Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, April 8, 2010

Look at Him


Allah berfirman yang bermaksud, “Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” [Al-Thalaq : 2-3]

Assalamualaikum,

Lama laman ini ditinggalkan. Kenapa? Memberi laluan kepada perkara yang lebih penting. Ya! Kenalpasti perkara yang penting dan dahulukan perkara yang terpenting daripada perkara yang penting. Aku sedang belajar :)

InsyaAllah keputusan rasmi 1st Professional Exam akan keluar hari ini. Bagaimanakah? Tawakal itu melebihi segalanya, InsyaAllah. Allah harus mengadakan dan tidak mengadakan sesuatu itu. Tawakal itu bermaksud menyerahkan segala urusan kepada Allah. Serahkanlah segala-galanya kerana hanya Dia yang berhak atas setiap sesuatu.

Sekiranya berjaya, ALHAMDULILLAH. Sesungguhnya kejayaan itu hanya milik Allah, Tuhan semesta alam. Hanya milik dia, siapa kita? Kita hanya HAMBA, meminjam kejayaan dari Tuhan. Sekiranya sebaliknya, ALHAMDULILLAH. Sesungguhnya Allah memberikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu atau tidak mahu. Dia tahu apa yang terbaik buat kita.
Diriwayatkan oleh imam al-Tarmizi, daripada Umar bin Khattab beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah, “Seandainya kamu semua bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, tentu Allah akan memberimu rezeki sebagaimana burung-burung yang diberikan rezeki, mereka pergi di pagi hari meninggalkan sarangnya dalam keadaan perut kosong, dan kembali dalam keadaan perut kenyang.”
Seperti seorang pesakit. Dia memang anti-ubat [macam penulis..] tetapi pada masa itu dia memerlukan ubat itu. Begitulah, walaupun kita tidak mahu tetapi jika itu yang kita dapat dan kena hadapi. Semoga itu yang terbaik untuk kita.

Seperti seorang pelajar perubatan, dia perlukan cuti. Tetapi malangnya semester dilanjutkan tanpa cuti :) Semoga itu menjadikan dia seorang doktor muslim yang lebih berjaya dalam karier beragamanya kelak. InsyaAllah. [Kita pakai sistem semester kah? Musykil :D]

Credit to Solehah. Dia mengingatkan aku akan hakikat ini.

InsyaAllah dalam masa terdekat ini, kita bercerita tentang perubatan di UNIMAS ya sebab dengar kata UNIMAS akan menubuhkan pusat matrikulasinya sendiri. Pasti ramai adik-adik matrikulasi yang tertanya-tanya tentang perubatan di UNIMAS. Mungkin kisahnya agak berlainan daripada universiti-universiti tempatan yang lain. UNIMAS di Sarawak ya adik-adik, bukan di Sabah :)

Sekarang adalah musim peperiksaan. Sudah pasti akan ada yang keletihan dalam pendakian. Daripada garis permulaan itu, akan ada akhir noktah pengakhiran.

Apa yang penting? Mahu daki atau tidak.
Apa yang penting? Perlu tahu kenapa mendaki.
Apa yang penting? Bersedia rohani dan jasmani.
Apa yang penting? Ada segala alat-alat keselamatan semasa pendakian.
Apa yang penting? Bersedia sekiranya ada sebarang halangan di hadapan.
Apa yang penting? Bertindak segera sekiranya terjatuh.
[Berfikir untuk paham, bila paham bertindaklah sekarang]

Apa yang penting? Kerjasama!

Hidup ini penuh analogi yang boleh buat manusia itu berfikir tetapi adakah akal fikiran ini digunakan untuk berfikir mengenai kekuasaan Pemilik hakiki jiwa ini? Ya! Manusia itu pelupa, kerana itu perlu ada kerjasama. Ingat-memperingatkanlah antara satu sama lain.

Apa yang penting? Kerjasama!

8/4/2010 Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami.

Ya! Aku juga perlukan SUAMI!
Seseorang Untuk Aku Menjadi Islam [Thanks to Solehah]

:)

Buat semua teman-teman, semoga berjaya dunia dan akhirat. Jadikan dunia ini ladang ternakan atau tanaman yang menguntungkan di akhirat sana, InsyaAllah.

:) sokmo!

6 Buah fikiran:

sinar_islami said...

Moga Allah mudahkan urusan amal..
oh...perlukan suami..tak lama lagi akak dapat makan nasi minyak ke (^_^)
Ke akak salah faham pula..hehe..
apapun..wish u all da best..
Moga jadi doktor muslimah mukminah...

atiqahmki said...

sukanya hadith burung tu. huhu.

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

To sinar_islami:
InsyaAllah, moga sama2 kita mnjadi doktor muslimah mukminah ya :)

Suami?
Suami yang itu lama lagi..
Cuma perlukan Seseorang Untuk Aku Menjadi Islam = SUAMI

:)

Semoga berjaya juga kak sha :) dunia dan akhirat, InsyaAllah.

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

To atiqahmohammadkhuzaini:

amal pun suka juga..suka2 :D
lama x btanya khabar, semoga baik2 shj study d sana ya, InsyaAllah

:)

sinar_islami said...

Ic...akak dah agak dah..
mesti ada benda lain tu..
Nak S.U.A.M.I juga la... (^_^)
Moga redha Allah bersama kita...

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

To sinar_islami:
:)
tersalah interpretasi ye..
InsyaAllah giliran akk dh dekat kn
jgn lupa jemput ye..
InsyaAllah, moga redha Allah bersama kita..dahulu, kini dan selamanya :)

sudah masuk tahun baru kan..
semoga berjaya dunia akhirat, kak :)

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates