KUAT bekerja. Patutlah boss sayang."
KUAT bekerja kerana ALLAH, hilang semua penat dan lelah,
KUAT bekerja kerana manusia, hanya letih ganjarannya, bukan redha atau pahala.
"Semoga kau KUAT hadapi setiap cabaran hidup walaupun perit sekalipun."
KUAT itu milik ALLAH, hanya kepada ALLAH sahaja kita layak sandarkan kekuatan kita.
KUAT itu bukan bukan hanya dengan kata-kata tetapi tindakan hati dan fizikal kita.
Keharmonian ciptaan-Nya tiada tandingan!
Aku perlu kuat!
KITA mesti kuat!
Waallahu'alam.
4/3/2010 Bila lupa, ingatkan. Bila ingat, jangan lupa amal dan buat! :)
Adakah mungkin segala yang pernah kita rancang itu terlaksana? Sedangkan masa memakan saki baki umur yang ada. Sesungguhnya ALLAH itu sebaik-baik Perancang. Tawakkaltu 'ala ALLAH.
Ayuh, kuatkan tawakkal kita pada Pencipta :)
2 Buah fikiran:
Nak kuatkan hati yang nifaq walaupun kuat biah soleh cmne? Hehe, salam ziarah.
Salam'alaik..
Soalan ni cukup subjektif..
Kena segera kembali kepada ALLAH, sudah semestinya kita sebagai manusia punya kelemahan tetapi itu tidak bermakna kita bebas hidup dengan kelemahan itu.
Terus terang dikatakan bhw tidak semua yang kuat biah solehnya itu berkualiti dan mesejnya sampai terus ke hati. Hati manusia itu byk kecenderungannya, kepada kebaikan dan kemungkaran dan hati itu perlu sentiasa terjaga. Jangan biarkan nifaq itu berterusan kerana kadangkala boleh membawa kepada kufur.
Penyakit hati kadangkala sukar dikesan berbanding penyakit jasmani :)
InsyaALLAH, nnt akk post entry mengenai nifaq ni ya..InsyaALLAH.
Waallahu'alam.
Post a Comment