Alhamdulillah hari pertama peperiksaanku berakhir hari ini. Dua hari bakal menyusul dengan cabaran yang lain pula. Dalam kesuntukan masa ini, Dia memberiku peluang untuk menaip di laman ini. Laman yang tidak seberapa buat peringatan diri yang lemah ini.
Sujud dalam kerinduan, itulah yang ku harap setiap kali temujanjiku dengan Dia. Waktu itu terkenang segala nikmat kurniaan-Nya. Tetapi aku? Dia beri aku segala-segalanya, cinta, kasih sayang, harta benda. Segala-galanya daripada Dia. Tetapi aku? Apa aku beri pada Dia?
Dia beri apa yang ku minta. Adakah hanya pandai meminta tanpa memberi? Is there only take but never give?
Fikirkan sejenak di mana kita. Di mana kita?
Ingin sekali ku kongsikan satu kisah. Semoga dijadikan pedoman dalam mencari redha ALLAH. Doakanlah kejayaan bersama, umat Islam seluruhnya. InsyaALLAH semoga Islam itu terus indah di mata dunia :)
28/12/2007 Sahabatku memberitahu, "Baca yaasin sebelum pergi dewan peperiksaan" Semoga dipermudahkan segala urusan agama kita di dunia dan akhirat :)
Pada suatu hari, Hatim al-Asam ditanya tentang solatnya, dia berkata: "Apabila tiba waktu solat aku mengambil wudhuk dengan sempurna, kemudian aku pergi ke tempat solat dan aku duduk seketika sehingga seluruh anggotaku menjadi tenang, kemudian aku bangun dengan menggambarkan bahawa kaabah di hadapan dua keningku, dan aku menganggap bahawa titian sirat di bawah kakiku, syurga di kananku, neraka di kiriku, malaikat maut di belakangku, aku menyangka bahawa itu adalah solat terakhirku, kemudian aku meletakkan diriku antara raja'(harapan) dan khauf(takut) kepada Allah, kemudian aku bertakbir dengan penghayatan yang sebenar, aku membaca bacaan solat dengan tartil, aku rukuk dengan tawadhuk, aku sujud dengan khusyuk, aku duduk atas kaki kiri dan aku tegakkan kaki kanan (duduk tasyahud) lalu aku ikutinya dengan ikhlas, setelah itu tidak tahu sama ada ia diterima atau tidak. (Nazarat Hawla Wasaya Luqman: 2/584)Bagaimana dengan kita?? SELAMAT BERAMAL! Waallahu'alam.
28/12/2007 Sahabatku memberitahu, "Baca yaasin sebelum pergi dewan peperiksaan" Semoga dipermudahkan segala urusan agama kita di dunia dan akhirat :)
0 Buah fikiran:
Post a Comment