Y -- Year/Tahun. Sekarang berada di tahun ke-3, InsyaAllah.
Ini adalah entri pertama sebagai penuntut di tahun ke-3, Alhamdulillah.
Laman ini sudah lama tidak terusik, setiap kali hendak menaip terfikir pelajaran tetapi betullah katanya bahawa 'Agama itu selamanya no.1 dan pelajaran itu bukan no.2'.
Hari ini, di pagi hari yang hening dengan kicauan burung akan membuatkan hambaNya ini berfikir. Ketenangan dan keamanan ini harus, mesti disyukuri. Angin sepoi-sepoi bahasa menempiaskan kesayuan di jiwa apabila mengenangkan 'apa khabar saudaraku di sana?'
'Apa khabar mereka?'
InsyaAllah, dengan limpahan rezeki kurniaanNya ini. Gunakanlah ke jalan yang diredhai Allah dan ini adalah peluangnya, InsyaAllah.
Kadangkala kita lupa itu semua kerana manusia itu pelupa sifatnya yang perlu selalu diingat-ingatkan. Sehinggakan kehidupan ini tidak terarah, lupa yang hidup ini ada penghujungnya yang pasti akan tiba. Kita lupa, daripada mana asal kita. Tanah. Kita lupa yang ENAM, kita lupa yang LIMA yang menjadi kekuatan berdirinya kita sebagai hambaNya.
Apa yang LIMA?
Mengucap dua KALIMAH SYAHADAH
Menunaikan SOLAT LIMA WAKTU sehari semalam
Berpuasa di bulan RAMADHAN
Membayar ZAKAT
Mengerjakan HAJI bagi mereka yang mampu
Ingat yang LIMA, jangan lupa yang ENAM. Apa yang ENAM?
Percaya kepada ALLAH
Percaya kepada para MALAIKAT
Percaya kepada KITAB
Percaya kepada NABI dan RASUL-NYA
Percaya kepada HARI KIAMAT
Percaya kepada QADA' dan QADAR
Ya, dahulu ustazah suka tanya. Berebut-rebut nak jawab, sekarang? Insan kerdil masih merangkak selepas bertatih membaiki diri, InsyaAllah. Nak berebut-berebut macam dahulu :)
Jika dahulu kita berlumba hendak menjawab soalan. Apa kata kali ini kita berlumba-lumba untuk melaksanakannya. Berlumba-lumba ke arah kebaikan, tetapi ingat untuk sentiasa menjaga hati agar sentiasa subur dan tidak dikotori dengan sifat mazmumah seperti riak dan hasad dengki. Nauz'uzubillah min zalik.
Mari kita berlumba-lumba!
Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. [Al-Baqarah : 148]Perlumbaan yang tidak sia-sia. Ingatlah bahawa kehidupan ini ibarat satu persembahan teater di pentas dunia. Siapakah pelakon terbaik? Anugerah itu milik siapa? Tetapi hidup dengan lakonan itu adalah sia-sia kerana hebatnya hanya pada pandangan manusia, kerana iman dan taqwa adalah sebenarnya menjadi taruhan.
Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.
Ikhlas dalam beramal kerana matlamat akhirnya hanya SATU, selamanya SATU.
Waallahu'alam.
12/6/2010 Hari ini abang sulongku bernikah. SELAMAT MENEMPUH ALAM BARU! :) Walaupun tidak dapat bersama-sama di sana, tetapi kalian tetap dekat di hati.
Akhirnya entry ini siap, biarpun isinya sedikit tetapi penting buat diri ini untuk bertatih, merangkak dan berjalan ke arah redhaNya. Cari gali!
0 Buah fikiran:
Post a Comment