Entry ringkas buat peringatan pada diri yang akan memulakan posting di Hospital Sibu minggu hadapan, InsyaAllah. Tanggungjawab digalas demi satu amanah.
Medicine posting : 28/6/2010 - 3/9/2010Maka tersurat sudah perjalanan sepanjang tahun 3 yang bakal di tempuh, InsyaAllah. Pertama kali kena on-call nanti bagaimana ya? Semoga di beri kekuatan untuk terus menuntut ilmu Tuhan, InsyaAllah.
Obstetrics and Gynaecology posting : 13/9/2010 - 5/11/2010
Paediatrics posting : 8/11/2010 - 31/12/2010
Surgery posting : 3/1/2011 - 18/3/2011
"Medicine posting paling susah, kena rajin clerk patient."Tanggapan manusia itu berbeza-beza. Hakikatnya semua itu perlu juga ditempuhi, InsyaAllah. Mohon diberi kekuatan dan kesihatan yang baik. Semua itu perlu kita lalui walaupun sesukar mana sekalipun, kerana selepas kesusahan itu InsyaAllah ada kemudahan.
"Medicine posting 1st? Hati-hatilah, mmg tough."
"Medicine posting??" Hanya mampu tersenyum.
Study!
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " [Surah al-Baqarah : 216]Waallahu'alam.
21/6/2010 Selamat berpenat lelah wahai diri, jangan pernah rebah. Entry khas buat diri.
Kamu dilahirkan sebagai umat terbaik :)
0 Buah fikiran:
Post a Comment