Semakin aktif jari-jemari menaip di blog ni sejak akhir-akhir ni. Hari ini hari ulangtahun ke-20 seorang sahabat merangkap roomate amal..hehe. Amal adalah antara kawan yang belum lagi mengucapkan apa-apa sejak pagi tadi. Bukan sebab tak ingat tapi sahaja buat-buat tidak ingat (macam jahat je..) Ni amal coretkan satu puisi khas buat sahabatku ini. Semoga hari ini permulaan bagimu untuk utuh beriltizam menegakkan syiar Islam di atas muka bumi dan kuat semangat yang penuh dengan ranting dan duri, tipu daya dunia bisa membuatkan kita jatuh dan jauh dariNya. SELAMAT MENGHAYATI BAIT-BAITNYA, MUNIRAH ALI HASSAN! Waallahu'alam.
Dunia ini,
Bukan mudah untuk ditempuhi,
Jika hanya berbekalkan ilmu,
Iman yang sebenar harus segera diukir,
Bagi membentuk peribadi yang luhur,
Iktikad terus ke hati,
Memuji kebesaran Ilahi,
Sempena hari bersejarahmu ini,
Semoga hari-harimu dilimpahi rahmatNya,
Diulit barakahNya,
Diselimuti redhaNya..AMIN
InsyaALLAH,
Jodoh terbaik buatmu,
Matlamat hidup jangan diketepi,
Semoga kelak hembusan nafas membuatmu syukur pada Ilahi.
Bukan mudah untuk ditempuhi,
Jika hanya berbekalkan ilmu,
Iman yang sebenar harus segera diukir,
Bagi membentuk peribadi yang luhur,
Iktikad terus ke hati,
Memuji kebesaran Ilahi,
Sempena hari bersejarahmu ini,
Semoga hari-harimu dilimpahi rahmatNya,
Diulit barakahNya,
Diselimuti redhaNya..AMIN
InsyaALLAH,
Jodoh terbaik buatmu,
Matlamat hidup jangan diketepi,
Semoga kelak hembusan nafas membuatmu syukur pada Ilahi.
11.59PM (6 September 2009) Kekejaman dihentikan! Hehe..
0 Buah fikiran:
Post a Comment