Telah sekian lama tidak menulis, baru saat ini ada sedikit kesempatan. Apa khabar sahabat2 semua? Masih bercuti barangkali. Baru lepas exam, MCQ tadi. Quite tough..level 5 punya difficulty. Alhamdulillah semua berjalan dengan selamat, kesihatan juga baik. Cuma sekarang berserah 100% pada-Nya. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Semoga semua berjaya melepasi tahap ini dengan redha dari ALLAH. Jika berjaya tanpa redhaNya pun tidak bermakna. Dari perspektif pandangan mata manusia, memang hakikatnya kejayaan dinilai dari markah keputusan. Tetapi usaha itu lebih dinilai disisi ALLAH. Ya ALLAH, kurniakan kejayaan kepada kami semua yang layak dengan usaha kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan setiap sesuatu. Sesungguhnya kejayaan yang diimpikan ini bukanlah untuk diri sendiri tetapi untuk agama, bangsa dan keluarga kami. Ya ALLAH, perkenankanlah doa dan hajat kami. Amin.
This blog is under construction..re-born time! Mungkin mengambil masa sedikit. Diubahsuai mengikut kegemaran diri. Sebelum ni pink? Actually tak berapa suka warna tu, tapi baju pink ada je =) Apa orang kata..Ekspresi dirimu..so, I choose mixed blue-white, favourite colour. Pilihan colour tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. InsyaALLAH blog kali ini lebih simple dan..here it is!
Orientasi di matrikulasi selesai sudah. Ada seorang adik di mtrikulasi yang dahulunya pelajar PDT, sekarang PST hantar sms "Salam. Akak tak datang matrik ke?" Terharu akak, adik msg.."Bukan taknak datang dik..akk tgh study week skrg. Minggu depan akk exam. Macam mana orientasi?" Dia balas, "Penat sangat la kak, tak tahu nak mengadu kat sapa" Kesian..Nasib baik akak tak jadi AJKO, habislah adik nanti. "Sabar jelah ye, dik" Akak-akak dan abang-abang AJKO, apa kalian buat sampai penat bebenor adik-adik tu..Hee
Cukup setakat ni dahulu. First entry at the reborn blog. InsyaALLAH akan istiqamah menulis dan berkongsi segala yang dapat dimanfaatkan bersama. Semoga ukhwah berkekalan, insyaALLAH abadan abadaa. Waallahu'alam.
ALLAH melihat setiap gerak geri manusia. Tetapi adakah manusia memperlihatkan dan mensyukuri nikmat ciptaanNYA? FIKIR-FIKIRKAN. KURNIAAN AKAL FIKIRAN DARI-NYA BUKAN SIA-SIA
0 Buah fikiran:
Post a Comment