Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, September 12, 2009

Mungkinkah Ada Lagi?

Assalamualaikum,

Sedar tidak sedar, tinggal lebih kurang 8 hari lagi kita di bulan yang teramat mulia ini, bulan penuh barakah dan rahmatNya. Pelbagai perkara kita lalui, tetapi adakah keputusan peperiksaan bulan pentarbiyyahan ini akan beroleh cemerlang? Layakkah kita mendapat anugerah dekan? Atau sekurang-kurangnya, adakah kita layak mendapat sijil kepujian? Terlalu cepat masa berlalu, namun diri terlalu rapuh dengan keadaan sekeliling. InsyaALLAH semoga dalam detik-detik terakhir ramadhan ini, dapat meningkatkan walaupun sedikit taqwa kita kepada ALLAH.

Adakah masih ada kesempatan bagi kita bertemu RAMADHAN tahun hadapan 1431H??

Ayuh rebut LAILATUL QADR! Peluangnya hanya sekali seumur hidup..
Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda mengenai lailatul qadar yang ertinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram).
(Riwayat Imam Muslim)
Mama, minggu depan amal balik semenanjung!! Tidak sabar rasanya melihat wajah ibu tersayang walaupun pernah pulang sewaktu cuti kemerdekaan baru-baru ini. Tahun ini adalah tahun kedua eid fitri disambut tanpa babah tapi insyaALLAH pusaramu akan kami lawati. Menginsafkan diri hidup dunia hanya persinggahan yang penuh onak diri, sedangkan yang manis itu hanya sedikit. Itulah dunia, yang penuh dengan tipu daya yang seringkali membuatkan kita tersungkur ke lembah kealpaan dan kelalaian.



Ini buku HADIAH RAMADHAN dari sahabat sekolah lama. Syukran jiddan'alaik dan insyaALLAH ini buku terbaik tahun ini selepas Al-Quranul Karim. Waallahu'alam.

8.36AM (12 September 2009) Rebut peluang yang ada!

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates