Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, September 8, 2010

Y 327 : Pergi

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita tahun ini. Sayu di hati ini apabila merasakan Ramadhan ini disia-siakan. 29 Ramadhan 1431H pelengkapnya, perginya ia dengan rahmat pentarbiyyahan buat hambaNya yang mahukan perubahan dengan hidayahNya. Ya, Ramadhan yang pergi bakal dirindui, merindu saat memburu cintaNya tanpa musuh utama.

Pergi Ramadhan dengan sejuta rahmat,
Pergi Ramdhan meninggalkan keindahan pentarbiyyahan,
Pergi Ramadhan disusuli dengan kemenangan ummah,
Pergi Ramadhan diiringi kerinduan nikmat pengabdian,
Pergi Ramadhan bukan sekadar untuk ditangisi,
Perginya Ramadhan ini membawa maghfirah buat hamba,
Hamba yang tunduk, akur dengan perintahNya,
Hamba yang redha, berlapang dada dengan ketentuanNya.

Sehubungan dengan itu, Imam Ghazali pernah mengingatkan, "Cara menambahkan keyakinan itu bukanlah dengan mengajar keterampilan berdebat dan berhujah akan tetapi caranya adalah dengan menyibukkan diri membaca al-Quran dan menghafaznya, membaca hadis dan maknanya serta sibuk dengan tugas-tugas ibadah. Dengan ini aqidah anak-anak akan bertambah kukuh..."
Pentarbiyyahan daripada Allah sangat unik, bukan semua orang dapat merasainya kecuali buat hamba-hamba yang dikehendakiNya sahaja. Tepuk dada, tanya iman?

Sabda Rasulullah S.A.W, "Iman itu bukanlah angan-angan. bukan pula ucapan, tetapi sesuatu yang menetap dalam dada, lalu dibuktikan dengan perbuatan."
Mahukah kita merasai pentarbiyyahan itu, atau sekadar melihat saudara yang lain menjalani pentarbiyyahan Tuhan. Semua daripada kita mampu memperolehnya, doa kalian senjata paling bernilai di akhir zaman ini. Maka, berdoalah dan jangan berhenti untuk berdoa dan bergantung harap padaNya.

Jom kita cari redha dan cintaNya selagi mana kita mampu untuk berusaha dan bermujahadah diatas muka bumi indah ciptaan Tuhan ini :) Sebelum kita pergi dan tidak akan pernah kembali.



Cintailah Allah, nescaya moga cinta Allah bersama kita. InsyaAllah.

Ingin dikongsikan bersama kata-kata Sahl bin Abdullah,

Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al-Quran,
Tanda cintakan Al-Quran adalah cintakan Nabi S.A.W,
Tanda cintakan Nabi S.A.W adalah cintakan sunnah baginda,
Tanda cintakan sunnah baginda adalah cintakan akhirat,
Tanda cintakan akhirat adalah tidak mencitai diri sendiri,
Tanda tidak mencintai diri sendiri adalah membenci dunia,
Tanda benci dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.

Ya! Cinta Allah itu merangkumi semua :)
Tiada sebarang keraguan lagi.

Ya! Ramadhan pergi bakal meninggalkan cinta.
Cinta Allah buat hambaNya, juga cinta hamba buatNya.

Orang yang beriman itu sangat kuat kecintaanya kepada Allah. [Surah al-Baqarah : 165]
Waallahu'alam.

9/9/2010 Hari demi hari dilalui, semakin jauh..

Ya, 'amal' bermaksud harapan/cita-cita tetapi diri ini tidak mahu memberi harapan kepada siapa-siapa. Pengharapanku hanya untuk Dia :)

Seram sejuk dengan hari yang bakal tiba. Apa nak jadi? Teringat lagu tu :D dah mula dah..berhenti setakat ini. Semoga bermanfaat buat semua! InsyaAllah :)

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates