Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, September 6, 2010

Y 326 : AJL

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Semalam tukar line telefon mudah alih.
Semalam minta orang tengok-tengokkan broadband [simcard rosak].
Semalam jalan-jalan cari tudung dengan sahabat baikku.
Semalam AJL -- bukan Anugerah Juara Lagu

AJL -- Aku Jalan dan Lihat

Ramadhan semakin melabuhkan tirainya. Adakah pentarbiyyahannya akan berterusan pada bulan-bulan mendatang? Semalam sewaktu jalan-jalan, berseorangan menaiki putra LRT, perhatikan orang sekeliling. Ya, penulis seorang pemerhati, bukan sekadar melihat itu sudah pasti. Macam-macam berlegar di fikiran.


Allah menjadikan manusia itu berbagai-bagai rupa, bermacam pula ragamnya. Baik buruk, semuanya diciptaNya dengan penuh hikmah. Segala macam ragam manusia dipersaksikan kepada kita supaya kita berfikir dan memberi peluang kepada kita untuk memilih di mana letaknya kebenaran hidup beragama. Hikmah penciptaan, juga merupakan nikmat hidup di dunia. Kenapa masih ingkar? Hati merintih, tahu tetapi tidak mahu.

Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [Surah al-Hujurat : 13]
Berkenal-kenal juga ada caranya, semuanya telah termaktub. Cuma kadangkala cara kita sedikit terpesong, lebih mengikut laluan hawa nafsu yang membinasakan. Walaupun pada asalnya kita tahu Tuhan lebih utama.

Aku jalan-jalan lagi bersama sahabat.

Pertemuan dan perpisahan sentiasa bergandingan. Maka, selepas berjalan bersama, bercerita bersama, tidak lupa membeli-belah bersama, sekali lagi kami berpisah untuk kesekian kali. Semoga kita berjaya di dunia dan akhirat. Kejayaan dunia bukan menjamin kejayaan di akhirat sana tetapi kejayaan di akhirat kelak merupakan lambang kemenangan di dunia. Mampukah kita? Masakan Allah menciptakan manusia itu dengan kudrat yang seadanya. Untuk apa?

Dalam perjalanan pulang, aku berjalan lagi.

Alhamdulillah kali ini dapat tempat duduk yang selama ini memang tempat duduk itu sering penuh. Bardiri lebih baik sekiranya ada orang yang lebih berhak untuk duduk. Yang utama itu perlu diutamakan walaupun terpaksa melupakan keutamaan diri sendiri.

Aku lihat manusia itu muda-mudi berpasang-pasangan. Semoga mereka adalah pasangan yang halal dan cinta yang berputik dalam hati-hati mereka ada dalam redhaNya. Jika sebaliknya, berilah sinar petunjuk hidayahMu, ya Rabb.

Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah. [Surah Adz-Zariyat : 49]
Muda-mudi KL sudah terkenal dengan perwatakannya. Apa ada dengan KL? Dalam banyak-banyak kebaikan, yang lemah itu juga yang akan terserlah. Maka, berfikirlah wahai manusia, lihatlah kepada kebaikan untuk menghapuskan keburukan.

Aku duduk dalam train sambil pandangan dilontarkan jauh ke luar.

Pokok-pokok tenang melambai, mengingatkan manusia akan kebesaran Allah dalam setiap penciptaanNya. Langit penuh dengan awan, berarak mengikut arah angin, mengingatkan manusia untuk bersyukur dengan segala nikmat kurniaanNya. Yang pasti langit yang tersergam indah ini bakal runtuh dengan perintahNya tatkala sangkala ditiup.


Next station, WANGSA MAJU. Turun dan berjalan lagi.

Tanah kulihat, kekal kedudukannya dibawah. Ku sedar, hinanya diri yang diciptakan daripada tanah. Tetapi mengapa masih mahu bermegah dengan kemewahan dunia? Ya, hidayah itu milik Allah.

Berjalan laju menuju rumah, berjalan kaki semalam. Drive? Mungkin memerlukan pemandu pada masa akan datang :)

Sampai dirumah, senyum pada dia. Amal dah balik!
Alhamdulillah.

Waallahu'alam.



7/9/2010 Mengitung hari pulang ke sana. Gembirakah dia dengan kepulangan ini? :)

Makin lari, semakin dekat pula. Aduh, macam kena kembali berjalan je..Amal, berjalanlah seperti macam engkau berjalan dulu. Berlari hanya mendatangkan lelah.


Ya, Dia Maha Mengetahui.

Macam tak nak raya, puasa lama-lama :) sebab raya ke 3 dah balik sana. Tetapi umat Islam perlu meraih kemenangan mereka selepas bermujahadah :)

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates