Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, July 16, 2010

Y 314 : Cukuplah

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Pagi nan indah, syukurku hanya layak buat Tuhanku. Alhamdulillah. Alhamdulillah usrah tetap menyatukan hati-hati kami setiap jumaat, InsyaAllah.

Alhamdulillah semalam perbincangan mengenai QANAAH.
Pengertian umumnya daripada Kamus Dewan bermaksud berpada-pada.
Namun begitu dalam aspek kita sebagai umat Islam bermaksud redha dengan pemberian Allah beruparezeki dan tidak meminta lebih daripada yang telah diberikan.
Baginda Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, "Aku di dunia ibarat musafir yang berteduh di bawah sebatang pokok, berehat dan kemudian meninggalkannya" (Rwayat al-Tirmizi)
Jika manusia itu ada ciri-cirinya, maka sifat qanaah ini juga ada ciri-cirinya.
Selalu mengucapkan "Alhamdulillah 'ala kulli hal" atas setiap nikmat dan musibah.

Ucapkanlah 'Alhamdulillah' walaupun sesukar mana halangan yang kita tempuh, kerana itu terbaik buat kita. Apatah lagi nikmat Tuhan yang terbentang luas buat hamba-hambaNya.

Tetapi kadangkala aku lupa, nafasku milik Tuhanku.

Kadangkala aku lupa, gerak badanku adalah dengan izin Tuhanku.

Jarang merungut

Kurangkan rungutanmu wahai manusia akhir zaman. Kerana tiada kebaikan daripada rungutan itu kecuali hanya tidak redha dengan ketentuanNya. Ini akan mengundang kemurkaan Allah.

Penatnya..
Seringkali aku ucapkan perkataan ini.

Sedarkah kita bahawa kekuatan dan kelemahan itu milik Allah. Fitrah manusia itu ada rasa penat selepas melakukan sesuatu perkara. Maka jika penat, mohonlah kekuatan daripadaNya, semoga terus bersemangat untuk hidup kerana Yang SATU.

Redha dengan segala ketentuan

Jika mahukan redha Allah, maka sudah tentu perlu didahulukan redha dengan segala ketentuanNya. Tidak begitu?

Putus asa jangan sekali, apatah lagi dua kali. Jangan pernah! Kerana ketentuan Allah itu adalah yang terbaik buat kita. Ingatlah bahawa dunia ini adalah pentas ujian bukan pentas untuk hiburan dan bersuka ria.

Sentiasa bersangka baik dengan Allah

Husnuzon..InsyaAllah itulah yang terbaik.

Bukan dengan Allah sahaja, tetapi juga sesama manusia. Pencipta kita sama, Dia Yang Maha Esa lagi Kuasa. Mari berbaik sangka!

:)

Berpuas hati dengan sesuatu yang sedikit

Biar sedikit tetapi berkat daripadaNya itu lebih penting. Mungkin yang sedikit itu lebih baik daripada banyak yang akan mengundang penyakit hati buat hambaNya.

Apala mak cik tu, bayar mahal-mahal tapi dihidang sikit je (situasi di kedai makan)

Aku dah buat sehabis baik, tapi dapat ni je?? Ish.. (situasi di alam U)

Meminta hanya daripada Allah kemudian bertawakallah

Inilah yang sering kita lupa. Mari beringat :)

Hanya kepadaNya aku bermohon,
Meminta segala hajat,
Diiringi doa pada Penciptaku,
Seikhlas hati, semanis kata,
Lalu tawakalku hanya padaNya,
Maha Pengasih lagi Penyayang.
Amal Athirah Zarzilah, bila sudah menulis, lupa buku medic depan mata ni :) InsyaAllah semoga bermanfaat, walaupun pengisiannya sedikit. Biar sedikit daripada tidak ada langsung.

Waallahu'alam.

17/7/2010 Kepada Kakak kepada Muhammad Firdaus Abdul Hadi, SELAMAT PENGANTIN BARU! Semoga berbahagia selalu, dimurahkan rezeki. InsyaAllah.

Banyak belajar tentang hidup berTuhan jadikan diri lebih tenang walaupun ada sahaja ujian mendatang :)

2 Buah fikiran:

Anonymous said...

salam.

alhamdulillah terima kasih amal kerana masih menulis.

ana uhibbuki fillah ^__________^

-atikah tajul

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

salam'alaik.

InsyaAllah akan terus menulis,peringatan terutama buat diri sendiri..juga buat teman-teman, InsyaAllah.

uhibbuki fillah aidhan ya ukht :)

Teruskan perjuangan hingga ke akhirnya...~

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates