Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, February 17, 2010

Tipu + Daya

Assalamualaikum,

Aku kecewa dengan manusia yang diperdaya dengan dunia,
Aku sedih melihat diri diperhambakan dunia,

Dunia ini kian menutup mata manusia,
Dunia menyediakan kemewahan melimpah ruah
Sehingga manusia lupakan Pencipta,

Pencipta yang menjanjikan kebahagiaan yang tiada tolok bandingnya,
Kebahagiaan di akhirat SANA
Manusia itu mudah lupa..

Hari ini, sedang penulis blog ini melayari internet, di periksa emelnya. Ada seorang teman lama di jumpai di FB dan ada satu emel daripada adik di matrikulasi. Gembira rasa di hati apabila jalinanpersaudaraan yang jauh itu mampu dikekalkan.

Tetapi penulis blog ini kecewa. Apabila terlihat satu gambar, bukan gambar teman lama itu ataupun gambar adik itu. Gambar seorang lagi teman lama.

Dahulu dia lain,
Dahulu dia menjadikan Al-Quran sebagai teman,

Teman di sekolah,

Teman di waktu pagi,

Dia berbeza dengan lelaki lain,

Sehingga menjadi pelajar kesayangan ustazah,

Pelajar harapan sekolah,
Ya! Dia peroleh anugerah ALLAH,

Sayangnya, itu dahulu..

Bukanlah hendak membuka aib sesiapa. Siapalah penulis blog ini, juga insan biasa. Mungkin temanku itu tidak mambaca blog yang tidak seberapa ini. Pengaruh dunia mengalahkan dia hari ini. Semoga hari-hari lain kian berubah, berubah ke arah kebaikan.

Jika orang seperti dia mudah diperdayakan, bagaimana pula dengan kita? Bergetar hati kerana aku insan biasa. Tetapi biarlah hari ini menjadi pengajaran buat HAMBA yang masih dalam lindungan-Nya.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" [55:13]
JANGAN LUPA SIAPA KITA. Ajal itu menanti kita disetiap penjuru hidup.
JANGAN LUPA SIAPA KITA. Kiri dan kanan dijaga oleh malaikat 24 jam.
JANGAN LUPA SIAPA KITA.
Hanya HAMBA yang tidak punya apa-apa.

JANGAN LUPA DIMANA KITA.
Dunia ini hanya pementasan yang banyak tipu helahnya. JANGAN LUPA DIMANA KITA. Syurga neraka destinasi akhirnya.

Penulis ini berharap dia akan membaca blog ini. Tetapi besar kemungkinan tidak. Ya! Hidayah itu milik mutlak Allah. Mohonlah hidayah itu sentiasa bersama kita. NAK KE TAK NAK? tepuk dada, tanya iman.

"Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan." [36:83]"
Waallahu'alam.

17/2/2010 Bila kita lupakan MATI, masa itu dunia akan mengambil alih pemikiran kita ke arah DUNIA. Selamatkanlah dunia. Syukuri nikmat, kejar akhirat :)

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates