Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, March 25, 2010

Bersama

Assalamualaikum,
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." [94:5]

"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." [94:6]

"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain." [94:7]


:)
Jangan pernah putus asa, kerana itu bukan rawatan bagi lemah dan duka.
Jangan pernah putus asa, kerana kita sentiasa ada Tuhan untuk bergantung segalanya.

DIA adalah sebaik-baik tempat pergantungan dan pengharapan.

Berhenti di sini,
Beri peluang pada diri membuat persiapan,
PERSIAPAN PERANG :)

25/3/2010 Buat teman-teman, kita tetap akan bersama hadapi semuanya. Kita adalah SATU, yang SATU ini akan bersama ke SIBU, InsyaALLAH.

Kita ada perjuangan masing-masing. Yang penting, bermatlamatkan SATU. SELAMAT BERJUANG BUAT SEMUA PEMBACA :)


Kata sahabatku, :) sokmo! [Only tears because of YOU, The Almighty]

11 days left. Get ready..many things just taking place in my mind right now. Study!!

Tuesday, March 23, 2010

Sihat

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, laptop selamat keluar daripada wad kecemasan :) Jangkitan virus yang amat dahsyat menyebabkan laptop ini tidak dapat diselamatkan lagi oleh pemiliknya.

Sayang laptop ini, satu-satunya hadiah daripada orang tersayang yang tiada lagi. Duit bonus sanggup dihabiskan demi anak tersayang. Tetapi kita?

Apa yang kita korbankan untuk ibu bapa kita?
Bukan harta yang mereka minta.
Kasih sayang itu tiada nilainya.
Nilainya terlalu tinggi.

Itulah nikmat daripada Yang Maha Esa.
Masihkah tidak mahu bersyukur dengan pemberian-Nya?

Bersyukurlah dengan pemberian-Nya.
Jangan biarkan ia pergi dan tidak akan kembali lagi.

23/3/2010 Biarkan rahsia tetap rahsia.

Study..Exam makin dekat..Mari bersama kita berjuang, walaupun sesukar mana itulah dinamakan perjuangan. Permudahkanlah, Ya ALLAH.

Study....[will b continue tonight..hehe]

Sunday, March 21, 2010

Sinergi Kata


"Wahai ALLAH, aku berserah kepadaMu, kuamanahkan segala hal ehwalku kepadaMu, dan bergantung kepadaMu untuk rahmat dengan harap dan takut kepadaMu," [Riwayat Al-Bukhari]
Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kamu kepada Penciptamu. Yang menjadikanmu dengan sebaik-baik kejadian. Sebaik-baik ciptaan, Subhanallah. Apa lagi yang engkau mahukan?

Hidup ini penuh dengan aturan. Ya! Setiap insan itu ada jalan cerita, aturab hidup masing-masing. Baik manis ataupun pahit, semuanya perlu dilalui. Usah risau, usah khuatir dengan nasib yang menimpa diri. Usah rasa hina dengan kelemahan diri. Kerana diri ini bukanlah dicipta semata-mata demi kemegahan atau kehinaan, tetapi untuk sebuah harga diri bagi membawa agama tercinta.

Teringat teman baikku. Teman, aku merindui kamu. Ya! Teman yang baik itu sukar dicari, jika hilang barangkali tiada ganti. Engkau hanya seorang dalam beribu. Tetapi aku ada teman yang sangat-sangat baik.

Dia boleh buat aku tersenyum walaupun aku sedih.
Dia boleh buat aku tenang selepas berdukacita.
Dia buat aku semakin kuat, dengan janji-janji agung itu.
"...Sesungguhnya janji ALLAH itu benar..."
Dialah teman akrabku.
Sampai bila-bila.
"Wahai jiwa-jwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu." [Surah al-Fajr: 27-30]
Letaklah pengharapan dan takut kita hanya pada ALLAH kerana di situ adanya kunci keikhlasan yang dicari-cari. Ya! Nilai ikhlas itu adalah hak ALLAH. Hanya ALLAH yang berhak menilai dan mengetahui akan nilainya. Kita perlu berusaha mengikhlaskan diri walaupun seringkali hadir bisikan daripada syaitan dan tarikan nafsu.

Letakkan pergantungan hanya pada yang SATU. Kerana di situ adanya ketenangan. Ketenangan itu hanya akan hadir dengan mengingati ALLAH. Ingat akan ALLAH, terasa rindu bertemu Dia. Ini mengingatkan aku tentang mati.

Mati itu sentiasa sahaja mendekati,
Sedangkan masih banyak tanggungjawab yang perlu disudahi,
Ya ALLAH beri aku peluang ini untuk berbakti,
Sebelum aku pergi, tidak lagi kembali.

Waallahu'alam.

21/3/2010 Coretan di pagi hari. Jam 0120 Biarlah ada Tuhan disebalik jiwa yang tenang :)

Cheer up!
Berilah senyumanmu kepada ALLAH dengan sebenar-benar senyuman dengan ISLAM tercinta!

'Amal' namaku, hasil perkenan arwah bapaku daripada nama seorang saudaraku di Mekah. Dia seorang doktor tetapi aku tidak pernah jumpa dia. Dan aku teringin menjadi seorang doktor seperti dia. Menjadi doktor atas namaku :)

Wahai kaktusku, segarlah kembali :)
Kerana hidup ini untuk menjadi lebih baik.
:)

Tuesday, March 9, 2010

XXXL --> XXXS

Assalamualaikum,



Subhanallah, indahnya manusia itu dicipta. Tetapi manusia itu pelupa. Daripada sebesar-besar organ sehingga sekecil-kecil struktur, semuanya di bawah kawalan Penakluk seluruh alam, antara langit dan bumi.



ALLAH ciptakan semuanya sempurna. Tetapi adakah amalan, ibadah seharian kita sempurna? Peringatan buat diri sendiri. Ya, penulis menulis untuk mengingatkan diri sendiri kerana dia juga seorang manusia biasa.
"(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya." [Surah al-An'am:101]
Kenapa contoh-contoh sebegini? Ya, kadang-kadang kita melihat kepelbagaian bentuk planet. Kagum, subhanallah. Penciptaan manusia itu sendiri adalah unik dan istimewa, melambangkan kekuasaan Yang Maha Berkuasa. Berfikir atau tidak? Tepuk dada tanya iman.

Waallahu'alam.

16/3/2010 Biarpun ringkas, biarlah peringatan yang sedikit buat kita sedar akan kerendahan diri kita sebagai HAMBA di hadapan Pencipta.

Ya Allah, terima kasih atas izin-Mu membenarkan aku mengisi ruang di sini.
Alhamdulillah :)

Buat teman-teman, semoga berjaya dengan PROFESSIONAL EXAM. Kita boleh lakukan yang terbaik, Insya-ALLAH. Don't be stress, take enough rest :)

Cair

Assalamualaikum,

Tinggal TIGA MINGGU sebelum Professional Exam. Professional Exam ini ada dua peringkat. Pada peringkat pertama dijalankan pada hujung tahun kedua pengajian dalam bidang perubatan. Peperiksaan ini merangkumi semua system/block yang telah dipelajari pada tahun satu dan dua. Pada peringkat kedua, dikenali sebagai Final Professional Exam yang perlu diduduki pada tahun akhir sebelum bergelar doktor yang merangkumi semua perkara yang telah dipelajari sejak tahun satu sehingga tahun lima.

InsyaAllah, akan datang, penulis akan menulis mengenai Perubatan di UNIMAS, pasti ramai yang tertanya-tanya kerana Perubatan di UNIMAS, Sarawak ini kurang dikenali. Bidang Perubatan telah bertapak lama di UNIMAS sudah hampir 15 tahun.

Konsep pelajarannya bukan mengikut subjek/semester tetapi mengikut system block. Kelebihannya, ia akan mengintegrasikan semua topik seperti anatomi, fisiologi, patologi, ubat-ubatan, mikrobiologi, radiologi dan banyak lagi. InsyaAllah pada entry akan datang, medical term akan digunakan.

Kekurangannya, kami disini tiada cuti. Hanya mengharap cuti perayaan dan cuti final sahaja. Kena pandai mengambil kesempatan untuk pulang ke tanah air :)

Agak panjang pendahuluan entry ini.
:)



Pada suatu hari [style bercerita..] penulis blog ini merenung lilin. Kenapa waktu SEJUK lilin ini KERAS? Kenapa waktu PANAS lilin ini CAIR?

Penulis tertanya-tanya pada diri.

Ya, sejuk disini bermaksud kita perlu sentiasa diingatkan supaya pendirian dan kepercayaan kita kukuh. Sebab itu perlunya amar ma'ruf nahi munkar. Apabila selalu ingatkan, kita akan sedar, apabila sedar, kita akan lebih rasional dengan apa yang akan kita lakukan berlandaskan hukum syara' serta berlatarbelakangkan keimanan dan ketaqwaan

Ya, panas itu ibarat hasutan iblis dan nafsu, yang akan membuat manusia itu leka dan alpa. Sehingga lupa asal usul kejadian. Hanya daripada percantuman air mani dan telur (ovum), terciptalah manusia dengan izin ALLAH setelah ditiupkan ruh ke dalam jasad. Manusia cair? Mudah lemah manusia itu dengan hasutan syaitan sehingga menjadi hamba nafsu mereka sendiri. Na'uzubillah min zalik.

Manusia itu mudah lupa.
Tidak mahu bersyukur.
Malah mengeluh sepanjang masa.
Bermegah dengan apa yang ada. Dia lupa, itu hanya sementara.
"Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur (berterima kasih). " [34:13]

Dalam pandangan Sayid Qutb, penutup ayat di atas “Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur” merupakan sebuah pernyataan akan kelalaian hamba Allah swt dalam mensyukuri nikmat-Nya, meskipun mereka berusaha dengan semaksima mungkin, tetapi tetap sahaja mereka tidak akan mampu menandingi nikmat Allah swt yang dikurniakan terhadap mereka yang tidak terbilang.
Penulis juga mudah lupa, ingatkanlah dia. Kerana dia juga manusia biasa.
Waallahu'alam.


16/3/2010
Hari-hari mendewasakan.
Hidup tabah menongkah cabaran
Laksanakan amanah Tuhanku
Sebelum dijemput bertemu Yang SATU.

2 tahun. Masih tidak berubah. Apakah petanda?
6 bulan. Kekal di dalam 'sana'.

3 minggu. Bakal berperang. Doakan kejayaan bersama.
:)

Barang Ganti

Assalamualaikum,

Alhamdulillah selesai hari pertama End of Block Exam..ada lagi dua hari menanti. Renal and reproductive block mengajar penulis banyak perkara. Daripada percantuman ovum dan sperma yang hebat, maka lahirnya manusia-manusia hebat hari ini. Subhanallah!
"Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran." [38:29]
Memang tidak dapat dinafikan, menuntut ilmu dalam bidang perubatan ini memberi kita banyak peluang untuk mengenali Pencipta dengan lebih dekat lagi. Membolehkan kita sedar akan kekuasaan-Nya yang tiada tandingan. Untuk bercerita dengan hidup memang panjang, jika ditambah dengan peranan agama dalam kehidupan, maka semakin panjanglah kisahnya.

Tetapi hakikat hidup ini tidak lama.



Berkait dengan tajuk hari ini. BARANG GANTI? Kereta ada barang ganti, komputer ada barang ganti. Barang ganti ini setiap tahun, brandnya bertukar-tukar, kualitinya semakin meningkat dan permintaan semakin bertambah [nampak sangat kita tidak reti jaga harta benda kita. Bukan tidak reti, cuma kurang cermat] Maka berlambaklah barang-barang ganti di pasaran.

Tetapi tanpa kita sedar, sebenarnya, sejak generasi terdahulu lagi kita ada beberapa barang atau alat ganti yang kualitinya tidak berubah, jenama atau brandnya masih sama. Cuma mungkin permintaan bertambah. APAKAH BARANG ITU?
"..Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir." [2:219]
Mari lihat..





Kita ada barang ganti ini. Saphenous vein (great) adalah salur darah terpanjang dalam badan kita. Ia adalah barang ganti bagi bypass surgery. Begitu juga radial artery dan internal mammary artey. Peluang untuk hidup ALLAH bagi, tetapi adakah kita gunakan peluang itu sebaiknya?

Seperti penulis sendiri pernah menjalani bone grafting pada hujung tahun 2006. Apakah itu bone grafting. Klik sini untuk sedikit penerangan mengenai bone grafting. Ia adalah salah satu proses menggantikan tulang yang hilang akibat keadaan tertentu. Penulis menjalani proses ini akibat kawasan tisu tulang kaki yang diambil tidak tumbuh dan terus berlubang seperti keadaan ketika biopsy dilakukan dahulu. [susah rupanya ingin terangkan dalam Bahasa Melayu. Maaf sekiranya kurang faham]


Maka sekarang penulis kekurangan ilium crestnya :)

Maka kesimpulannya, ALLAH sayangkan Hamba-Nya. Ciptaan-Nya cukup sempurna, tidak ada alasan lagi untuk mengatakan:

"Saya sibuk bekerja, bekerja dalam bangunan sahaja, tidak sempat menghayati keindahan alam diluar sana." Wahai saudara, lihat kehebatan ciptaan dirimu!

"Saya bekerja dimalam hari, malam semuanya gelap, mana nak nampak apa-apa." Wahai saudara, esoknya hari akan terang. Tidakkah engkau meikirkan itu salah satu tanda kekuasaan-Nya. Lihatlah pada kejadian dirimu, sebaik-baik kejadian!

"Saya pelajar lagi. Pelajar bidang perkomputeran, macam mana nak kaitkan dengan agama." Wahai saudara, ilham bagi manusia itu mencipta komputer itu datangnya daripada ALLAH. Jika dilihat, konsep komputer itu sendiri diambil daripada kejadian manusia.

A computer is like a brain.
NOT a brain like a computer
[Kejadian ciptaan ALLAH menjadi keutamaan]
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya ." [95:4]
Wahai manusia, ALLAH sayang kita semua. Kita? Di mana hak ALLAH kita letakkan. Ya! Kita memegang amanah terhadap manusia tetapi itu juga amanah dengan ALLAH.

Selain menjadi anak yang soleh/solehah,
Menjadi pelajar yang cemerlang dalam semua aspek,
Bakal menjadi isteri yang solehah,
Bakal Ibu yang mithali,

Mari tunaikan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi,
HAMBA TERBAIK!
UMMAT TERBAIK KEKASIH ALLAH!

Waallahu'alam.

10/3/2010 HAPPY BIRTHDAY MAMA!!! KE-57 Mama, IBU TERBAIK buat Amal! Sayang Mama...luv u forever.

Ya ALLAH, Mama Amal adalah ibu terbaik buat Amal. Kurniakanlah kegembiraan dihatinya, tutuplah pintu kesedihan dihatinya. Jadikanlah Amal anak yang solehah yang dapat berbakti kepadanya. Berkatilah dan rahmatilah setiap langkah dan hembusan nafasnya.

Ibu bukanlah barang ganti, tetapi mereka adalah penyeri yang tidak boleh ditukar ganti. Hargai ibu kita. Mama seorang yang kuat. Amal mesti kuat macam Mama. Demi agama!

Sunday, March 7, 2010

Lupa

Assalamualaikum,

Penulisan di pagi hari, hukuman akibat terlupa. Hari ini ada Kuliah Fiqh! Selepas solat Subuh, baca Yaasin, selepas itu sarapan pagi, sempat lagi duduk depan TV. Lepas tu, azizah telefon.

"Assalamualaikum. Amal pergi Kuliah Fiqh tak?"

"Ya ALLAH, Amal lupa. Takpelah, kirim salam pada semua. Nak tunggu Amal bersiap lama pula nanti."

Amal..Amal..macam mana boleh lupa. LUPA antara penyakit utama manusia. Ada yang acute dan ada juga yang chronic. Oleh itu, penulis menghukum diri untuk menulis. Sekurang-kurangnya dapat juga penulis ini belajar sesuatu.

Hari ini diperbincangkan soal NIFAQ. Sebelum ini ada adik yang bertanya, kenapa seseorang itu masih nifaq walaupun kuat biah soleh? Soalan yang agak mantap. Penulis bukanlah seorang yang kuat biah solehah, masih di peringkat biasa-biasa sahaja. Sesiapa ada pendapat, boleh tinggalkan komen disini.

Bagi pendapat penulis, NIFAQ itu berkait rapat dengan hati.
"Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia ada seketul daging apabila ia baik maka baiklah jasad seluruhnya. Apabila ia rosak maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah HATI" [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Kadangkala tanpa kita sedar, kita membiarkan hati kita mati. Jika tidak mati sekalipun, kita membiarkan seketul daging itu kotor.



Ibarat disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Jika susu itu rosak, boleh lagi ditukar dengan susu yang lain yang masih elok. ALLAH jadikan lembu dan kambing bagi kemaslahatan manusia juga. Gunakan sebaiknya.

Jika HATI? Nak tukar melalui organ transplant kah? Jika rosak, maka rosaklah semuanya walaupun organ-organ lain berfungsi dengan baik sekalipun. Walaupun ada mesin sokongan atau sebagainya, fungsi hati itu tetap tidak mampu berfungsi secara normal.

Begitu juga dalam hal ini, kuat dalam biah soleh tidak menjamin tahap keimanan seseorang itu. Tetapi biah soleh itu merupakan salah satu cara untuk kita perbetulkan dan menetapkan hati pada jalan-Nya. Adik boleh rujuk pada mereka yang lebih arif dalam soal ini ya.

Pasti ada yang tertanya, APAKAH ITU NIFAQ?

NIFAQ itu dari segi bahasanya bermaksud lubang tempat bersembunyi [Lihat An-Nihaayah V/98 oleh Ibnu Katsir] atau satu lubang tempat keluarnya yarbu’ (haiwan sejenis tikus) dari sarangnya, dimana jika ia dicari dari lubang yang satu, makaia akan keluar dari lubang yang lain.

Dari segi syaraknya pula bermaksud menampakkan Islam dan kebaikan tetapi menyembunyikan kekufuran dan kejahatan. Dinamakan demikian kerana ia masuk pada syari’at dari satu pintu dan keluar dari pintu yang lain.
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka." [4:145]
Dari sini

Nifaq turut dibincangkan,
"The antonym of ikhlaas is nifaaq. On the basis of the principle, things are recognized by reference to their opposites, it is essential to be aware of nifaaq (hypocrisy). A proper awareness and understanding of the meaning of nifaaq will produce a corresponding awareness and understanding of ikhlaas. The perfection and elevation of ikhlaas increase in proportion to abstention from nifaaq. The greater the elimination of nifaaq, the higher the condition of ikhlaas. It is therefore necessary to elaborate on, the meaning of nifaaq."
Oleh itu, mari bersama kita pelihara setiap nikmat kurniaan ALLAH supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang kufur nikmat. HATI itu anugerah, jagalah dengan baik supaya ia dapat dimanfaatkan bagi pembangunan Islam itu sendiri.

Jauhi NIFAQ, dekati ALLAH dan RASULNYA!

Waallahu'alam.

7/3/2010 YA ALLAH peliharalah HATI kami serta bimbinglah kami dalam menelusuri jalan di atas bumi-Mu yang penuh barakah ini. Amin.



Pagi ini, penulis mendapat mesej yang menarik. Mari kita kongsikan, khas buat muslimah di luar sana. Ya! Mesej ini seindah pengirimnya. Terima kasih, adik Diana! Moga menjadi salah satu kuntum mawar berduri.

Jadilah khazanah kerahsiaan,
Seperti mawar yang dipagari duri,
Tidak mudah disentuh apatah lagi didekati,
Menjadi idaman sang kumbang walaupun getir dan sukar dimiliki,
Akhirnya yang benar-benar hebat bakal menjadi penyunting mawar berduri itu untuk terus mekar di taman keredhaan-Nya.

Thursday, March 4, 2010

Kuat

Assalamualaikum,

Penulisan di kala senja. Ada sedikit masa untuk menulis. Mula!

Kuat? Apa yang kita faham dengan 'kuat'?
Kuat jasmani?
Kuat rohani?

Kuat itu mempunyai maksud yang sangat luas. Sama ada kita sedar atau tidak. Kita adalah manusia yang kuat. Percaya atau tidak? Itulah kenyataan. ALLAH menciptakan manusia itu dengan kekuatan yang berbeza-beza. Berbeza-beza? Ya!

Manusia pilihan ALLAH untuk menegakkan syiar Islam. Bukan semua manusia di atas muka bumi ini ada kesempatan untuk berbuat demikian. Untuk menegakkannya itu, kita perlukan kekuatan seiring dengan ketaqwaan kepada ALLAH, Pemilik sekalian alam, antara langit dan bumi. Bukan mudah tetapi itu amanah.

Tetapi adakah kita menjaga kepercayaan yang telah ALLAH berikan pada kita?
Di mana amanah itu yang sepatutnya kita pikul bersama?



Aku juga pelupa. KITA lupa!

*tepuk dada tanya iman, "IMAN, DI MANA KAMU? KAU BAIK-BAIK SAHAJA KAN?"*

Kata-kata kuat,

"Kau ni lah, KUAT betul menangis. Sikit-sikit nangis. Ish.."
KUAT menangis sebagai HAMBA, insyaALLAH akan meningkatkan iman kita,
KUAT menangis kerana manusia, sia-sia sahaja kerana manusia itu juga HAMBA dia.

"Bagus-bagus, kau memang KUAT bekerja. Patutlah boss sayang."
KUAT bekerja kerana ALLAH, hilang semua penat dan lelah,
KUAT bekerja kerana manusia, hanya letih ganjarannya, bukan redha atau pahala.

"Semoga kau KUAT hadapi setiap cabaran hidup walaupun perit sekalipun."
KUAT itu milik ALLAH, hanya kepada ALLAH sahaja kita layak sandarkan kekuatan kita.
KUAT itu bukan bukan hanya dengan kata-kata tetapi tindakan hati dan fizikal kita.
Keharmonian ciptaan-Nya tiada tandingan!

Aku perlu kuat!
KITA mesti kuat!

Waallahu'alam.

4/3/2010 Bila lupa, ingatkan. Bila ingat, jangan lupa amal dan buat! :)

Adakah mungkin segala yang pernah kita rancang itu terlaksana? Sedangkan masa memakan saki baki umur yang ada. Sesungguhnya ALLAH itu sebaik-baik Perancang. Tawakkaltu 'ala ALLAH.

Ayuh, kuatkan tawakkal kita pada Pencipta :)
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates