Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, February 10, 2010

Pilihan

Assalamualaikum,

Hidup ini semuanya berpasangan bukan? Ada kiri ada kanan, ada depan ada belakang, ada atas ada bawah. Ada syurga ada neraka. Itu adalah abstrak tetapi dapat dinilai, diketahui baik atau buruknya.

Adanya nikmat sihat dan ada juga musibah sakit [sakit juga merupakan nikmat jika kita mengetahui hikmah disebalik kejadian] Semuanya dibawah perancangan-Nya. Agenda Dia adalah agenda terbaik! Wahai manusia, gunakan akal fikiran kita ke arah hidup berTuhan, bukan membiarkan nafsu mengawal diri ciptaan-Nya.

Panduan telah disediakan. Semuanya telah sedia ada. Tetapi kita masih melihat dengan mata yang buta. Adakah begitu kita mensyukuri nikmat ALLAH?

Rasulullah bersabda, "Agama itu adalah nasihat."


Pilihan itu terletak pada diri kita. Pilihlah dengan bijaksana kerana itu akal fikiran itu dikurniakan kepada manusia. Haiwan juga mempunyai otak [brain is to think..] tetapi anugerah berfikir dengan akal itu hanya bagi manusia bergelar HAMBA [HAMBA ALLAH itu tidak seperti HAMBA manusia yang lemah dan lesu]

HAMBA ALLAH itu sentiasa bersemangat untuk bermujahadah.
HAMBA ALLAH itu tidak mengenal erti lemah dan putus asa.
HAMBA ALLAH itu syukur akan nikmat kurniaan Pencipta dengan laksanakan kewajipan sebagai khalifah bumi.
HAMBA ALLAH itu kuat, kental hadapi tentangan nafsu dan musuh agama.
HAMBA ALLAH itu melihat dunia dari jendela akhirat.

Ya! Pilihan hidup kita. Pilihan ke arah yang diredhai atau sebaliknya. Jalan manakah ingin kita lalui. Sama ada yang singkat atau yang jauh. Sama ada jalan yang sedikit sahaja orang yang melaluinya atau jalan yang asing. Waallahu'alam.
"dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa." [surah al-An'am, 6:153]
14/2/2010 Pilihan itu sukar untuk ditentukan dan kadangkala menyebabkan kita keliru dan sesat. Aku biarkan dia berfikir..dan aku juga berfikir tentang PILIHAN. [Homey!]

2 Buah fikiran:

Ummu Iman said...

assalamualaikum wbt

apa khabar amal...k fatin ni, peminat setia amal hehe. Menarik tajuk ni, subhanAllah.

mengenai pilihan...pilihan kita dalam hidup ni insyaAllah jika berpaksikan dan bertunjangkan kepada syariat insyaAllah adalah terbaik.

Namun...still...Allah knows BEST! Allah tidak kurniakan semua yang kita mahukan, tapi Allah kurniakan semua yang kita PERLUKAN! InsyaAllah

tk cr sis!! i do missssssssssss u so muchhh!!!!!! lalala

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

Wa'alaikumussalam
I do missss u too sis :)

ALLAH knows the best!
Hidup ini penuh dgn pilihan kan kak..
Mahu ke arah kebaikan atau sebaliknya..semoga pilihan yang dibuat itu betul dan diredhaiNya, InsyaALLAH :)

take care too..!!
salam'alaik

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates