Setelah sekian lama blog ini ditinggalkan oleh tuannya. Hari ini, tangan ini akan terus menaip walaupun kandungannya tidak seberapa. Pelbagai perkara berlaku sepanjang seminggu yang lalu antaranya, diadakan Kursus Pengurusan Pesakit mengikut Tatacara Islam [Insya-Allah akan dikongsikan dengan pembaca semua kelak], Sukan Inter-apartment [alahai..saingan sengit!], dan banyak lagi. Bersungguh!
"Sesungguhnya ALLAH suka apabila seseorang daripada amu melakukan sesuatu kerja, maka dia melakukannya dengan penuh ketelitian dan dengan sebaik-baiknya." [Riwayat al-Baihaqi]
Kursus Pengurusan Pesakit mengikut Tatacara IslamHari ini, hajat dihati untuk membantu. Tetapi nampaknya aku yang perlu dibantu. Sistem badanku seakan tidak normal. Kenapa ya? Apa sebenarnya yang terjadi? Mungkin sahaja permainan perasaan [ayat apakah..]
"Ustaz, sekiranya pada badan pesakit terdapat 'wayar-wayar', bagaimana dengan wudhuknya dan solatnya?" Tanya seorang peserta kursus.
"Cukuplah sekadar mengenakan air pada tempat yang boleh sampai air padanya atau boleh bertayammum. Sekiranya penyakitnya itu boleh sembuh sepenuhnya, hendaklah diqada' semula solat itu setelah sihat." Jawab ustaz. Ringkas.
"Ustaz, bagaimana jika..." Diskusi yang menarik.
Sukan Inter-apartment
Alahai, tersesat seorang superman di dalam kumpulan. [jatuh sampai koyak seluar pada lutut, tak patut] Aduh..huhu :D
"Bukan superman, superwomen" Real ke? Palsu..aku HAMBA.
"Main sakan lah tu, padan muka jatuh!" Semuanya padan pada ciptaan-Nya. Sempurna! Tiada yang hidung dijadikan pada kaki. Waallahu'alam.
Kena diet [kawal pemakanan, makan makanan yang seimbang] kerana kandungan CHOLESTEROL dalam badan TINGGI! TEKANAN DARAH RENDAH! [I'm not qualified to be a blood donor..poor me] Bukan rezeki hendak menderma, insya-Allah lain kali :) Sedapkan hati.
Oleh itu, penutup ini yang penting. Yang diatas cuma peringatan untukku :) Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara.
"Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara, masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sempit, dan masa HIDUP SEBELUM MATI." [Riwayat Imam Ahmad]
2/2/2010 Tekanan kian memuncak! Prof..Prof..Apa yang penting? Ketenangan daripada ALLAH itu penting. Mama! Minggu hadapan Amal balik cuti raya cina. Study di rumah :)
2 Buah fikiran:
chill up ye sis, even xdapat donate for the time, inshaAllah, selagi nyawa dikandung badan, pasanglah niat utk tetap akan menderma 1hari nnt.. saya pun first time donate, alhamdulillah, niat dah dimurnikan pagi td.. jgn sedey2 ye sis.. ^_^
:)
xsedih cuma kecewa..hehe
this is my 1st time too but my BP was low..terima seadanya
InsyaAllah, nnt leh cuba donate lg :)
thanks!
:)
Post a Comment