Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, September 21, 2009

Kenangan Kembara ke Kelantan

Assalamualaikum,

InsyaALLAH 2 Syawal hari ini, raya disambut dengan penuh kesyukuran kepada Yang Maha Esa. Alhamdulillah semalam sempat beraya ke Jelebu, Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Ziarah ke rumah Pak Lang, Mak Long Maimun, Mak Cik Kamsiah, Nek Fauziah, Pak Cik Din, Pak Cik Man dan Mak Ngah Esah :)

Masakan raya paling digemari di Negeri Sembilan --> Masak Lemak Cili Api Perut. Sedaaap! Pedas mengancam di rumah Nek Fauziah aka Nek Buaian. Nama ni diambil sempena buaian di rumahnya yang menjadi tempat kemestian amal..amal mesti berayun di buaian ni. Di rumah ni, sempat minta gambar semasa di Kelantan (rumah pihak lelaki) sempena majlis kesyukuran bersatunya dua hati :) Kak Aida (sepupu) & Abang Basid. Ini antara kenangan yang sempat dirakam :)


Keluarga besar sebelah pengantin perempuan



Anak sapa lah ni..



Anak-anak buah A.Basid



Gelagat adik kecil..

Selepas menghantar pengantin ke kuala krai. Kami berkonvoi ke Cameron Highland selepas meninggalkan pengantin di kuala krai (Kuale Kre..bak kata seorang sahabat) Ni kesempatan bergambar di Cameron Highland :)


Subhanallah walhamdulillah..



Bersama-sama..

Semasa perjalanan pulang, berlakunya Gerhana Bulan. Subahanallah, Maha Suci ALLAH. Menarik sangat. Tetapi malangnya waktu itu, amal tengah pening sangat. Gambar ini diambil oleh kakak saudara amal :)
















Inilah tanda kekuasaan ALLAH. Bukan sewaktu berjalan-jalan makan angin sahaja, tetapi kekuasaan ALLAH itu ada dimana-mana sahaja, yang penting penghayatan kita terhadap apa yang ada di sekeliling kita. Apa yang penting? PENGHAYATAN! Sempena bulan Syawal ini, perbanyakkan kesyukuran kita ke hadratNya dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya :) Alhamdulillah. Terakam sudah pengalaman dan kenangan di Kelantan. Semoga menjadi kenangan sepanjang hayat :)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN,
UKHWAH DIERAT, KHILAF DIMAAFI,
SEMOGA IKATAN ERAT KIAN TERJALIN.

Waallahu'alam.

Jam 1140 : 21 September 2009 (Jemput datang ke rumah!!!)

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates