Ba ---- Bacalah!
Ba ---- Bangunlah!
Bacalah dan bangunlah dengan nama Tuhanmu yang Maha Menjadikan.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Muhammad S.A.W, Rasulullah, Kekasih Allah. Alhamdulillah di panjangkan umur dan diberikan kesempatan untuk melakar kata di blog yang tidak seberapa ini.
Untuk kita membangunkan diri, perlulah terlebih dahulu kita bersedia untuk bangun, mahu bangun dan tahu bagaimana hendak bangun.
Di sini ada beberapa tips daripada usrah harian kami di Kolej Perubatan Lot 77, semoga ini menjadi panduan untuk kita bangun. Membaiki kekurangan diri, walaupun untuk untuk menjadi insan yang sempurna bagi semua aspek itu amat sukar tetapi tidak salah untuk kita bangun.
:)
Aku perlu bangun, kita mesti bangun kerana kita bukan dijadikan untuk terus duduk dan berlemah-lemah kerana kudrat yang Allah kurniakan untuk manusia ini bukan untuk dipersia-siakan. Aku juga lemah, mudah letih, dan tidak akan mengalah untuk melawan itu.
Kita perlu bergerak seiring dengan kemodenan tetapi itu tidak bermaksud kita perlu mengikut arus kemodenan yang kadangkala membuatkan kita lebih cinta pada dunia yang dipenuhi dengan perkara-perkara indah tipuan maya.
Kita perlu bergerak seiring dengan kemodenan semasa dan kita ada agama sebagai panduan arah hidup kita. Ingat, kita ada agama. Agama bukan panduan di kala kesusahan, agama panduan dalam setiap helaan nafas kita.
Kita mesti segera bangun dari lena, jangan biarkan ia berpanjangan. Jika tertidur, maka bangunlah. BANGUN!
Ada 5 aspek penting dalam pembangunan diri:
1. Yakin pada Allah -- yakin itu bukan sekadar percaya :)
2. Perlu mempunyai disiplin diri yang mantap -- itu usaha hambaNya
3. Ada motivasi dan inisitif diri -- tekad dan azam takluki diri
4. Tingkatkan kemahiran -- perlu belajar untuk tahu
5. Sentiasa muhasabah diri -- kita insan lemah, perbetulkan nawaitu kita
Sekarang sudah ada gudeline untuk bangun, adakah kita bersedia dan mahu bangun? Tepuk dada, tanya iman :) Selamat bermujahadah memperbaiki diri.
27/2/2010 Setiap detik itu membawa ke penghujung jalan. Setiap detik itu juga penentu kejayaan dan kemenangan. Teruskan usaha jadi hamba terbaik!
Semoga berjaya buat adik-adik year 1 dan pelajar tahun akhir!
:)
0 Buah fikiran:
Post a Comment