Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, June 2, 2009

Panorama Indah d' Kota Bharu, Kelantan

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
30 Mei 2009
: Jam 0730
Bold
Bertolak dari rumah, kami sekeluarga ke Kota Bharu, Kelantan. Lokasi cuti-cuti Malaysia kali ini. Al-maklumlah cuti bukan selalu, susah nak dapat. Cuti kali ini cuma 2 minggu, alhamdulillah ini pun dah cukup baik. Perjalanan jauh, pasti menarik!

Bersarapan di Bente (betul ke eja ni? hmm..) Nasi Lemak sebagai santapan pagi ini. Teruskan perjalanan lagi. Abang pandu kereta 140km sejam agaknya, memang laju. Seram..perjalanan dijangka mengambil masa 8-9jam. Lagipun belum tempah mana-mana hotel lagi di sana.

: Jam 0445

Susahnya nak cari hotel dengan jalan di bandar Kota Bharu yang banyak sehala. Pusing-pusing satu bandar agaknya dengan kereta yang 'comot'. Al-maklumlah sepanjang perjalanan cuaca tidak menentu, hujan..panas..hujan..panas. Abang Aizat dah start demam. Dengan lori-lori balak dan lori-lori askar yang memercikkan air-air tanah kepada kereta. Hehe..kasihan.

Tibalah kami dihadapan sebuah hotel, tidaklah begitu mewah. Memadai sekadar untuk bermalam. Matlamat utama nak berjalan-jalan sekitar Kota Bharu ni. Lebih kurang 19 tahun lamanya tidak menjejakkan kaki di sini. MGU nama diberi kepada hotel ini. Hotel ini untuk pengetahuan semua merupakan hasil kerjasama sebuah koperasi, Majlis Guru Ugama (kalau tak silap ni nama penuh MGU..) tetapi sekarang dah ditukar namanya kepada Hotel Firdaus (kenapa Firdaus yang dipilih? Kebetulan agaknya..) Hotelnya sederhana tetapi selesa, ditengah-tengah bandar Kota Bharu.

Sempat juga messege sahabat-sahabat yang juga orang kelantan untuk bertanyakan lokasi-lokasi menarik yang boleh dilawati. Thanks for your information..syukran! Antara tempat-tempat yang dicadangkan adalah :
  • Rantau Panjang
  • Pantai Cahaya Bulan
  • Pantai Irama
  • Muzium Negeri Kelantan
  • Masjid Muhammadi
  • Pasar Siti Khadijah
  • KB Mall
31 Mei 2009
: Jam 0830

Tiba masa cari kedai makan untuk bersarapan. Kemudian kami berangkat ke Rantau Panjang. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam. Menarik perjalanan, semua tak tahu arah. Main redah sahaja tetapi alhamdulillah berjaya sampai ke destinasi dengan berpandungan sign board dan firasat hati dariNya.

Dalam perjalanan, ke sana..pemandangan, cantik! Hijau dan biru, sinergism yang serasi tetapi jauh berbeza. Juga nampak tempat pengajian seorang sahabat, tetapi tidak pasti sama ada pengajiannya disitu atau di kawasan lain, Kolej Kemahiran Tinggi Mara nama diberi. Dalam perjalanan pulang, sempat singgah di Restoran Ema, mee bandung jadi santapan untuk tengahari. Alhamdulillah!

Petangnya selepas rehat, bergerak ke pasar Siti Khadijah. Rambang mata. Macam-macam ada, rambang-rambang akhirnya tak beli apa-apa di situ. Jalan punya jalan sempat juga singgah di Arked Uda berdekatan dengan pasar SK.

Singgah di sebuah kedai, beli beberapa helai tudung, semasa bayar, mak cik itu bertanya, "anak sekolah(mengaji) di mane? dari sekolah agame? (ikut laghot klate..hee)"

"Sekarang belajar di sarawak, tgh cuti. Tak, saya bukan pelajar sekolah agama, sekolah biasa je, mak cik." Mak cik berkata lagi,"Baguslah suka labuh-labuh, molek-molek mace nih." (rasanya dpt dikenalpasti apa yang ingin mak cik ini ingin sampaikan) Sempat juga dia tanya berapa adik-beradik, tinggal di mana. Mak cik yang comel, kecil sahaja orangnya. Jumpa lagi mak cik!

Penat berjalan, malamnya berehat dan makan malam!

1 Jun 2009
: Jam 0840

Bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum itu, singgah sarapan dahulu seperti biasa. Masa balik macam nampak sekolah lama haliza tetapi tak berapa pasti akan itu, SRK Melor kalau tak silap nama sekolah tersebut.

Masa balik ada babak kejar mengejar. Mungkin kami dikejar. Alamak, tidak! Ada bas transnational mengejar kami dari belakang. Abang memandu pecut ke hadapan, sempat memotong 2-3 buah kereta. Bas itu terus memotong dan memotong. Dahsyat bas ni! Adegan pendek sahaja, kebetulan memang bas itu laju.

Rehat dan solat di tempat rehat (di mana ye? tak ingat..) Makan apa? makan mee hoon sup. Menu makan ingat, tempat tak ingat pula.

: Jam 0500

Alhamdulillah. Tiba di rumah. Percutian yang tidak mungkin dilupakan!
Mama kata destinasi tahun hadapan adalah terengganu. InsyaALLAH, kita hanya merancang. Bukan senang dapat bercuti bersama keluarga. Ini kali pertama kami sekeluarga bercuti bersama sejak pemergian ayahanda/babah tersayang ke pangkuan Ilahi pada 23 Disember 2007. InsyaALLAH saki-baki cuti yang tinggal akan digunakan sebaik mungkin. 4 hari lagi sebelum berangkat pulang meneruskan perjuangan di bumi kenyalang. Nampaknya mungkin kedua cuti ini sangat-sangat pack. Esok akan ke sekolah, esok-esoknya pula akan ke matrikulasi, esok-esok-esoknya pula ada meeting reunion..Lesen tidak diperbaharui lagi ni. InsyaALLAH sempat. Semoga hari-hari sahabat semua diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates