"SELAMAT HARI BAPA BUAT BAPA-BAPA SEDUNIA!"Sebenarnya hari bapa adalah setiap hari, tidak perlu tunggu minggu ketiga pada bulan jun. Betul tak? Begitu juga dengan hari ibu dan hari guru. Perhargaan buat mereka adalah sepanjang masa. Terdetik nak menulis sajak khas HARI BAPA.
Bapa, abi, abah, papa, BABAH..Buat bapa-bapa sedunia, juga khas buat allahyarham ayahanda tersayang. TERIMA KASIH atas setiap curahan kasih sayang kalian. Jasa kalian menggunung tinggi, lelah untukku daki. Semoga ALLAH merahmatimu, menganugerahkan mahkota paling berharga di akhirat kelak. BABAH, dikau bapa TERBAIK buatku. Amal rindu, sayang babah tetapi ALLAH lebih rindu dan sayang babah. SayangNya tiada tandingan, lebih-lebih lagi diri ini, hambaNya yang lemah.
Gelaran itu membezakan kalian,
Daripada jutaan yang lain,
Pengorbanan?
Tiada tandingan,
Nasihat?
Sejuta pengertian,
Gurau sendamu,
Didikanmu tiada ganti,
Anak didikanmu meningkat dewasa,
Anak-anak sekalian,
Dimana kalian letak jasa mereka?
Berapa kali engkau mengungkap kata sayang buat mereka?
Berapa kali engkau menziarahi/menghubungi mereka?
Lakukan sekarang,
Kerana esok belum tentu secerah hari ini..
Pembaca sekalian, selagi ibu bapa anda masih ada disisi, jangan sesekali mensia-siakan mereka. Merekalah orang yang paling berharga didunia! Peluklah mereka selagi mereka masih ada =)
Sayangi keluarga anda sepertimana anda ingin ALLAH menyanyangi anda!
0 Buah fikiran:
Post a Comment