Alhamdulillah, di pagi yang indah ini..gerakan jari-jemari terus digiatkan untuk menaip. Jika tidak dibaca orang lain, mudah-mudahan ia berguna bagi peringatan buat diri sendiri. Semalam telah berlangsung MAJLIS TRIO RAMADHAN..yang meraikan khatamul quran, iftar qubra dan majlis nuzul quran secara serentak walhamdulillah kerana ia berlangsung dengan jayanya.
Bertemakan AL-QURAN ASAS UKHWAH DAN PERJUANGAN..menekankan kepentingan ukhwah yang seterusnya membawa kepada satu perjuangan yang seiring dalam menegakkan syiar Islam. Iman yang utuh berasaskan pegangan yang kukuh dengan Al-Quran merupakan asas kepada ukhwah dan perjuangan ini. Al-Quran adalah sumber yang lengkap, tiada tandingan.
Sedar atau tidak..nifsu ramadhan telah kita tempuh. 15 hari terakhir ini, mari bersama-sama kita berfikir sejenak. Sejauh mana universiti ramadhan ini telah mendidik kita, adakah kita sudah layak mendapat penganugerahan di konvo akhirat kelak? Adakah bulan pentarbiyyahan ini mampu menjadikan kita lebih baik atau sebaliknya? Dimana ukhuwah itu kita letak, ke mana arah perjuangan kita?
Jika wujudnya ukhwah, maka perjuangan sebenar itu baru bermula. Apa guna perjuangan berseorangan. Ibarat seekor kambing di tengah-tengah padang rumput, menanti waktu diterkam sang serigala. Perjuangan apa yang dimaksudkan? Perjuangan menegakkan syiar Islam. Semoga Islam terus tertegak utuh. Oleh yang demikian, ukhwah itu perlu dibina terlebih dahulu sebelum perjuangan itu bermula. Apa yang penting?? (Jawab sendiri..)
Tetapi yang menjadi halangan adalah nafsu kita sendiri. Ada orang kata, "Dalam bulan ramadhan ni, syaitan dibelenggu tapi ada je orang buat benda tak elok. Takde beza pun.." Ada orang lain kata, "Ramadhan atau tak..perangai si pulan tu sama je..tak berubah-ubah. Apa nak jadi!"
Pembaca sekalian,
Dalam setahun ada 12 bulan, dalam 12 bulan ini hanya ada sebulan bulan pentarbiyyahan iaitu Ramadhan. Cuba bayangkan, jika selama 11 bulan kita dididik dengan perkara-perkara yang tidak baik, yang seterusnya akan menjadi amalan kita. Adakah dalam masa sebulan cukup untuk mengubah semuanya? Tidak. Ada yang terus mengikut langkah itu dan ada juga yang mengambil inisiatif lain untuk berubah, itu yang sebaiknya. Nafsu penghalangnya..Nafsu? Ya, diri(nafs) kita sendiri!
Nafsu itu pula ada 3 peringkat yang utama. Peringakat-peringkat ini berdasarkan tahap keimanan kita dan bagaimana ia dididik. Mari kita mulakan dengan peringkat paling bawah,
- Nafsu Ammarah - bersumberkan jiwa yang membawa ke arah kejahatan yang bertentangan dan menginginkan manusia itu berjalan di atas jalan yang tidak baik dan jahat.
"Sesungguhnya nafsu ammarah itu menyuruh kepada kejahatan" - Q12:53
- Nafsu Lawwamah - 'lawwamah' itu bermaksud mnyesali. Pada peringkat ini, adanya peningkatan akhlak. Ini menghendaki manusia untuk menghayati keadaan-keadaan yang baik serta budi pekerti yang luhur dalam usaha memenuhi keperluan hidupnya. Tetapi kadangkala penghayatan ini luntur dan mengalami kekalahan dengan diri sendiri disebabkan belum dapat menguasai diri sepenuhnya, seterusnya tergelincir dan jatuh. Kemudian, kembali menyesali atas perbuatan sendiri.
"Aku bersumpah dengan nafsu (jiwa) yang amat menyesali(dirinya sendiri)" - Q75:2
- Nafsu Muthmainnah - Ia bersumberkan Al-Quran dan bebas daripada kelemahan. Dalam jiwa orang-orang ini adanya kekuatan rohani sehingga jiwa manusia itu merasakan, tiadanya kehidupan tanpa DIA. Ibarat air yang mengalir tanpa sebarang sekatan di pertengahannya.
"Hai jiwa yang tenang (muthmainnah). Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah kedalam jama'ah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kedalam syurga-Ku" - Q 89:27-30Begitulah peringkatnya. Hawa dan nafsu adalah dua elemen yang berbeza tapi daripada sudut perbualan harian kita, ia kelihatan seakan-akan sama. Hawa adalah dorongan, hasrat dan kecenderungan. Manakal nafsu(nafs) itu adalah bermaksud diri, individu. Semoga ini memberi input yang buat diri sendiri dan pembaca semua.
Countdown balik raya - 2 minggu =) Ingat, puasa dahulu baru raya dimana kemenangan umat Islam itu diraikan yang dapat mengawal nafsu dalam diri. ADAKAH RAMADHAN TAHUN HADAPAN AKAN KITA TEMUI LAGI???
Waallahu'alam.
6 September 2009 : 0825
0 Buah fikiran:
Post a Comment