Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, October 14, 2009

Hati-hati, Jangan Terpedaya!

Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh,

Hari ini kertas soalan dihadapan mata, dijawab dengan pengetahuan yang hakiki milik ALLAH. Hanya mengharapkan kebersamaan denganNya dikala itu. Hanya itu yang penting. Hari ini paper MEQ..Modified Essay Question. Antara soalan yang keluar : Peptic Ulcer Disease, Hepatitis B Infection dan Acute Pancreatitis. Dalam kepayahan ada senangnya, terima seadanya. Alhamdulillah, berakhir hari pertama. Ada lagi 2 hari menanti, OSPE dan MCQ, BAQ.

Itu bukan tujuan asal menulis hari ini. Hanya hendak berkongsi terjemahan al-Quran yang membawa erti yang amat mendalam dalam diri. Dalam kita sibuk mencari masa mengkhatamkan al-Quran, alangkah baiknya jika kita membaca sekali penterjemahannya supaya kita kelak menjadi hambanya yang selalu berfikir. Selalu diulang, SESUNGGUHNYA BERFIKIR SESAAT ITU LEBIH BAIK DARIPADA KITA BERIBADAH SEPANJANG MALAM. Dengan berfikir, insyaALLAH dapatlah kita mentaqarrubkan diri kita yang lemah ini denganNya.

Firman ALLAH,
Ketahuilah bahawa, sesungguhnya hidup di dunia, hanya gurau senda, permainan, perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu serta berlumba-lumba pada banyak harta benda dan anak-anak. Umpama demikian itu seperti hujan yang menakjubkan orang-orang kafir kerana tumbuh-tumbuhannya, kemudian ia menjadi kering, lalu engkau lihat ia menjadi kuning, kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat seksa yang keras (untuk orang-orang kafir) dan keampunan dan keredhaan daripada ALLAH (untuk orang-orang mukmin). Hidup di dunia tidak lain, hanya kesukaan tipuan. (57:20)
Adakah kita tertipu dengan dunia? Mengikut arus dunia, adakah salah menentang arus? Metafora terlebih nampaknya :) Fikirkanlah, Adakah kita hendak menjadi seperti tumbuh-tumbuhan itu? Yang akhirnya hancur dan kering tanpa meninggalkan manfaat kepada orang lain.
Berlumbalah kamu kepada keampunan daripada Tuhanmu dan ke syurga, yang lebarnya seperti langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan rasulNya. Itulah kurniaan ALLAH, diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar. (57:21)
Ayuhlah kita berlumba mencari keampunannya tanpa mengira di bulan mana kita berada. Keampunan ALLAH itu amatlah luas, usah buang masa. Saki baki usia kita tidaklah lama, entah esok lusa, kembalinya kita bertemu Pencipta. Tinggallah dunia dengan tipu dayanya.

... ALLAH tidak mengasihi setiap orang yang sombong dan bermegah-megah. (57:23)
Marilah bersama kita merendahkan hati kita. Kerendahan hati merupakan salah satu nilai yang kita kurang hari ini. Ingatlah, setiap apa yang kita perolehi hari ini hanya PINJAMAN, apa gunanya kita bermegah-megah, angkuh, sombong tidak bertempat. (bertempat atau tidak bertempat, hakikatnya bermegah-megah ini sepatutnya tiada tempat dihati kita) Termasuklah ilmu, ilmu bukan bahan pertaruhan kita untuk menjatuhkan, memandang rendah kepada orang lain (peringatan buat diri sendiri juga) Setinggi mana diri kita, doktor, bakal doktor atau menteri sekalipun, pandangan manusia itu tidak pernah sekali sama dengan pandangan ALLAH. Indah di mata manusia tidak menjamin indahnya di pandanganNya. Apa yang dinilai? Iman dan taqwa kita.

Bersama kita muhasabah diri, dimana tahap iman kita hari ini. Jangan biarkan hawa nafsu mengawal diri kita malah diri kita yang sepatutnya mengawal hawa nafsu itu sendiri. Kita hanya insan kerdil yang bakal membuat janji temu dengan Yang Maha Berkuasa. Waallahu'alam.

Awal kalam dimulai salam,
Moga akhirnya kelak diberkati,
Indahnya iman dengan ISLAM,
Indah akhlak dengan kerendahan hati.

Kepada sahabat-sahabat yang lama sudah terputus hubungan, ada kesempatan email kepada amalathirah@yahoo.com. Amat merindui kalian semua. Maaf dihulur kerana sudah lama tidak meng'update blog ini. Ukhwah fillah abadan abadaa.

p/s: study, amal..hehe, tulis blog pula dia..ish3 :)

14/10/2009 (2.20PM) bagaimana dia..semoga bertambah iman, dekat denganNya...

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates