29 Mei 2009Terfikir juga, kalau dapat LRT boleh terhimpit macam tu. Bagaimana dalam kubur kelak? Adakah luas kubur kita? Adakah selesa seperti di dunia? Fikir-fikirkan, hidup kita bukannya lama, tetapi kadang-kadang alpa dan lupa (peringatan buat diri sendiri juga) Inilah pengalaman di KUIS. Sambil menziarahi sahabat-sahabat Haliza dan Majidah di sana, menuntut di tahun ke 3 sempat melihat keindahan alam ciptaanNya. ALLAH mencipta sesuatu itu bukan sia-sia dan tidak akan sia-sia. Itu pasti!
: Jam 0930
Bermulalah perjalanan menaiki LRT yang terlebih dahulu memerlukan tenaga untuk melangkah kesana. Wah, kena berjalan ke stesen LRT Wangsa Maju, ingat nak suruh mama hantar..hee, mama kena jaga anak orang. Exercise sekali sekala..apa salahnya. Lagipun sejak cuti ni mana ada pergi exercise mana-mana pun. Aish..berat badan, alamak! bertambah sudah =)
: Jam 0940
Jumpa Hazy di stesen LRT tu. Kebetuan dia baru sampai. Kami berdua menaiki LRT dari stesen Wangsa Maju ke KL Sentral. Kemudian, menaiki komuter ke Bangi. Sampai di KL sentral, kami terkial-kial cari kedai top-up (kredit dh abih ni, kne beli..jap g ssh nk call haliza) Lepas tu, beli tiket ke Bangi, lepas tu mulalah was-was nak turun ikut tangga mana. Hehe..kami ni, macam-macam =)
Dalam perjalanan..uish, mulut ni banyak sangat cerita. Hazy..hehe, cerita..cerita..cerita, kami bercerita. Cerita tentang apa?? Erm, macam-macam, tentang universiti masing-masing dengan pergerakan Islamnya. Setiap universiti ada cara yang tersendiri dalam menyampaikan msg dakwah masing-masing. Tetapi yang pasti, di UKM lebih aktif..itu memang diakui. Ada juga cerita tentang pusat pengajian Islam yang lain dengan anak-anak didik kelahirannya.
Cerita tentang anak buah Hazy memang kelakar..hehe, mesti cute. Semoga kakak ipar Hazy selamat melahirkan anak dalam kandungannya (due date 1 Jun kan Hazy? Macam mana sekarang?)
: Jam 1130
Sesampainya kami di Bangi, masa nak naik prebet, lagi satu hal (tak reti la plk ni, cmne ni hazy. Jom tnya pak cik tu) Kebetulan ada seorang pak cik sudi hantar ke kami ke Kolej Universiti Islam Selangor aka KUIS. RM4 seorang, alhamdulillah tak mahal sangat.
: Jam 1150
Alhamdulillah, kami selamat sampai di KUIS, tempat yang selama ini ingin dilawati. Wah, cantiknya pemandangan subhanallah! teruja melihat keindahan sekita KUIS ni. Tetapi sebelum tu, Haliza, Majidah, Hazirah dan Amal sempat makan tengahari bersama-sama. Haliza belanja, thanks!
: Jam 1230
Sempat jalan-jalan di sekitar KUIS (sebahagian dulu..luas tu) Kawasan luas, panas..terik juga. Seronok dapat melawat tempat orang ni. Ajak orang ke tempat sendiri, tak tahu bila mereka boleh datang (selamat datai ke sarawak..) Sempat berbincang lagi, "apa kata kita buat KUIS ni macam ala-ala kat negara arab, yela..panas-panas ni, macam sama je, sesuai ni..takyah nak pergi jauh-jauh" Pendapat yang bernas!
: Jam 0440
Kami berdua bertolak pulang. Penatnya jalan sekitar KUIS ni. Besar kawasannya. Seperti biasa naik komuter ke KL Sentral dan seterusnya menaiki LRT ke Wangsa Maju. Tetapi kali ni Hazy turun di Terminal Putra, rumahnya di Gombak. Dalam LRT, kena kepit!! Waa, tak tahan ramai sangat orang, peak hour la katakan. Ada seorang lelaki ca-ya-nun-alif pegang besi dekat tepi tu tapi..siku dia betul-betul atas bahu Amal, siku sentuh bahu juga kadang-kadang tu. Waa..macam mana ni! Amal menghimpit ke tepi, dia pun semakin ke tepi. Aiyak, sempit! Betul-betul terkepit! Amal cuba ke tepi lagi, sampai ke pintu. Alamak! Dah tak tahan rasanya ni, oxygen please! Bertahan dan bertahan sehingga sampai di Wangsa Maju. Lega! Itulah pengalaman terhimpit dan terkepit yang amat dahsyat!
Tuesday, June 2, 2009
Panorama Indah d' KUIS
Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Buah fikiran:
Post a Comment