Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, December 17, 2009

Terasing


Assalamualaikum,

Rasulullah SAW bersabda:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini” [Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]

Itulah hidup manusia. Hidupnya terasing atau dikerumuni orang ramai. Apa yang pasti, Islam itu akan kembali asing pada pandangan manusia. Kini kian asing..
"Pakai kopiah pergi kuliah? Zaman mana kau ikut ni..pelik aku tengok. Bukan ke pakai kopiah untuk ke kelas-kelas agama ataupun hendak ke masjid." (Walau ia hanya penutup kepala tetapi tetap akan dipandang pelik..)

"Jubah..tak sesuailah untuk pergi function. Nampak baik sangatlah.." (Adakah kita hidup untuk jadi jahat??)
Jikalau hendak dituliskan contoh dialog, memang banyak. Mungkin akan ada yang terasa hati. Cukuplah sekadar kita menghayati yang sedikit ini. Bagi kita menginsafi diri, memperbaiki diri untuk menjadikan hamba-Nya yang patuh dan taat pada segala suruhan-Nya.

Waallahu'alam.



Di sini ada diuploadkan satu artikel ringkas. Boleh di download pada ruangan shared @ FIKRAA. Semoga bermanfaat buat semua. Artikel ini memuatkan lagu Al-Ghuraba' (orang asing) bersama-sama dengan maksudnya dan sedikit renungan buat kita, hamba yang lupa.

17/12/2009 Maal Hijrah bakal kita sambut. Semoga berubah ke arah kebaikan dan amalan disulami dengan keikhlasan demi rahmat dan kasih sayang Tuhan. Insya-ALLAH :)

2 Buah fikiran:

Anonymous said...

assalamualaikum..benar lah apa yang kitak engkah di blog tok!!! tapi kamik nak naya kenak ya kitak tertiba nak engkah ttg guraba tok?

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

Wa'alaikumussalam..

Smlm kwn kamek bg lirik dan lagu ghuraba tok pada kamek masa di YM. Nya sik paham maksud lagu tok, kamek cari, alhamdulillah dapat..sebab tu kamek cuba kupas sedikit. Buat peringatan kita, hamba-Nya yang pelupa.

Kenak kitak naya? Kalau kesan apa-apa kelemahan, sila tegur. kamek pun insan biasa jak.

Syukran. Jazakallahu khair..

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates