Lundu 2008
Aidiladha 2008
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, puji-pujian buat Pemilik seluruh alam. Selawat dan salam kepada junjungan yang mulia, Muhammad S.A.W, pesuruh Allah yang teragung lagi terpuji.
Alhamdulillah, professional exam berlalu pergi meninggalkan kenangan buatku. Sesungguhnya kejayaan ini bukan milikku, kejayaan ini milik Yang Maha Esa. Buat semua teman-teman, perjuangan kita masih terlalu panjang dan masih banyak liku-liku yang perlu kita lalui. Semoga terus bertahan dan berjuang!
Pejam celik mata. Ku kini sudah dua tahun di bumi Sarawak ini. Pelbagai perkara ku pelajari demi cinta agama dan Tuhanku. InsyaAllah, semoga niatku sentiasa itu.
Dua tahun, mungkin nilainya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan nombor lain. Tetapi yang sedikit itu banyak mengajarku. Lebih-lebih lagi umurku kian menjangkau 2 dihadapan dan 1 dibelakangnya. Itu juga banyak mengajarkan erti hidup walaupun tidak semua, kerana kini aku masih 'belajar'.
Biarkan kenangan kita bersama disematkan dalam blog ini. Gambar-gambar kenangan kita bersama. Semoga kejayaan itu milik kita semua, yang hakikatnya daripada Allah.
9/4/2010 Upload bahagian pertama dahulu :) akan bersambung kemudian.
Nice donut!! Nyum2..Alhamdulillah, thanks to ukht nurul nadrah. :)
0 Buah fikiran:
Post a Comment