Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!"
Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"
Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."
Dalam satu riwayat dikisahkan bahawa ketika Baginda mengimami solat berjamaah, para sahabat mendapati seolah-olah setiapkali Baginda berpindah rukun terasa susah sekali dan terdengar bunyi yang aneh.Setelah selesai solat, salah seorang sahabat, Sayyidina Umar bin Khatthab bertanya, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah Engkau menanggung penderitaan yang amat berat. Apakah Engkau Sakit ya Rasulullah?" "Tidak ya Umar. Alhamdulillah aku sehat dan segar."
Jawab Rasulullah. "Ya Rasulullah, mengapa setiap kali Baginda menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi-sendi tubuh Baginda saling bergesekkan? Kami yakin Baginda sedang sakit." Desak Sayyidina Umar penuh cemas.
Akhirnya, Rasulullah pun mengangkat jubahnya. Para sahabat pun terkejut ketika mendapati perut Rasulullah SAW yang kempis tengah di lilit oleh sehelai kain yang berisi batu kerikil sebagai penahan rasa lapar. Ternyata, batu-batu kerikil itulah yang menimbulkan bunyi aneh setiap kali tubuh Rasulullah SAW bergerak. Para sahabat pun berkata, "Ya Rasulullah, adakah bila Baginda menyatakan lapar dan tidak mempunyai makanan, kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?"
Baginda Rasulullah pun menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apapun akan kamu semua korbankan demi Rasulmu. Tetapi, apa jawapanku nanti dihadapan Allah, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya? Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah buatku, agar kelak umatku tak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih di akhirat nanti."
"Belum beriman seseorang sehingga aku (Rasulullah Muhammad SAW) lebih dicintainya daripada ayahnya, anak-anaknya dan seluruh manusia"[HR. Bukhari]Mari kita contohi akhlak insan mulia :)
Waallahu'alam.
27/2/2010 Akhlak baginda tiada tandingan. Jika mahu lelaki seindah akhlak Rasulullah, perbaiki diri, muhasabah diri mencontohi akhlak Siti Khadijah :) Jangan cuma mahukan yang terbaik tanpa melatih diri menjadi yang terbaik terlebih dahulu.
35 days more before professional exam. Adakah patut berhenti menulis buat seketika waktu? Doakan kejayaan kami di sini.
0 Buah fikiran:
Post a Comment