Alhamdulillah selesai hari pertama End of Block Exam..ada lagi dua hari menanti. Renal and reproductive block mengajar penulis banyak perkara. Daripada percantuman ovum dan sperma yang hebat, maka lahirnya manusia-manusia hebat hari ini. Subhanallah!
"Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran." [38:29]Memang tidak dapat dinafikan, menuntut ilmu dalam bidang perubatan ini memberi kita banyak peluang untuk mengenali Pencipta dengan lebih dekat lagi. Membolehkan kita sedar akan kekuasaan-Nya yang tiada tandingan. Untuk bercerita dengan hidup memang panjang, jika ditambah dengan peranan agama dalam kehidupan, maka semakin panjanglah kisahnya.
Tetapi hakikat hidup ini tidak lama.
Berkait dengan tajuk hari ini. BARANG GANTI? Kereta ada barang ganti, komputer ada barang ganti. Barang ganti ini setiap tahun, brandnya bertukar-tukar, kualitinya semakin meningkat dan permintaan semakin bertambah [nampak sangat kita tidak reti jaga harta benda kita. Bukan tidak reti, cuma kurang cermat] Maka berlambaklah barang-barang ganti di pasaran.
Tetapi tanpa kita sedar, sebenarnya, sejak generasi terdahulu lagi kita ada beberapa barang atau alat ganti yang kualitinya tidak berubah, jenama atau brandnya masih sama. Cuma mungkin permintaan bertambah. APAKAH BARANG ITU?
Kita ada barang ganti ini. Saphenous vein (great) adalah salur darah terpanjang dalam badan kita. Ia adalah barang ganti bagi bypass surgery. Begitu juga radial artery dan internal mammary artey. Peluang untuk hidup ALLAH bagi, tetapi adakah kita gunakan peluang itu sebaiknya?
Seperti penulis sendiri pernah menjalani bone grafting pada hujung tahun 2006. Apakah itu bone grafting. Klik sini untuk sedikit penerangan mengenai bone grafting. Ia adalah salah satu proses menggantikan tulang yang hilang akibat keadaan tertentu. Penulis menjalani proses ini akibat kawasan tisu tulang kaki yang diambil tidak tumbuh dan terus berlubang seperti keadaan ketika biopsy dilakukan dahulu. [susah rupanya ingin terangkan dalam Bahasa Melayu. Maaf sekiranya kurang faham]
Maka sekarang penulis kekurangan ilium crestnya :)

"..Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir." [2:219]Mari lihat..
Kita ada barang ganti ini. Saphenous vein (great) adalah salur darah terpanjang dalam badan kita. Ia adalah barang ganti bagi bypass surgery. Begitu juga radial artery dan internal mammary artey. Peluang untuk hidup ALLAH bagi, tetapi adakah kita gunakan peluang itu sebaiknya?
Seperti penulis sendiri pernah menjalani bone grafting pada hujung tahun 2006. Apakah itu bone grafting. Klik sini untuk sedikit penerangan mengenai bone grafting. Ia adalah salah satu proses menggantikan tulang yang hilang akibat keadaan tertentu. Penulis menjalani proses ini akibat kawasan tisu tulang kaki yang diambil tidak tumbuh dan terus berlubang seperti keadaan ketika biopsy dilakukan dahulu. [susah rupanya ingin terangkan dalam Bahasa Melayu. Maaf sekiranya kurang faham]
Maka sekarang penulis kekurangan ilium crestnya :)
Maka kesimpulannya, ALLAH sayangkan Hamba-Nya. Ciptaan-Nya cukup sempurna, tidak ada alasan lagi untuk mengatakan:
"Saya sibuk bekerja, bekerja dalam bangunan sahaja, tidak sempat menghayati keindahan alam diluar sana." Wahai saudara, lihat kehebatan ciptaan dirimu!
"Saya bekerja dimalam hari, malam semuanya gelap, mana nak nampak apa-apa." Wahai saudara, esoknya hari akan terang. Tidakkah engkau meikirkan itu salah satu tanda kekuasaan-Nya. Lihatlah pada kejadian dirimu, sebaik-baik kejadian!
"Saya pelajar lagi. Pelajar bidang perkomputeran, macam mana nak kaitkan dengan agama." Wahai saudara, ilham bagi manusia itu mencipta komputer itu datangnya daripada ALLAH. Jika dilihat, konsep komputer itu sendiri diambil daripada kejadian manusia.
10/3/2010 HAPPY BIRTHDAY MAMA!!! KE-57 Mama, IBU TERBAIK buat Amal! Sayang Mama...luv u forever.
Ya ALLAH, Mama Amal adalah ibu terbaik buat Amal. Kurniakanlah kegembiraan dihatinya, tutuplah pintu kesedihan dihatinya. Jadikanlah Amal anak yang solehah yang dapat berbakti kepadanya. Berkatilah dan rahmatilah setiap langkah dan hembusan nafasnya.
Ibu bukanlah barang ganti, tetapi mereka adalah penyeri yang tidak boleh ditukar ganti. Hargai ibu kita. Mama seorang yang kuat. Amal mesti kuat macam Mama. Demi agama!

A computer is like a brain.
NOT a brain like a computer
[Kejadian ciptaan ALLAH menjadi keutamaan]
Waallahu'alam.NOT a brain like a computer
[Kejadian ciptaan ALLAH menjadi keutamaan]
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya ." [95:4]
Wahai manusia, ALLAH sayang kita semua. Kita? Di mana hak ALLAH kita letakkan. Ya! Kita memegang amanah terhadap manusia tetapi itu juga amanah dengan ALLAH.
Selain menjadi anak yang soleh/solehah,
Menjadi pelajar yang cemerlang dalam semua aspek,
Bakal menjadi isteri yang solehah,
Bakal Ibu yang mithali,
Mari tunaikan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi,
HAMBA TERBAIK!
UMMAT TERBAIK KEKASIH ALLAH!
Menjadi pelajar yang cemerlang dalam semua aspek,
Bakal menjadi isteri yang solehah,
Bakal Ibu yang mithali,
Mari tunaikan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi,
HAMBA TERBAIK!
UMMAT TERBAIK KEKASIH ALLAH!
10/3/2010 HAPPY BIRTHDAY MAMA!!! KE-57 Mama, IBU TERBAIK buat Amal! Sayang Mama...luv u forever.
Ya ALLAH, Mama Amal adalah ibu terbaik buat Amal. Kurniakanlah kegembiraan dihatinya, tutuplah pintu kesedihan dihatinya. Jadikanlah Amal anak yang solehah yang dapat berbakti kepadanya. Berkatilah dan rahmatilah setiap langkah dan hembusan nafasnya.
Ibu bukanlah barang ganti, tetapi mereka adalah penyeri yang tidak boleh ditukar ganti. Hargai ibu kita. Mama seorang yang kuat. Amal mesti kuat macam Mama. Demi agama!
0 Buah fikiran:
Post a Comment