"Semalam ada kat sini. Mana pergi consent form ni..Habisla." Sendirian ku bermonolog.Dialog ringkas, situasi sebenar. Hilang baru nak cari, bila ada buat-buat tak nampak :) Ambil pengajaran. Belajarlah untuk menghargai. Ibarat masa, ia tidak akan berulang. Masa diibarat sebagai pedang, yang mana jika tidak digunakan dengan baik, kita sendiri menjadi mangsanya.
"Tula..semalam tak nak simpan elok-elok. Kan dah hilang.." Ku sambung lagi.
Ya ALLAH, pertemukan aku dengan barang yang dicari. Sessungguhnya aku, hambaMu yang lemah, seringkali terlalai dan lupa. Mohon pertolonganMu ya ALLAH.
Ku cari lagi. Mesti submit hari ni.
"Alhamdulillah..dicelah meja rupanya. Kesimpulan, jangan lalai lagi, hargai setiap apa yang ada, simpan elok-elok." Monolog lagi.
"Alhamdulillah.."
Selagi diberi peluang ini, hargailah, syukurilah segala nikmat yang ada. Jangan diwaktu susah sahaja kita ingatkan DIA, waktu senang? Renung2kanlah, muhasabah diri. Berusaha perbaiki kelemahan diri, semoga kelak setiap usaha ALLAH berkati. InsyaALLAH.
Tengok cimit ni, hargai masa yang ada..tidur je :P Malu-malu ye..
22/10/2009 (2.22PM) Betul ke nama kucing ni..susahnya nak hafal nama-nama kucing dirumah..cimit, tommy, jibam, ciki, cumi, jocker, didi..alahai, ini baru yang menetap dalam rumah..dalam sangkar lagi tak ingat nama..hehe :D
3 Buah fikiran:
missplace ye amal..hihi..
bz sgt la 2..nasib jumpe blik kn.
salam..haha..byk nyer kucing kat umah amal..hhehe..btul22..hargai bile sesuatu tu ade sblm ia tiada~
to una: meja study kdg2 xmcm meja study...hehe..jadikan sbg pngajaran :)form tu terjatuh kat celah meja..
to hazyra: salam..byk..penin juga nk ingat nma..belajarlah kita utk mhargai :D
Post a Comment