Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, July 31, 2010

Y 316 : Wajah Suci 2

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Bersawang sudah blog ini dibiar lama tidak terusik. Masa berlalu meninggalkan kita, sama ada tergolong dalam golongan yang beruntung atau sebalik. Beruntung apabila dapat mengunakan masa itu dengan baik. Beruntung apabila dapat merasai hidayah dan ketenangan dari-Nya. Beruntung apabila mati selalu mengingatkan diri bahawa hidup ini bukan abadi kerana akhirnya kepada yang SATU kita kembali.

Subahanallah..
Alhamdulillah..
Allahuakbar..

Malam 30 Julai 2010, terpatri janji, bersatunya dua hati, Kak Fatin selamat diijabkabulkan dengan zauj pilihan Tuhan buatnya. Tumpang gembira :) walaupun tidak dapat hadir walimahnya tetapi berita itu sudah cukup menggembirakan. [waiting for wed's pic]

Barakallahu lakuma wa barakallahu lakuma bi khair..
Allahu bariklahuma..
InsyaAllah..

Semoga akan lahir kelak wajah-wajah suci yang akan mewarnai hidup kalian seterusnya memikul amanah sebaiknya sebagai hambaNya.

Kembali bersambung tajuk yang lepas,

Wajah suci, selalu dikaitkan dengan bayi yang baru lahir. Suci ibarat kain putih. Jika bayi diibaratkan kain putih, kita diibaratkan sebagai kain apa? Tetapi yang pasti, InsyaAllah akhirnya nanti kita akan dibaluti dengan kain putih bersih sebelum di masukkan ke rumah sementara, liang lahad yang kukuh dindingnya sebelum bertemu Pencipta yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Kain putih, jika kotor sedikit, jelas kelihatan. Bukan yang bersih itu yang dilihat tetapi yang kotor itu sering diperkatakan. Itulah ibarat orang-orang Islam. Sedar atau tidak, itu adalah hakikat. Antara kebaikan dan kejahatan. Kejahatan itu lebih jelas terpamer berbanding kebaikan yang selama ini kita buat. Selama ini segala amalan kebaikan kita lakukan demi redha-Nya tetapi iman manusia itu turun naik ibarat 'roller-coster' yang boleh membuat kita pening, keliru, di mana kita di atas atau di bawah (akibat menutup mata) apabila berhenti, mula tersedar.

Manusia itu perlu dididik supaya mengenali Tuhannya, bersyukur dengan segala pemberian Tuhannya, akur dan patuh dengan segala arahanNya. Didikan itu bukan selepas lahir tetapi sebelum lahir lagi perlu dididik supaya kelak wajah suci itu bermaruah dan hidup berpaksikan kebenaran.

Wajah suci,
Adakah selamanya begitu?

Wajah suci itu tidak berdosa,
Jangan dibiarkan begitu sahaja,
Kerana kelak dialah pewaris kita,
Penegak agama, penakluk dunia..

Waallahu'alam.

1/8/2010 Idea membuak-buak, banyak perkara ingin di kongsikan tetapi...semuanya dengan izinNya, InsyaAllah. Ayat penuh metafora :)

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates