InsyaAllah jam 9 tadi ada mesyuarat JPK Kolej Perubatan, alhamdulillah hampir setahun memegang jawatan dalam organisasi ini dan banyak pengajaran yang diperoleh. Jelas sekali bahawa ilmu itu bukan semata-mata daripada buku, internet, dan guru. Ilmu ALLAH itu Maha luas.
Kesempatan demi kesempatan dicari untuk menulis. InsyaAllah masa dan waktu daripada ALLAH. Melihat alam sekeliling. Lihat tingginya langit biru tanpa tiang, rendahnya tanah hiasan alam yang ditumbuhi rumput-rumput menghijau merehatkan mata yang memandang.
Alam berzikir mengingati Tuhannya, dan manusia itu diberi kelebihan untuk berfikir akan kekuasaan Pencipta dan berzikir bagi menenangkan jiwa, menjaga kerendahan hati kepada ALLAH.
Mari berkongsi, dibelek-belek kitab di surau. Bacalah dengan mata hati :)
Aisyah berkata kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, ALLAH telah menganugerahkan kamu setinggi-tinggi anugerah dan mengampunkan dosa-dosamu, maka kasihanilah badanmu, jagalah kesihatanmu."Begitulah kerendahan hati Rasulullah kepada Tuhannya. Kita bagaimana? Sudah budimankah kita? Masih banyak yang perlu diperbaiki. Macam mana hendak membaikinya?
Aisyah berkata begitu setelah melihat suaminya bertambah tekun sembahyang terutama pada waktu malam dengan sedih dan ratapan ketika sujudnya.
Rasulullah menjawab, "Wahai Aisyah, apakah bukan selayaknya bagiku menjadi seorang yang budiman yang kenal berterima kasih kepada Tuhannya?"
Tuntutlah ilmu dan berfikirlah, manfaatkan ilmu itu. Semoga sedikit sebanyak dalam memperbaiki diri kita. Biarpun perubahan yang dibuat itu sedikit, asalkan istiqamah untuk mengamalkannya. Hakikatnya susah untuk istiqamah di jalan kebaikan kerana hati manusia itu boleh di bolak-balikkan bila-bila masa.
Oleh itu, gunakanlah senjata kita untuk menetapkannya. Perang!
Perang dengan diri
Perang dengan musuh
Perang dengan nafsu
"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di jalan agamaMu, tetapkanlah hati kami ini untuk terus mentaatiMu"
Percaya atau tidak. Setiap kali peperangan, Rasulullah akan mendahulukan solat hajat dan berdoa kepada ALLAH agar memberi kemenangan untuk umat Islam supaya dengan itu Islam boleh berkembang ke setiap penjuru alam.
Ya! Doa itu adalah senjata. Bukan ramai tentera perang itu yang membawa kemenangan. Contohnya jelas bagi perang Badar dan perang Hunain. Ramai itu hanya menjadi asbab kemenangan, niatkan kerana ALLAH. Semoga itu membawa kita lebih dekat kepada Pencipta.
Perang Badar dan Perang Hunain. InsyaAllah amal akan cerita tentang perang ini. Amat menarik, banyak pengajaran. Buku Biografi Muhammad bin Abdullah ada di rumah, InsyaAllah nak berkongsi lagi, InsyaAllah.
Selagi bernafas, berbaktilah kepada semua kerana mungkin ini kali terakhir, mungkin tidak berpeluang lagi. Hidup ini bukan untuk diri sendiri, tetapi kita dihidupkan oleh ALLAH untuk patuh dan ta'at kepada perintahNya.
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan." [Adz-Dzariyat : 56-57]Waallahu'alam.
13/6/2010 Sempat lagi menulis :) alhamdulillah. Buat diri si penulis, ini semua peringatan buat dirimu. Mulakan dahulu, jika ini sekadar kata, sedarlah wahai penulis itu adalah sia-sia.
Sesiapa yang berkelapangan 10 Julai, jemput ke walimah dua abang amal, walimah serentak, dua pasang pengantin baru :) Nak alamat, sila maklumkan ya.
0 Buah fikiran:
Post a Comment