"ISLAM yang sebenarnya bukanlah sekadar pengakuan, panji dan bendera, perkataan atau syiar yang dilaksanakan seseorang dalam bentuk solat, puasa dan haji. ISLAM yang diredhai Allah adalah ISLAM yang melahirkan penyerahan diri kepada ALLAH, melahirkan ketaatan dan ketundukan serta menjadikan seseorang itu rela berhukum dengan kitab Allah dalam semua urusan hidupnya." [Sayyid Qutb]ISLAM itu senantiasa sejahtera, selama-lamanya akan sejahtera. Kerana itu ISLAM masih segar dalam hati-hati kita dan selamanya akan begitu. InsyaALLAH.
Semai ISLAM itu di dalam hati, bukan sekadar perkataan yang terungkap di bibir sahaja. Semoga sisa hidup yang kian ditelan masa ini dapat kita pergunakan sebaiknya. Utamakanlah akhirat tanpa mengabaikan dunia. Dunia diciptaNya bersebab, bukan sebagai medium keseronokan atau hiburan semata-mata.
Berhibur tiada salahnya,Dunia adalah tapak semaian kita, yang hasilnya akan dituai di akhirat kelak. SELAMAT MENYEMAI! Semoga tanaman kita subur-subur semuanya, insyaALLAH. Tanaman yang rosak jangan dibiarkan begitu sahaja, cabut dan tanamlah yang lain. Jangan dbiarkan, kelak ia akan menjangkiti tanaman lain. Fikirkanlah.
Kerna hiburan itu indah,
Hanya pabila salah memilhnya,
Membuat kita jadi bersalah..
"Jadilah kamu di dunia seperti seorang pengembara atau seorang yang sedang melalui satu jalan." [Riwayat Bukhari]
Sabtu, 24/10/2009..
Pemeriksaan kesihatan di Kampung Tanjung Parang. Ramai penduduk kampung yang turut serta memeriksa kesihatan mereka. Meriah kampung sebab kebetulan ada perlawanan sepak takraw antara kumpulan pemuda kampung.
Mula-mula datang, "Ada apa kat dewan ni? Ramai orang..."
Pada asalnya mahu terus ke rumah keluarga angkat, tapi kami diarahkan ke dewan terlebih dahulu. "Baik, ikut arahan." Tapi akhirnya singgah juga ke rumah ayah kepada mak angkat, kiranya rumah datuk angkat :) Riuh rumah kerana ada anak yang hilang. Siapa hilang? Nama anak yang hilang, Amal Athirah Zarzilah. Alahai, rupa-rupanya mak angkat Amal mencari-cari anaknya yang hilang rupanya :)
Sesi pagi, ditugaskan menjaga bahagian pameran. Adik-adik banyak bertanya tidak kurang kepada yang dewasa. Apa ni? Apa ada dalam dia? Yang dimasudkan organ-organ dalam badan manusia. Kami membawa model badan manusia that aso shows the internal organs, scalp, otak manusia dan jantung gergasi :) lup..dup..lup..dup.
Di malam harinya, ada sambutan aidilfitri. Meriah juga, ada pertandingan Fashion Show terbuka kepada adik-adik comel :D Rindunya suasana kampung.
Pengalaman menarik, setelah lebih 10 tahun tidak menaiki motorsikal, akhirnya..hehe :D Brooomm..Amal dibelakang, terketar-ketar, "Adik bawa motor ni baik-baik, akak ni berat" Geli hati..mahu pucat muka dibuatnya.
Ku terfikir, "ALLAH menjadikan manusia itu pelbagai, supaya kita berkenal-kenal..yang penting, supaya kita berfikir."
Waallahu'alam.
27/10/2009 Buat blog? Semoga bermanfaat..Jangan lupa beritahu bila siap. Selamat menekuni kitabullah.
2 Buah fikiran:
Assalamualaikum,
Sesungguhnya Islam itu tinggi dan tiada yang tinggi selainnya.
selamat berjuang di medan ilmu jauh di sana...
Waalaikumussalam, ummu masyita..
ISLAM itu senantiasa tinggi..
alhamdulillah saya sempat ziarah teratak ummu..terlihat sajak yang pernah saya reka suatu masa dahulu, tersemat di blog tu :)
Syukran..InsyaALLAH perjuangan ini tidak pernah berakhir hingga ke hembusan nafas terakhir. Ada masa bertandanglah ke bumi sarawak ya :)
syukran 'ala kulli hal..
Jazakillah khair..
Post a Comment