Tinggal TIGA MINGGU sebelum Professional Exam. Professional Exam ini ada dua peringkat. Pada peringkat pertama dijalankan pada hujung tahun kedua pengajian dalam bidang perubatan. Peperiksaan ini merangkumi semua system/block yang telah dipelajari pada tahun satu dan dua. Pada peringkat kedua, dikenali sebagai Final Professional Exam yang perlu diduduki pada tahun akhir sebelum bergelar doktor yang merangkumi semua perkara yang telah dipelajari sejak tahun satu sehingga tahun lima.
InsyaAllah, akan datang, penulis akan menulis mengenai Perubatan di UNIMAS, pasti ramai yang tertanya-tanya kerana Perubatan di UNIMAS, Sarawak ini kurang dikenali. Bidang Perubatan telah bertapak lama di UNIMAS sudah hampir 15 tahun.
Konsep pelajarannya bukan mengikut subjek/semester tetapi mengikut system block. Kelebihannya, ia akan mengintegrasikan semua topik seperti anatomi, fisiologi, patologi, ubat-ubatan, mikrobiologi, radiologi dan banyak lagi. InsyaAllah pada entry akan datang, medical term akan digunakan.
Kekurangannya, kami disini tiada cuti. Hanya mengharap cuti perayaan dan cuti final sahaja. Kena pandai mengambil kesempatan untuk pulang ke tanah air :)
Agak panjang pendahuluan entry ini.
:)
Pada suatu hari [style bercerita..] penulis blog ini merenung lilin. Kenapa waktu SEJUK lilin ini KERAS? Kenapa waktu PANAS lilin ini CAIR?
Penulis tertanya-tanya pada diri.
Ya, sejuk disini bermaksud kita perlu sentiasa diingatkan supaya pendirian dan kepercayaan kita kukuh. Sebab itu perlunya amar ma'ruf nahi munkar. Apabila selalu ingatkan, kita akan sedar, apabila sedar, kita akan lebih rasional dengan apa yang akan kita lakukan berlandaskan hukum syara' serta berlatarbelakangkan keimanan dan ketaqwaan
Ya, panas itu ibarat hasutan iblis dan nafsu, yang akan membuat manusia itu leka dan alpa. Sehingga lupa asal usul kejadian. Hanya daripada percantuman air mani dan telur (ovum), terciptalah manusia dengan izin ALLAH setelah ditiupkan ruh ke dalam jasad. Manusia cair? Mudah lemah manusia itu dengan hasutan syaitan sehingga menjadi hamba nafsu mereka sendiri. Na'uzubillah min zalik.
Manusia itu mudah lupa.
Tidak mahu bersyukur.
Malah mengeluh sepanjang masa.
Bermegah dengan apa yang ada. Dia lupa, itu hanya sementara.
"Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur (berterima kasih). " [34:13]Dalam pandangan Sayid Qutb, penutup ayat di atas “Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur” merupakan sebuah pernyataan akan kelalaian hamba Allah swt dalam mensyukuri nikmat-Nya, meskipun mereka berusaha dengan semaksima mungkin, tetapi tetap sahaja mereka tidak akan mampu menandingi nikmat Allah swt yang dikurniakan terhadap mereka yang tidak terbilang.
Waallahu'alam.
16/3/2010
Hari-hari mendewasakan.
Hidup tabah menongkah cabaran
Laksanakan amanah Tuhanku
Sebelum dijemput bertemu Yang SATU.
2 tahun. Masih tidak berubah. Apakah petanda?
6 bulan. Kekal di dalam 'sana'.
3 minggu. Bakal berperang. Doakan kejayaan bersama.
:)
0 Buah fikiran:
Post a Comment